Tuesday, February 23, 2010

Jangan sesekali tinggalkan anak tanpa pengawasan!!!

Baru lepas masak, lepak depan tv sambil dengar Buletin Utama TV3. Mata asyik blogwalking sambil klik2 nuffnang :)

Mata focus kat tv bila terdengar berita 2 beradik rentung dalam kebakaran yang melibatkan rumah kedai. Mangsa merupakan dua beradik, kakak berumur 10 tahun manakala adik berumur 7 tahun. Percubaan si kakak untuk menyelamatkan si adik akhirnya berakhir dengan tragedi apabila kakak turut rentung dalam kebakaran tersebut.

Sedih! Kerana mendiang hanya tinggal berdua ketika kejadian.
Kagum! Pada mendiang si kakak yang sanggup menyelamatkan si adik, namun akhirnya kedua2 nya terkorban.
Marah! Kerana ibubapa mendiang sanggup meninggalkan mangsa tanpa diperhatikan oleh orang yang lagi dewasa dari mereka.

p/s: emo kejap. Baik aku stop kat sini.

No comments: