Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Saturday, March 27, 2010

Earth Hour Malaysia 2010


Dia datang lagi pada tahun nie.
Dalam masa beberapa jam dari sekarang, dunia akan bergelap selama sejam.

Tahun lepas, habis suis lampu kat rumah aku off.
Bukan setakat lampu sahaja, semua barang elektronik kami sekeluarga off kan kecuali peti sejuk (sebab mak baru beli stok 3 hari ikan & ayam)

Kami satu famili bergelap sepanjang sejam.
Sambil membedal kuih muih dan ABC yang dibeli di pasar malam Inanam, bapa dan mak bercerita tentang kesusahan yang dialami mereka ketika kecil dulu.

Bapa berkata, "Kamu sangat beruntung sebab tak perlu bergelap macam mak ngan bapa dulu. Tak perlu beli minyak tanah dan sumbu. Kamu just on-off suis sahaja."


Kami adik beradik duduk di ruang tamu sambil mendengar kisah2 orang tua kami.
Sekali sekala adik2 lelaki ku membuat lawak, lalu kami ketawa bersama.
Selama sejam tempoh Earth Hour, kami manfaatkan untuk bergurau senda.
Pada adik2 yang nakal, mereka akan bercerita tentang hantu, saja nak sakat anak2 aku.
Tanpa ada cahaya lampu, deruan kipas angin, muzik dari hanfon masing2.
Hanya ditemani 2 batang lilin.


Kami jadikan ia sebagai perhimpunan keluarga yang mana mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Almaklumlah, orang tua kami sibuk dengan kerja, kami pulak sibuk dengan kerja dan pelajaran.
Terkadang malam adik2 aku tidur awal kerana perlu bangun seawal pukul 5.30am pada hari2 persekolahan.

Itu cerita tahun lepas, 2009.
Tahun nie, ketika kempen berlangsung, aku berada di KL.
Semua adik2 aku berada di rumah, hatta yang belajar kat India pun tengah bercuti selama 2 minggu kat KK.
Yang belajar kat UITM Sepanggar akan balik setiap hujung minggu.
Maka tahun nie, mereka akan berkumpul tanpa kehadiranku.
Tak perla, aku akan pastikan aku balik menemui mereka semua menjelang Hari Raya 2010.
InsyaAllah, kalau umur ku masih panjang.

So, malam nie, bermula pukul 8.30pm - 9.30pm, marilah kita switch off kan barang2 elektronik.
Nak switch off refri pun boleh, make sure takder bahan basah kat dalam tue ye hehehe.
Nak lagi senang, off jer dari main box kat rumah.
Sekali off jer, gerenti semua suis kat bilik tidur, tandas, dapur, ruang tamu ect akan off secara automatik.

Mari bergelap selama sejam malam nie.
Jangan ngelat, sejam dalam setahun jer.
Ini salah satu cara untuk kita membantu bumi kita.

:-)

Saturday, February 27, 2010

KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST


Whoooaaaaaaa....

Biggest contest tue!!!

Aku tak pernah masuk mana2 contest sebelum nie, so nie adalah contest pertama yang aku ikut.
Sebelum nie aku hanya lah silent reader kat mana2 blog, and akan follow kalau aku suka ngan entry2 certain bloggers.

Bila aku terbaca pasal nie kat satu blog, aku terus click and baca. Lalu hatiku mengatakan, "NAK JOIN JUGA". Aku pun tunaikan kata2 sang hati ini secepat mungkin agar2 tidur malamku tak di ganggu oleh rintihan sang hati.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut pasal contest nie, sila click kat sini.

Tugasan dan soalan hanya akan diberikan bermula 01st March, 2010. Isnin depan la maksudnya. Sekarang nie hanya boleh register dulu ye.

Aku buat entry nie, da kira register la sebab nie adalah 1st step. 2nd & 3rd step jap lagi aku laksanakan yeeeee...

So, bloggers2 kat luar sana, marilah kita men'join'kan diri beramai2.

Chayok2!
Good luck!


Tuesday, February 23, 2010

Blogger - We Care

Salam

Tengah blogwalking, TERlepak kat blog Ixora. A very nice blog, greeny gitu. I Likeeee :)

Selongkar archive Cik Pora, terjumpa satu entry yang menyentuh hati. Boleh refer kat sini

Aku pun ikut link yang disediakan dan masuk ke laman ini

Kisah yang amat menyentuh hati. Lantas aku terfikir sejenak, sesusah hidup yang tengah aku lalui sekarang, ada lagi makhluk Allah yang lagi susah di luar sana.

Semoga Megat sekeluarga terus tabah dalam melalui dugaan yang melanda. Allah akan sentiasa melindungi anda sekeluarga. Amin


p/s: aku masih tak tau camner nak letak link kat post.. anyone?? :D

pss: da pandai letak link kat content entry da. Duh, ketinggalan jaman betul aku nie, baru tau benda nie :D