Sunday, February 28, 2010

Lion Dance

Sejurus sahaja aku melepasi security gate untuk balik ke rumah, aku ternampak tools untuk Lion Dance. Teringat sweet memory bersama anak2 ku tahun lepas.

2009, anak sulungku melangkah ke alam sekolah rendah. Sebelum cuti CNY tahun lepas, Kakak (panggilan manja anak sulungku) terlibat dalam persembahan mewakili kelasnya. Since dewan sekolah kecil dan tidak mampu menampung jumlah ibubapa yang akan hadir, pihak sekolah bersetuju untuk mengadakan di dewan pekan tempat kami tinggal.

Kakak berusaha memujukku untuk mengambil cuti dan hadir menyaksikan persembahannya. Maklumlah, ketika itu aku tersangat busy mencari rezeki untuk mereka kerana mereka adalah di bawah tanggungjawabku dan abah mereka langsung tidak memberi sara hidup sejak perceraian kami disahkan oleh Mahkamah Syariah pada tahun 2004.

Kerana ingin memberi sokongan padu pada Kakak dan juga untuk merehatkan diriku dari tekana kerja setelah sekian lama berkerja 24/7, aku bersetuju untuk bercuti pada hari tue serta membawa anak bongsuku sekali.

Nak dijadikan cerita, pada hari tersebut aku dan Mus (panggilan manjaku untuk anak bongsuku) mengambil tempat duduk di bahagian tengah. Mus terlalu excited untuk menyaksikan persembahan kakak kesayangannya.

Pembukaan majlis dimulakan dengan acara Lion Dance. Mus lagilah excited sebab dia suka melihat acara tersebut. Tapi ntah kenapa pada hari tue, sebaik sahaja pemain2 Lion Dance mula memukul gendang, dia tekapkan telinga dengan tangannya yang kecil dan comel lalu sembamkan mukanya ke badanku serta memintaku memeluknya sekuat mungkin.

Aku hairan dan bertanya kenapa sedangkan sebelum nie dia lah yang over excited jika terserempak Lion Dance di mana2. Dia menangis pada masa tue sambil meminta aku memeluknya. Aku akur, aku meletakkannya di pahaku dan memeluknya untuk menenangkannya.

Pada masa itu, majoriti hadirin termasuk pelajar2 serta guru2 melihat ke arah kami. Ada yang tersenyum simpul, ada yang mengerutkan dahi. Kakak segera datang ke tempat kami untuk bertanya keadaan adik kesayangannya serta membantuku menenangkan Mus. Aku kagum dan terharu dengan kasih sayang Kakak kepada Mus, walaupun ditegah oleh guru kelasnya dari berganjak ke tempat kami, dia tidak peduli. Baginya, Mus lebih penting dari dimarahi oleh gurunya.

Kakak duduk dengan kami sepanjang persembahan Lion Dance sambil menepuk2 belakang adiknya. Gurunya yang melihat keadaan itu hanya membiarkan Kakak bersama kami pada masa tue.

Setelah tamat persembahan, ku arahkan Kakak balik ke tempat dia berkumpul bersama teman sekelasnya. Mus masih memelukku kuat sambil jeling2 pemain2 Lion Dance. Aku hendak letakkan dia ke tempat duduk asalnya tapi dia enggan. Bila ku tanyakan kenapa, katanya penari2 masih dalam dewan. Aku biarkan dia duduk di pahaku buat seketika. Setelah semua peralatan serta penari2 tersebut keluar dari dewan, dia berganjak ke tempat duduknya tanpa menunggu ku arahkan.

Selepas itu, dia seperti biasa. Selesai acara, aku membawa mereka ke KFC. Petangnya sewaktu kami tidur, kami dikejutkan oleh bunyi gendang Lion Dance. Rupanya mereka bermain di rumah jiran sebelah yang tinggal 5 blok dari kami. Mus dengan mukanya yang mamai, mengajak adik lelakiku ke tempat tersebut. Aku bertanyakan adakah dia pasti untuk melihat acara tersebut, lalu dengan yakinnya dia berkata YA. Lalu adikku bersama kedua2 anakku pergi menyaksikan Lion Dance.

Sebaik sahaja mereka balik, Kakak memberitaku yang Mus tidak takut langsung. Aku hairan selepas insiden pada pagi tu. Tapi bila ku fikirkan semula, mungkin sebab di dewan terdapat echo kerana tertutup manakala di luar tiada echo disebabkan oleh keadaaan terbuka.

Pic di bawah ku ambil menggunakan hanfon dari rumahku di aras 12. Malas nak turun walaupun nak tengok :P


playground


swimming pool


Lion nampak half jer :D


No comments: