Monday, March 29, 2010

Aku tak nak botak!!!!!

Botak?
Oh tidaaaaakkkkkk

Rambut gugur?
Oh tidaaaaaakkkkkkk

"Keguguran rambut yang boleh menyebabkan botak juga dikenali sebagai alopesia androgenetik. Walaupun botak lazim di kalangan lelaki, masalah ini juga boleh berlaku kepada wanita. Realitinya, keguguran rambut yang berlaku antara 50 - 100 helai sehari masih dalam kategori normal, namun masalah ini jika tidak diambil berat boleh berlarutan ke tahap serius sehingga menyebabkan rambut semakin menipis dan akhirnya, botak yang berkekalan." - sumber dari SINI

Aku percaya ramai orang mengalami masalah rambut gugur terutama wanita/perempuan/gadis di luar sana. Setiap kali masalah nie datang, risau sangat. Mulalah cari produk rawatan rambut di pasaran untuk menyelesaikan masalah rambut gugur.

Aku turut tidak terlepas dari masalah rambut gugur. Masalah nie aku alami sejak tahun 2009. Tahun sebelumnya, masalah rambut gugur tak lah seteruk sekarang. Bagiku rambut gugur sedikit tidak mengapa. Tapi bila mula gugur dengan banyaknya, aku mula risau. Jangankan nak sikat rambut atau basuh rambut, tengah selak rambut untuk betulkan pun akan terselit 3,4 helai rambut kat celah2 jari, belum kira lagi yang terdampar kat lantai. Tue baru sekali selak, belum 8,9,10 kali selak. Alahai rambut!

Bermacam2 produk syampu yang aku gunakan khas untuk menangani masalah rambut gugur. Tapi hampeh, bukan bertambah baik tapi sebaliknya. Aku rasa nak nangis pun ada hohoho. Terkadang try syampu dan conditioner brand X la, Y la, Z la, XYZ la, rambut bertambah gugur malah datang masalah lain: KELEMUMUR. On noooooooooooooooo............

Sejak Julai'09, aku pakai syampu, treatment, serum and gel rambut dari brand Sassy. Hasilnya rambut aku bertambah sihat dari sebelum nie, cuma tue la, rambut aku MASIH GUGUR DENGAN BANYAK!

Aku makin risau. Ke mana2 aku pergi, akan tertinggal paling kurang sehelai rambut. Cam ner nak buat jenayah kalau secara tak sengaja aku telah tinggalkan bukti? Kerja polis jadi senang bila rambut aku tertinggal kat tempat kejadian. Takkan lah aku nak bagi polis senang setel kes kan? Melalut pulak da hahaha.

Anyway, aku terjah and tanya atok google punca2 masalah rambut gugur nie. Atok google terus pass-kan aku ke The Tole Acupuncture & Herbal Medical Centre Sdn. Bhd. Hasil interview tanpa suara dengan The Tole, penyebab rambut gugur ialah:

  1. Melahirkan anak - last aku beranak 6 tahun lepas daaaa, masa tue rambut aku ok jer
  2. Penyakit tiroid - alamak, harus jumpa Doc utk double check! Few symptoms suda ada :(
  3. Demam, jangkitan dan selesema yang serius - antibodi aku kuat hehehe
  4. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan - seimbang lah!
  5. Ubat-ubatan - aku jarang telan ubat kecuali Carfegot & MigraHerb utk migrain
  6. Rawatan kanser - setakat nie aku takder sakit kronik
Salah seorang kawan aku, girl kat Sabah telah pun mengalami kebotakan awal. Kalau tengok kepala dia, kat atas yang tengah tue da mula botak. Aku tak nak macam tue weiiiiii. Aku harus bertindak segera untuk mengelakkan kebotakan.

Aku nak kekalkan rambut2 aku kerana rambutkan mahkota bagi manusia.

picture taken on 12th Nov'09 - baru trim rambut

Tengok! Tengok! Sayang nak potong rambut panjang tue, apa lagi kalau rambut gugur sampai botak.

Tidaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



5 comments:

ddy the writer! said...

x yah potong lh akak.

Eyqa Zaque said...

betul.. susah nak ptong rambut ne.
huhu..

Zue said...

ddy: nak trim jer dik, buang rambut rosak kat hujung

Bilet: tue la pasal.. tp panas juga ada rambut panjang nie Bilet.

.:fyzz:. said...

cantik rambut zue...leh jadi model iklan rejoice nih..kak fyzz pun rambut pnjg..n sngt lebat..ops tak pnjg sngt..bawah bahu je

salam kenal...tak sngka zue dh ada dua orng anak yer..:)..ibu muda yg vouge..

Zue said...

thanks kak Fyzz.. tapi tak boleh jadi model iklan rejoice sebab tak pakai brand tue, rambut rosak n dandruff berkampung kat kepala huhuhu..rambut kak Fyzz pun panjang sbb bwh bahu kan ;)

anak2 da besar kak Fyzz, da sekolah pun :)