Tuesday, March 30, 2010

GO TO HELL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

WARNING: ENTRI PENUH EMOSI BERSERTA KEINGINAN UNTUK MEMBUNUH SESEORANG BEGITU TINGGI

Salam Selasa

Hari dan masa yang sama pada minggu lepas, mak aku call dan sampaikan sesuatu yang membuatkan aku tersentak sekejap. Aku terduduk bila mendapat perkhabaran itu. Sungguh tak ku duga yang ini akan terjadi. Namun tak lama selepas itu, keinginan untuk membunuh LELAKI JAHANAM itu begitu tinggi sekali!!! Aku akan pertahankan anak2 aku dari DIA.

Siapa LELAKI JAHANAM itu? Dia adalah bekas suamiku yang telah menjatuhkan talak 1 kepadaku 6 tahun lepas. Bodoh dan penakut sungguh LELAKI JAHANAM itu kerana tak sanggup beritahu aku sendiri pada masa tue. Dia call parents aku yang tengah berkerja di KK untuk pulang ke kampung dan ambil aku semula kerana dia telah menjatuhkan talak 1 padaku. Ibubapaku terkejut lalu call arwah mak mertuaku untuk bertanyakan hal tersebut. Lantas arwah datang ke rumah kami yang mana terletak bersebelahan sahaja. Aku hairan bila arwah serahkan telefon kepadaku sambil menangis. Pada masa tue, jantung aku berdebar2 risaukan LELAKI JAHANAM itu kerana dia tak balik rumah 3 hari straight.

Aku masih ingat perbualan antara aku dengan mak pada malam tue.

Mak: Kenapa kamu bercerai? 3 hari lepas waktu mak balik, kamu ok ja mak tengok.
Aku: Apa mak cakap nie? Siapa yang bercerai?
Mak: Ya Allah nak! Laki kau sudah jatuhkan talak 1.
Aku: Haaahh??? (Lalu aku terduduk) Mak jangan cakap bukan2, kami ndak gaduh sampai mau cerai berai.
Mak: Baru ja laki kau call mak, beritau mak dan bapak kau untuk balik ambik kau di kampung sebab kamu sudah bercerai.
Aku: Mak biar betul? Dia ndak balik rumah 3 hari, macam mana dia mau ceraikan aku? Dia ndak beritau aku langsung.(Menangis tak percaya)
Mak: Dia ndak balik? Dia di mana masa selama nie?
Aku: Itu yang aku risaukan, sebab hari tue dia keluar kejap ja katanya. Tapi sampai sekarang dia ndak balik. Betul ka dia beritau mak yang kami sudah bercerai?
Mak: Betul, benda nie bukan boleh main2. Kau tunggu situ, kami gerak balik kampung da.
Aku: Ndak payah la mak. Aku tunggu dia balik dan setel benda nie bagus2.
Mak: Dia tunggu kami balik, nanti dia pergi rumah katanya.
Aku: Dia di mana?
Mak: Mak tanya dia ndak beritau dia di mana. Katanya dia akan pergi rumah bila kami sudah sampai. Kau tunggu kami ok. Mak sudah suruh mak mertua kau kasi kawan kau sampai kami sampai. Jangan buat bukan2 ok. Ingat Kakak dan anak dalam perut kau tu.
Aku: Ok mak.

Lalu perbualan tamat. Aku menangis sambil ditemani arwah mak mertua aku. Dia Arwah ertanyakan masalah kami sampai jadi macam tue. Sungguh, aku tak tau apa masalah kami. Aku yang tengah menantikan kelahiran anak kedua ku hanya duduk menangis dan menangis mengenangkan nasib aku dan anak2 aku.

Setibanya parents aku di kampung, mak datang dan terus memelukku sambil menangis. Bapak hanya mampu tersenyum pahit sambil menyuruhku banyak2 bersabar. Bapak dan bapak mertuaku berbincang tentang hal perceraian kami. Jangankan aku yang diceraikan, orang tua kedua2 pihak pun langsung tidak percaya hal tersebut.

Tak lama selepas itu, kami terdengar suara orang memberi salam dari luar rumah. Tau lah aku, DIA yang balik. Lalu DIA duduk di sebelah bapak mertuaku. Keempat2 orang tua bertukar menjadi polis dan menyiasat kedudukan sebenar.

"Ya, aku sudah ceraikan dia dengan talak 1". Itu jawapannya bila orang tua bertanya. Alasannya agak remeh, sebab KAKAK DIBAWA KE KK OLEH MAK BAPAK AKU. Bodoh kan?!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kakak adalah cucu sulung kedua2 keluarga dan amat disayangi. Memang Kakak telah dibawa ke KK oleh ibubapaku tetapi hanya seminggu sepanjang cuti sekolah. Sewaktu musim persekolahan, Kakak tetap dengan kami. Hanya musim cuti sekolah sahajalah keluargaku boleh menjaga anakku memandangkan adik2 aku semua bercuti.

Lagipun aku ada meminta kebenaran darinya. Dan DIA sendiri yang memberikan kebenaran asalkan hari terakhir cuti sekolah, Kakak dihantar ke kampung kerana DIA takut tiada orang yang menjaga kakak. Kami setuju, lalu aku call mak untuk beritau yang DIA telah bersetuju dengan permintaan mak.

Tapi tak sangka, itulah modal DIA untuk jatuhkan talak 1 ke atasku. Kami semua tak faham dengan alasan yang diberi kerana DIA sendiri sudah memberi kebenaran. Kalau DIA tak benarkan, aku takkan beritau mak aku untuk ambil Kakak di kampung.

Hakikatnya, itu hanya alasan semata2. Bukan aku, family kedua2 pihak tak tau yang DIA tengah hangat bercinta dengan seorang perempuan yang tinggal di kampung sebelah. Semua orang kampung aku tau, malah mengutuknya tapi DIA buat bodoh ja. Ye la, tengah hangat bercinta la katakan. Malah makcikku pernah memukul budak itu dengan kerusi kerana diorang selalu dating depan rumah makcikku. Namun cinta mereka amat kuat barangkali, mereka langsung tidak serik.

Aku yang ketika itu tengah sarat mengandung anak kedua pernah berjumpa face to face dengan perempuan itu. Budak itu dalam perjalanan balik ke kampung sebelah setelah selesai dating dengan LELAKI JAHANAM. Namun dengan sombongnya perempuan itu berkata "KAU YANG TIDAK PANDAI JAGA LAKI KAU SAMPAI DIA TERPIKAT DENGAN AKU. MARI AKU AJAR CARA BETUL JAGA LAKI". Serius, aku rasa nak bunuh budak itu. Tapi memikirkan aku tengah sarat, aku tak bertindak ganas terhadap budak itu. Anak dalam perut aku lagi penting dari budak bodoh itu.

Berbaik kepada malam perceraian aku. Ketika aku packing barang2 aku serta barang2 baby yang telah aku sediakan, aku menangis teresak2. DIA masuk ke bilik, lalu ku peluk seeratnya dan memintanya berfikir kembali. Tapi dengan sombongnya DIA menolak tubuhku dan berkata yang DIA tidak akan berganjak dari keputusannya. Aku merayu tapi rayuanku dipandang ringan.

Sekembalinya aku ke rumah orang tuaku di KK, aku peluk anakku seeratnya. Aku cuba untuk tidak menangis di hadapannya. Namun Kakak seolah2 faham keadaan Umie nya, lalu dia cuba hiburkan aku dengan keletahnya yang manja. Kerana tekanan emosi yang maha hebat, aku telah melahirkan anak dalam kandungan 3 minggu lebih awal. Doktor amat risaukan aku kerana tekanan darahku amat rendah dan tidak bertenaga untuk melahirkan. Sempat doktor marahkan aku kerana tidak menjaga makan minum untuk memberikanku tenaga sewaktu melahirkan. Ibubapaku terangkan pada doktor keadaan sebenar aku, lalu doktor memberikan aku bermacam2 kata semangat.

Mungkin ada hikmah di sebalik perceraian dan tekanan emosi yang maha hebat, Allah permudahkan keadaan ku sewaktu bersalin anak kedua. Dengan sakit bersalin selama 4 jam sahaja, anak bongsuku selamat ku lahirkan dengan 2 kali teran.

Maka bermula la hidupku sebagai ibu tunggal. Sepanjang 6 tahun hidup sebagai ibu tunggal, sudah 3 kali DIA ajak aku kahwin semula tapi hati aku telah tertutup untuknya. Aku sudah serik untuk hidup dengannya. Malah pakciknya yang amat disegani di daerah kelahiranku turut menasihatkan aku untuk jangan terimanya lagi.

BIARKAN SAJA DIA GILA TALAK, NANTI KALAU KAU KAHWIN BALIK DENGAN DIA KITA NDAK TAU APA KES PULAK DIA BUAT, tu kata pakciknya. Memang, mati hidup semula pun aku takkan terima dia semula!!!!!!

Dan sekarang khabar yang aku dengar, DIA nak ambik anak2 aku dari aku. WTF?!!! Selama 6 tahun aku hidup dengan anak2 aku, DIA tidak ambil peduli pun. Selama 6 tahun juga DIA tak datang tengok anak2 aku apalagi berikan nafkah sara hidup walau sesen untuk anak2 aku, aku tak kisah janji DIA tak kacau hidup kami. Aku masih boleh sediakan keperluan anak2 aku. Dan sekarang setelah anak2 aku sudah bersekolah, DIA nak ambik pulak? Langkah mayat aku dulu!!!!!

Aku tau DIA marahkan aku sebab tolak lamaran ketiga dia pada 1 Jan'10. DIA pernah ugut aku yang DIA takkan biarkan aku hidup senang kalau tak terima lamaran DIA Buat apa aku nak perbodohkan diriku lagi untuk hidup dengan DIA? Sebab anak2 aku? No thanks!!!! Kami sudah biasa hidup tanpa LELAKI JAHANAM itu. Malah anak2 aku langsung tak pernah tanyakan DIA. Aku sedar suatu masa nanti anak2 aku akan bertanya, tapi aku yakin mereka akan faham dengan keadaan sebenar. Tambahan lagi Kakak masih ingat kejadian aku dipukul oleh LELAKI JAHANAM di hadapan Kakak. Sampai sekarang Kakak masih ingat, dan aku berusaha sedaya upaya untuk delete kejadian itu dari memory Kakak, still tak berjaya.

Aku juga tau salah satu sebab DIA nak ambik anak2 aku sebab dia baru dapat bahagian DIA hasil dari jualan tanah pusaka pakciknya. So what???

Aku takkan biarkan DIA ambik anak2 aku. Katanya anak2 aku lebih sayangkan dia dari aku? Well, aku hanya mampu suruh dia teruskan bermimpi sebab anak2 aku lebih sayangkan aku dari LELAKI JAHANAM ITU!!!!!

Sekarang target aku nak setel benda nie. Kalau boleh aku nak sumbat DIA dalam lokap pulak!! Biar DIA rasakan akibat kacau hidup aku dan anak2 aku!!!

KECIK2 TAK MAU MAMPUS, DA BESAR SUSAHKAN ORANG TERMASUK AKU DAN ANAK2 AKU!!!
GO TO HELL!!!!!!!!!!!!!!!!!


7 comments:

*Miss Geli^ said...

zue,
laki cenggini mesti gile..
ape jadi ngan pepuan yang dia gile gile sangat tu??

tak yah dilayan zue,
tu la orang ckp, setiap perbuatan, ada pembalasan..tak tenang la tu idup..
asal tak duk ngan betina garit tu je?
nyakitkan hati jek..
aku benci betol lelaki gile cenggini..benci sangat

farenova said...

sabar ye dear,semoga semuanya akan menjadi lebih baik lepas ini.

..nOj.. said...

aku pun benci gak... 6 taun ko leh idup sendiri. xde sebab ko nk terima dia skang... pg mati la ngan jantan2 jahanam

Zue said...

Miss Geli,
LAKI JAHANAM tue mmg da gile..
nak sumbat dlm hospital mental la nie hahaha..
dengar2 diorang on-off sbb pomp tue main kayu sepuluh..

mmg tak layan Nora..
buat semak otak jer..
aku pun benci laki cenggitu, tue yg tak nak terima lamaran die lagi..
tak sanggup aku!

Zue said...

Nojj:
6 taun hidup tanpa dia, mmg xder sebab nak terima dia balik.. kalau mmg nak terima, xpyh tgu sampai dia lamar berkali2..tp aku tak sanggup!
mmg rase nak bunuh jer jantan2 jahanam nie.nyusahkan hidup btl!!

Farenova:
thanks dear..mmg sabar yg saya praktikkan..InsyaAllah

nirelwof said...

aku agak tergamam membaca entri ini...igtkan dlm drama jer jadi camnih..hmmm...bykkan bersabar zue...u have to be strong for ur children...take care..

Zue said...

nirelwof,
yang nie drama dalam dunia nyata, bukan ciptaan manusia punye. Pengarah drama nie Allah SWT yang kita tak tau jalan cerita seterusnya.

Terima kasih atas kata2 semangat awk. Appreciate it so much!

:)