Saturday, March 27, 2010

Earth Hour Malaysia 2010


Dia datang lagi pada tahun nie.
Dalam masa beberapa jam dari sekarang, dunia akan bergelap selama sejam.

Tahun lepas, habis suis lampu kat rumah aku off.
Bukan setakat lampu sahaja, semua barang elektronik kami sekeluarga off kan kecuali peti sejuk (sebab mak baru beli stok 3 hari ikan & ayam)

Kami satu famili bergelap sepanjang sejam.
Sambil membedal kuih muih dan ABC yang dibeli di pasar malam Inanam, bapa dan mak bercerita tentang kesusahan yang dialami mereka ketika kecil dulu.

Bapa berkata, "Kamu sangat beruntung sebab tak perlu bergelap macam mak ngan bapa dulu. Tak perlu beli minyak tanah dan sumbu. Kamu just on-off suis sahaja."


Kami adik beradik duduk di ruang tamu sambil mendengar kisah2 orang tua kami.
Sekali sekala adik2 lelaki ku membuat lawak, lalu kami ketawa bersama.
Selama sejam tempoh Earth Hour, kami manfaatkan untuk bergurau senda.
Pada adik2 yang nakal, mereka akan bercerita tentang hantu, saja nak sakat anak2 aku.
Tanpa ada cahaya lampu, deruan kipas angin, muzik dari hanfon masing2.
Hanya ditemani 2 batang lilin.


Kami jadikan ia sebagai perhimpunan keluarga yang mana mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Almaklumlah, orang tua kami sibuk dengan kerja, kami pulak sibuk dengan kerja dan pelajaran.
Terkadang malam adik2 aku tidur awal kerana perlu bangun seawal pukul 5.30am pada hari2 persekolahan.

Itu cerita tahun lepas, 2009.
Tahun nie, ketika kempen berlangsung, aku berada di KL.
Semua adik2 aku berada di rumah, hatta yang belajar kat India pun tengah bercuti selama 2 minggu kat KK.
Yang belajar kat UITM Sepanggar akan balik setiap hujung minggu.
Maka tahun nie, mereka akan berkumpul tanpa kehadiranku.
Tak perla, aku akan pastikan aku balik menemui mereka semua menjelang Hari Raya 2010.
InsyaAllah, kalau umur ku masih panjang.

So, malam nie, bermula pukul 8.30pm - 9.30pm, marilah kita switch off kan barang2 elektronik.
Nak switch off refri pun boleh, make sure takder bahan basah kat dalam tue ye hehehe.
Nak lagi senang, off jer dari main box kat rumah.
Sekali off jer, gerenti semua suis kat bilik tidur, tandas, dapur, ruang tamu ect akan off secara automatik.

Mari bergelap selama sejam malam nie.
Jangan ngelat, sejam dalam setahun jer.
Ini salah satu cara untuk kita membantu bumi kita.

:-)

2 comments:

Billet-DOux said...

Ya. sokong earth hour! jom bergelap. owh kak zue tggal mana? bilet tggal dkat jer ngan inanam hihi

Ms. Anonymous said...

Family akak tinggal kat area Menggatal..

Bilet area mana d Inanam?