Saturday, March 27, 2010

Oh Mata! Oh Otak!



Jam kat hanfon menunjukkan pukul 03.57am. Namun aku masih terkial2, berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan tidur yang kebelakangan ini seolah2 asyik menjauhkan diri dariku. Sudah seminggu keadaan aku macam nie *sigh*

Setiap malam aku hanya dapat tidur minima 3 jam. Itupun setelah aku memaksa diri untuk tidur. Letih jangan cakap, memang letih seletih letihnya.

Mungkin masalah yang bertandang dalam otak menyebabkan aku tak dapat tidur secukupnya. Bila nak tutup mata jer, otak tak bagi isyarat untuk berehat/tidur sebaliknya sang otak tetap memproses segala hal yang melepak kat otak ini. Akibatnya, aku menjadi super duper heavy smoker during nite time.

Setiap malam selepas balik dari kerja dalam pukul 10pm, My Sayang akan belikan aku sekotak Dunhill 14's. Sekotak tue boleh habis sebelum pukul 5am. Itu belum kira rokok aku yang memang sedia ada dalam simpanan. Terkadang kalau aku still tak dapat tidur, rokok aku da habis, rokok My Sayang pun da habis, aku akan keluar seorang ke 7-E yang mengambil masa 20 minit perjalanan pergi dan balik dan perlu melalui 2 batang jalan raya yang sunyi (semua orang da tidur, segelintir sahaja yang menjadi kelawar)

Aku tak pernah takut untuk keluar seorang di tengah2 malam mahupun di subuh hari hanya untuk mendapatkan bekalan Dunhill. Nak kejutkan My Sayang untuk temankan aku, tak sampai hati pulak aku. So aku akan bersiap and bergerak seorang. Walaupun ada beberapa kali aku diganggu ketika dalam perjalanan, itu tak pernah membuatkan aku serik.

Beberapa kali aku keluar seorang, beberapa kali juga aku ditegur oleh My Sayang. Aku tau dia risaukan aku, tapi aku tak sampai hati nak kejutkan dia dari tidur hanya untuk temankan aku ke 7-E untuk membeli rokok.

Tadi selepas makan malam, aku berasap dan berehat sambil check email. Dalam pukul 11.30pm, aku mandi and berniat nak tidur sejurus selesai mandi. Serius, mataku yang sepet menjadi super duper sepet kerana tak cukup tidur kebelakangan nie. Hinggakan kawan aku suruh aku tidur selepas makan. Namun tak selesa tidur kalau tak mandi, aku gagahkan diri bersiram.

Nah!!!
Selepas mandi, badanku segar sedikit. Nak bancuh milo, lupa beli siang tadi time beli barang basah kat Carrefour Midvalley. Minum kat mapley bawah, tak sedap!!!! Manis pulak tue!!
So aku keep smoking sambil berfikir. Hinggalah sekarang.

Oh Mata! Bila nak tutup? Kuyu sangat da nie? Da jadi mata panda pun ada aku tengok.


Oh Otak! Berehat la barang 5,6 jam dari berfikir. Hantar la signal REST/SLEEP kat sang mata.

Oh Badan! Aku faham kau letih, sebab aku dapat rasakan. Tapi macam mana nak tidur kalau sang mata dan sang otak tak bagi kerjasama?

** masih mencuba untuk tidur**

No comments: