Friday, March 12, 2010

Trimas Abang Zoel


" Sayang, Abang Zoel puji ko tengah hari tadi hehehe", itu sms yang masuk ke inbox ku ketika aku tengah berguling2 menahan kesakitan migrain semalam. My Sayang pula masih di Brickfield menunggu bas untuk balik ke rumah.

"Apa la Abang Zoel cakap?". Kerana curiosity yang menebal dalam diri, aku gagahkan membalas sms nya.

" Nanti la aku cakap di rumah k." Lalu aku berkata cisss dalam hati.

Setibanya My Sayang di rumah, aku meminta bantuan untuk mengurut kepalaku yang tengah migrain gila masa tue. Aku sempat bertanyakan perihal yang diperkatakan oleh Abang Zoel tentang aku.

"Jaga Zue elok2 sebab Abang nampak dia caring. Kalau Abang tau ko tak jaga Zue elok2, Abang akan cari ko." itu yang My Sayang beritahu padaku, berdasarkan apa yang Abang Zoel katakan padanya. Banyak lagi yang Abang Zoel katakan pasal aku dan asyik berpesan pada My Sayang agar menjagaku elok2.

Terima kasih Abang Zoel! Kang kalau My Sayang buli aku, aku beritau Abang Zoel ya hehehe (tapi aku takkan libatkan orang lain kalau kami ada perselisihan faham)

Abang Zoel adalah colleague My Sayang. Perbezaan umur yang begitu ketara membuatkan My Sayang memangginya Abang (Abang Zoel muda 2 tahun dari bapa aku) lalu aku turut memanggilnya Abang. Abang Zoel tak nak dipanggil pakcik ;)

Aku hanya pernah nampak gambar Abang Zoel dalam Gallery hanfon My Sayang. Ketika gambar di ambil, diorang sedang jamming. Status aku dengan My Sayang pada masa tue masih
HOUSEMATE + TEMAN TAPI MESRA. (blm upgrade lagi hihiihi)

Nak dijadikan cerita, dua malam lepas aku mengajak My Sayang turun ke bawah untuk membeli rokok. Tetapi katanya kami lepak di kedai mamak tempat biasa dulu sebab membernya ajak lepak. Aku tak nak ikut kerana tak nak membernya beranggapan yang bukan2. Tapi My Sayang memujukku lalu aku melting. Plus, no harm to meet his member isn't it?

Bila berjumpa, seperti biasa aku akan shack hand and perkenalkan diri. Banyak yang kami bualkan pada malam itu, walaupun majoriti modal bualan adalah tempat kerja mereka. Kami lepak dari pukul 10pm sehingga Abang Zoel meminta diri pada pukul 11.30pm. Dia nak balik makan dan tidur sebab dia bertugas AM shift keesokan hari. Aku dan My Sayang lepak sampai pukul 12midnite.

Sepanjang lepak bersama, My Sayang and Abang Zoel asyik merokok. Aku yang juga perokok tegar hanya menahan godaan kerana aku respect kat Abang Zoel. Aku tau aku boleh join sama merokok tapi respect kat orang lebih tua masih tebal dalam diriku. Tak lama selepas Abang Zoel meninggalkan kami, My Sayang senyum2 memandangku lalu menghulurkan Dunhill. Dia tau aku hanya menahan godaan sepanjang 1jam 30minit lepak ngan Abang Zoel.

Abang Zoel sempat bertanyakan kepada My Sayang keesokan harinya jika aku adalah perokok. Lalu My Sayang jawab ya and sebab aku tidak merokok di depan Abang Zoel ialah respect kat dia. Tak sangka itu adalah salah satu sebab dia berpesan kepada My Sayang untuk menjaga daku dengan elok.

Abang Zoel pandai menggunakan bermacam2 alat muzik. Malah anak2 nya dilatih untuk bermain alat muzik. Abang Zoel, aku nak belajar main drum. Nanti jamming aku ikut ya hehehe.

Dulu aku nak sangat bermain gitar, tapi adik My Sayang cakap dalam Islam, haram untuk perempuan bermain alat muzik yang menggunakan tali. So aku pun padamkan niat itu. Bahu kiri aku da berat sangat, tak nak tambah la, tak larat nak menjawab kat akhirat nanti.

Sekarang aku nak main drum. Abang Zoel, jadi sifuku ya?


No comments: