Thursday, April 1, 2010

Betul Boss, ini bukan April Fool punya joke!!!

1st April a.k.a April Fool!

Semua orang tau yang 1st April adalah hari untuk mengenakan orang lain (budak2 pun tau, apalagi kalau dewasa). Kenakanlah orang lain tapi kena berpada2. Jangan sebab gurauan ntah apa2, hubungan dengan orang yang dikenakan terus putus. Aku pasti April Fool yang palig best adalah time sekolah. Kali ni aku tak nak story pasal kisah GOTCHA aku waktu 5 hari dalam seminggu kena pakai baju kurung putih and kain biru muda. Tapi pasal story last year.

Waktu tue aku kerja kat salah sebuah travel agent di Negeri Bawah Bayu. Kira rezeki anak2 aku, tamat ja LI aku terus ditawarkan bekerja kat HQ company tue. Mula2 aku ditawarkan kerja sebagai Tour Guide tak-berlesen-yang-kalau-MOCAT-tau-akan-dikenakan-kompaun-pada- company-aku. Tapi seminggu ja la sebagai TG haram kerana selepas tue aku dapat promotion sebagai Operations Staff. Start ja dapat promotion, aku kena lepak ofis hari2 and jawab semua enquiry thru fax, email and fon. Tue belum entertain walk-in customer.

Al-kisahnya, aku teruk sepanjang kerja di sana dengan basic RM 600 and komisen RM 200. Murah! Kira ok la kalau kerja 8am - 5pm. Nie tak, semenjak aku kena pegang salah satu hotline number, nah! Aku umpama kerja 24/7. Sebab time aku kat rumah dengan family aku pun, aku dapat call dari boss, supplier, partner and customer. Ke mana2 aku pergi, diary and pen kena ada.

Paling aku bengang time aku tidur pun dapat call dari diorang. Aku tidur dalam pukul 12 tiap2 malam lepas layan anak2 and Astro. Bila dapat call dari customer nak pakej itu ini KEESOKAN HARI, aku mula la ambik calculator, diary dan pen. Lepas da kira2, aku akan call customer balik bagi verbally quotation. Bestnya kalau customer setuju harga tue, kalau dia nak diskaun, aku kena kira direct terus, suru diorang hold the line. Bila semua da setel, aku akan suruh standby sekian-sekian jam di lobi hotel.

Haa, ada income baru masuk, hati ada manyak sinang juga. Tak lah menjawab dekat bos kenapa sales kurang. Da deal, aku kena re-arrange tour plak sebab ada last minute booking. Lepas tue satu hal pulak aku kena call guide dan driver untuk inform new customer yang harus kena pick up. Kan da tengah malam, diorang tidur awal sebab penat ke sana-sini bawak customer pada siang hari. Tidur plak tidur mampus atau set SILENT mode kat hanfon masing2. Pernah aku try call sampai 2 jam hanya untuk dapatkan guide and driver di line. Bengang ke tak???

Aku tidur dengan bisnes! Means hotline fon tue aku letak tepi bantal, private number aku letak atas meja sekali dengan diary, calculator, pen juga lappy aku. Kenapa aku buat cam tue? Sebab aku pernah kena sound oleh bos and customer yang aku tak jawab call tengah malam. Gila apa? Orang tengah tidur tau!!! Mana tak, dalam brochure company ada 3 nombor hotline. General market call nombor hotline aku, China/Chinese market call boss Cina aku, Japanese market call Director company. Haa, hampir semua call nombor aku la. Mau tak bengang and terganggu time tidur aku???

Tue belum lagi aku kena stayback sampai 9,10pm tiap malam untuk setelkan quotation yang menggunung. Aku ada assistant tapi dia buat enquiry kecik jer. Da siap quotation, aku kena double check before inform customer supaya tak silap harga. Beberapa bulan aku kerja macam tue, gaji maintain, tak naik2.

Staff lain merungut sebab kerja teruk tapi gaji ciput. Travel agent lain best tau, kalau diorang buat sales dapat 5% commision. Company kami? HARAM!!! So staff tak puas hati, semua datang mengadu kat aku and minta aku bawa pergi meeting tentang hal tue. So aku pun set meeting ngan boss2. Bila aku ajukan hal nie, boss banyak songeh la pulak. Siap salahkan staff aku adalah. Adoiiii, aku yang handle staff, aku tau lah movement diorang. Muka diorang tak nampak kat ofis seharian, adalah task yang aku bagi diorang tue. Boss tau apa? Tunjuk muka 30min-sejam, pastue blah!!

Aku panggil pulak semua staff. Terkadang kami meeting time 8/9 malam lepas guide and driver habis tour. Aku, assistant aku and accountant aku stayback la. Time tunggu staff lain, kami bukan duduk main game, sembang2 bagai tapi kami siapkan kerja yang berlambak. Tak siap, bos marah pulak. Overtime kami tak dibayar tau!!

Penghujung Mar'09, staff nak mogok! Aku dengan boss2 bertengkar time meeting. Pas meeting aku ambik time-off. Aku blah dari ofis and heading to Tanjung Aru Beach, nak redakan perasaan aku. Staff pulak tanya itu ini. Bos call and banyak songeh. Partner and supplier call pasal business. Customer call tanya quotation. Adoiiii, rasa cam nak suruh diorang bagi aku break kejap dari fikir pasal kerja.

Masalah aku dengan boss makin teruk. Diorang hentam aku baeeekkkk punya! Lambat datang ofis, aku kena marah! Lambat pick up call, kena hentam lagi! Tiada sales, pun kena hentam! Mana aku nak cari sales kalau low season masa tue?? Bangang punya boss!!! Aku ambik cuti 2 hari. Tue pun boss bising! Sebelum tue mana pernah aku ambik cuti kecuali attend event kat tadika Kakak (masa tue Kakak baru belajar di Tadika, Mus pulak belum sekolah) . Ahad pun aku kerja tau! Kalau ada staff cover counter, aku kerja half day. Kalau staff semua ada tour, aku stayback sampai pukul 5,6pm.

1st April'09, aku masuk keja balik. Boss da tunjuk muka masam! Aku? Lagi masam. Staff lain takut ajak aku sembang, so aku yang start dulu. Tue pun diorang gurau berpada2. Tepat pukul 10am, aku jumpa boss. Aku tender notis sebulan tanpa gaji and surat resign. Bos hairan pandang aku.

"Aik, takkan dengan kami pun kau mau joke April Fool?" kata Director. Boss Cina aku senyum2.

"Betul boss, ini bukan April Fool punya joke!" jawabku.

Haaa, tue dia! Bos terkejut. Baca balik notis and resignation letter aku. Muka da berubah kelat!

Aku pack barang aku, salam2 kat staff aku n gtau diorang yang aku akan keep in-touch ngan diorang juga. Pas tue aku blah. Aku lepak kat ofis member aku sambil sembang2. 2 jam kemudian, aku dapat sms dari assistant aku minta contoh notis and resignation letter. Aku hairan! Katanya, boss da rombak balik. Semua jadi tunggang langgang. Driver and guide aku pun nak resign! Hah, ambik kau!

Sejak aku resign and hantar balik hotline number, aku lega sikit. Tapi customer, supplier, partner call private number aku. Aku suruh diorng call number ofis. Kawan2 aku call tanya kenapa management company teruk. Lain diminta, lain yang diberi. Aku hanya mampu jawab, tanya director company sendiri. Ye lah, aku da takder kaitan ngan company tue.


No comments: