Wednesday, August 18, 2010

Cakkkkkkk

Salam Ramadhan..

Harinie da 8 hari kita berpuasa, 7 hari sebelumnya aku dapat tempuh puasa aku walaupun 2 hari setengah (start tengah hari Ahad lepas) aku asyik lepak kat tilam aku jer (takder katil kat umah KL, tinggal bujang).

Ahad tengah hari aku rasa tak sedap badan, after buka puasa aku ikut hantar akak My Sayang ke hotel penginapannya kat Kampung Baru. Balik tue lepak mamak jap, pekena tomyam. Masa tue aku rasa kepala berat giler, tapi aku tabahkan hati (ceh ceh ceh) sebab nak jaga hati My Sayang and budak2 umah aku. Kenapa nak jaga hati? Yer la, aku jarang lepak ngan diorang even tinggal seumah. Masa aku banyak dihabiskan kat opis, after siap sume keje sambung lepak kat mamak area umah aku ngan boss sampai tengah malam. Sabtu Ahad yang tak keje pun, malam sure masuk sms COME DOWN IN 10 MIN. Haa, tak ker haru aku sebab kena get ready in short notice? Tue la boss aku. Ala, bukan lepak mana pun, lepak mamak tumpang wireless teman dia main game sambil2 discuss strategy untuk marketing side, plus tengok bola hehehe. Pernah lepak ngan dia from 10pm until 10am the next day. Staff mamak tue da bertukar shift, kitorang still lepak sana hahaha!!

Balik pulak, budak2 umah samada keluar ataupun da tidur. Kalaupun masih lepak depan tv, aku tak larat nak join sebab penat, plus kena rest awal before start the next day. Tue yang budak2 umah terasa aku da menjauhkan diri, tapi aku bukan menjauhkan diri, aku hanya berusaha triple kali ganda untuk anak2 aku. Being a single mum, ex-hubby jahanam pulak tak bagi nafkah, tue yang aku kena berusaha untuk Angels aku. Kalau tak aku, sape pulak??

Hari2 aku masuk opis dalam pukul 10am, keluar opis dalam pukul 8pm atau 9pm. Stay back sebab banyak keje nak setel, nak plan untuk the next day lagi. Aku tak suka nak forward keje untuk keesokan harinya. Sebab hari2 aku memang busy, tak cukup masa untuk buat keje the day before. Nie lagi skang aku kena masuk opis before 9am, haaa..ambik ko!

Bulan August nie aku kena hit target sebab nak grab Assistant Manager promotion. Big boss yang dulu tak pandang aku and kalau bercakap setakat HI, sekarang da side team aku. Untuk makluman, opis aku ada 2 team, sorang under Senior Business Manager and staff dia colleague aku yang senior 10 hari dari aku. Team aku pulak under my boss and me only. Now my big boss da side aku, haaaa... rasain. Dulu aku yang ko tak pandang, sekarang ko letak hope kat aku. Jangan ingat budak Sabah yang tak der network kat KL nie tak bole perform as Marketing Executive tau (ceh, poyonya aku)

Oklah, update untuk this entri. Nak balik da, my boss nak hantar balik umah. Best tau, hari2 dia hantar aku balik rumah, jimat tambang hahaha.

Adios!!

Selamat Berpuasa!!


No comments: