Sunday, April 4, 2010

Bila murid bermain teka-teki, Cikgu beri jawapan yang berunsur 18sx

Dalam kelas subjek Matematik, Cikgu tadika bertanyakan soalan kepada seorang anak didiknya bernama Bakhtiar.

Cikgu:
Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yang tinggal di atas pokok?

Bakhtiar:
Kosong Cikgu

Cikgu:
Kenapa kosong?

Bakhtiar:
Sebab 2 ekor lagi mesti terbang lari la Cikgu.

Cikgu:
Hmmm, salah tu Bakhtiar. Jawapan yang betul tentulah 2, 3 - 1 = 2. Tapi Cikgu suka cara awak berfikir, kreatif!

sumber dari pakcik yahoo images

Ketika waktu rehat, Cikgu belanja Bakhtiar makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yang dibelanja oleh Cikgunya, Bakhtiar pula bermain teka-teki dengan Cikgunya.

Bakhtiar:
Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Seorang tu makan dengan cara menelan semua sekaligus, seorang lagi gigit sikit2, lagi seorang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma seorang je antara mereka bertiga tu yang da kahwin, yang mana satu cikgu?

Cikgu yang tergamam dengan soalan Bakhtiar berlagak neutral lalu menjawab.

Cikgu:
Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot.

Bakhtiar:
Salah Cikgu, yang ada pakai cincin la yang da kahwin. Tapi takpe, saya suka cara Cikgu berfikir. Kreatif!


** sumber dari email yang ku terima beberapa hari lalu**

1 comment:

Long Haffiz Long Hassan said...

ahakz..terbek tuyl punya ckgu.bgus2..
*thumbs up!!*