Saturday, September 18, 2010

Kepenatan tahap melampau

Ya, kepenatan tahap melampau.
Itulah yang aku alami sekarang.
Dan mengakibatkan aku TERkadang TERlupa akan sesuatu.
Contohnya tempat aku letak barang2 penting, set appointment lebih dari satu pada masa yang sama, lupa tarikh dan hari (kekadang je la) etc.

Mungkin bebanan kerja sejak menyandang jawatan baru di company tempat aku berkerja.
Tambahan lagi aku masih belum ada team member aku sehingga kini yang mengakibatkan aku harus menyiapkan semua tugasan dari semudah membuat filing hinggalah training applicant yang mak aiiii.. bukan sikit jumlahnya.
Side aku da banyak, tue belum side manager aku.
Memandangkan team kami hanya ada aku dan manager, maka akulah yang bertanggungjawab menyiapkan segalanya untuk team kami.
Terkadang ketika aku busy pun sempat update manager.
Ya, itu adalah tugas2 yang memang aku lakukan sejak jadi M.E lagi.
Now dengan position A.M, tugasan semakin bertambah.

Namun aku tidak pernah mengeluh sekalipun.
Sebab aku prefer aku buat semua sendiri untuk memudahkan rujukanku di masa akan datang.
Bukan tak nak bantuan dari sesiapa, cuma aku lebih selesa kalau aku yang melakukannya.
Semua suda tersedia di dalam otak, soft copy/hard copy akan dibelek sekadar untuk verify apa yang ada dalam otakku.
Tak perlu bertanyakan pada sesiapa di mana letaknya semua file2 itu, apa latest update, check suma paperwork yang disudahkan oleh staff lain etc.
Juga tak perlu marah2 orang lain kalau ada kesilapan kerana kalau aku buat sendiri, memang aku akan marah diri aku sendiri.

Namun dalam pada perangai yang asyik lupa, aku tidak sesekali lupa pada anak2 ku di kampung.
Aku sering menyalahgunakan kemudahan telefon di ofis aku hahaha.
Boss aku pun tak bising sebab dia faham keadaan aku.
Malah dia sendiri pernah bertemu dengan anak2 dan family aku ketika kami terbang ke Sabah pada bulan Julai untuk urusan bisnes.
Terkadang bila aku terlalu rindukan anak2 aku, aku akan memencilkan diri dalam conference room dan menangis.
Dia akan datang dan mengusap2 bahu serta kepala dan memberitahuku agar kuatkan hati.
Many thanks to you!!!

Aku nak call anak2 aku sekarang, walaupun aku tahu diorang tengah berparti sempena kepulangan my sister dari India.
Aku tak kira, aku nak juga call anak2 aku!!

:)

No comments: