Tuesday, November 10, 2009

Langkah Pertama

Da lama tak update blog.. terlalu banyak yg terjadi sepanjang minggu lepas.. hidup.. kenapa harus begini liku2 yg harus ku lalui? Hmmm.. cara ku pujuk hati hanya dengan mengatakan bhw aku salah sorg dari insan yg terpilih utk melalui jalan ini*laughing*

Tertekan dgn keadaan sekarang, aku mengambil keputusan utk berpindah ke tempat baru tanpa anak2 ku. Bukan suka2 tetapi aku HARUS. Semuanya kerana fikirkan tentang masa depan anak2 ku. Terlalu payah untuk menjadi ibu tunggal kepada 2 org anak yg tengah membesar. Kos pendidikan mereka boleh tahan lumayan berbanding zaman ku dahulu. Minggu lepas, aku daftarkan anak ku untuk Tahun 2 di salah sebuah sekolah cina berhampiran tempat tinggalku. Kos buku sahaja suda mencecah RM 170++, dan yuran martial art wushu utk 5 bulan sahaja suda mencecah RM 50. Belum kos peralatan menulis, pakaian sekolah, kasut sekolah bla bla bla. Itu anak sulungku. Anak bongsuku, akan memulakan zaman persekolahannya tahun depan di tadika bersebelahan sekolah kakaknya. Kos pendaftaran utk pengesahan tempat sahaja mencecah RM 170++. 4th January, aku kena sediakan sekurang2 nya RM 500++ utk beg sekolah, uniform & pakaian sukan sekolah, makanan sepanjang belajar di sana, buku2 latihan etc. Aku terdiam sekejap mengenangkan cash outflow yg begitu tinggi sedangkan cash inflow tdk tetap.

Minggu lepas, salah seorg bestfren aku mengesyorkan kepadaku utk menghubungi dudaku dan meminta bantuannya utk memberi nafkah sara hidup anak2 ku. Tp dgn lajunya mulutku mengatakan NOOOO!!!!!!! Aku tdk ingin sama sekali. 5 tahun anak2 ku hidup tanpanya mahupun wang nafkah hidup darinya, ttp mereka tetap hidup dan sihat juga. Kalau mmg dia bertanggungjawab terhadap anak2 nya, suda lama dia memberi nafkah hidup anak2 nya. Namun sehingga kini,tidak pernah langsung dikirimkan wlupun dia mempunyai nombor akaun bankku.

Sepanjang aku bergelar pelajar sejak 2006 - 2008, ibubapaku membantu dr segala segi. Sejak aku bekerja, aku la yg menyediakan sgl keperluan wlupun adakalanya keluarga ku turut membantu sedikit sebanyak. Maklumlah, anak2 ku merupakan cucu & anak buah yg amat disayangi. Segala apa yg mereka ingini, laju sahaja ibubapaku mahupun adik2 ku memberikan kepada mereka. Sungguhpun begitu, aku tetap mendidik mereka utk tdk terlalu manja. Malah bukan semua keinginan mereka aku penuhi. Terkadang, aku menegah keluargaku utk memenuhi keinginan mereka. Budak2, sll inginkan permainan baru yg melekakan, sbb itulah ku tegah keluargaku. Kalau berkaitan pendidikan, aku sendiri akan belikan tp tidak permainan. Cukuplah prmainan yg mereka ada. Alhamdulillah, anak2 ku tidak merajuk ataupun berkecil hati. Mereka dapat menerima penjelasan yg aku berikan. Aku bertuah mempunyai anak2 yg tdk byk karenah.

Kini, aku harus mengambil langkah pertama utk mengubah hidup kami. Suda 6 bulan aku menjadi seorg job hunter stlh resign dari tpt kerja lamaku, sehingga kini masi tdk ada tanda2 pemburuanku akan berhasil. Memikirkan itu, aku berkira2 utk mencuba nasib d KL. Tepat pada masanya, bestfren ku yg menetap d KL menelefon dan memberi cadangan yg sama. Malah dia berjanji utk membantuku ketika aku di sana. Aku amat menghargainya.

Dan kini, dalam masa terdekat aku terpaksa meninggalkan anak2 ku utk satu tempoh masa yg tdk ku ketahui sampai bila. Bukannya aku tdk akan balik menjenguk buah hati ku, ttp aku masi tdk tahu apa yg menantiku di sana. Aku berdoa semoga segalanya berjalan lancar atau setidak2nya, tdk la terlalu payah stlh apa yg pernah kulalui dalam hidupku, sekurang2 nya utk anakku. Tidak pernah aku meninggalkan anak2 ku utk satu tempoh masa yg panjang. Sewaktu aku bergelar pelajar, paling lama pun 3 hari 2 malam kerana mengikuti outing class utk melengkapkan assignment. Sewaktu aku bekerja, aku pernah meninggalkan mereka selama 4 hari 3 malam kerana diarahkan ke KL utk mewakili syarikat lama tpt ku bekerja. Hanya itu. Dan sekarang, utk berapa lama aku sendiri tidak pasti.

Ikutkan hati, susa utk aku membuat keputusan begitu ttp aku tdk punya pilihan. Pasaran kerja d Sabah terlalu sikit utk nisbah penganggur yg ramai. Bermacam2 kerja aku pohon, satu pun tdk berhasil. Cukuplah tempoh slm 6 bulan, aku tdk ble menanti lagi. Time is running, my kids are growing now. Aku tdk ble berlengah lagi.

Aku akan membawa anak2 ku bersamaku satu masa nanti setelah keadaanku stabil dari segala segi. Ini adalah langkah pertama utk memulakan hidup baru. Aku tdk ingin menetap terus di Sabah kerana terlalu byk memori pahit yg terjadi dlm hidupku.

Langkah pertama akan diambil dalam sedikit masa lagi demi masa depan anak2 ku.

1 comment:

princess hours said...

Dear Wish u luck.....i saw ur sms 1st thing in my head i knw its hard for u to left them behind....but i knw ur condition too....1 of the reason in want to stay here...away from family....is to do my own life...u knw how hard my life if attached with them..i cnt do any decision for myself...here the challange is more tougher than u c from ur eyes...away from them am suffer...soo suffering...full of tears...Thx God Poh with me.....i lov him so much..even am on tears i cn smile just bcoz of him....wish u luck dear....my full support is with u....now am trying to get better life ....and the time is now..now la the best time to start it.....like me..am not happy here..but for my own good change i accept it...:-)so kept in touch tau......take care..remember my pesan ah....do not walking alone there k.....make sure u got sam1.....send my regards to ur fren :-)