Friday, December 18, 2009

Penantian


Jam menunjukkan pukul 06.05am. Aku masih terjaga, mendengar Hitz. FM thru online and chat dgn member. Sebenarnya aku tgh menanti panggilan/sms dari my-married-guy-boyfriend. Hari ini dia bekerja untuk shift 4am - 12 pm. Kebiasaannya dia akan menghantar msg kepadaku sekitar pukul 3.45am - 4am. Tapi harini, masih belum ada tanda2 yg dia akan menghubungiku.

Niat di hati teringin utk menghantar sms tetapi risau jika dia menyambung cutinya. Dia mula cuti pada Isnin lepas sehingga semalam. Sepanjang dia off, dia tdk menghubungiku langsung atas permintaanku juga. Ini kerana aku nak dia menghabiskan masa bersama keluarganya. Dia ada mengatakan bahawa dia akan menghubungiku sekiranya dia keluar sepanjang off, tp sehingga sekarang belum ada deringan telefon darinya. *sigh*

Salah satu cara untuk melupakan keresahan ialah dengan keluar bersama2 member rapat yg duduk serumah dgnku. Dua malam lepas, aku tak tdr langsung setelah menghabiskan masa bersama member kamceng. Lepak di tepi pool kat bwh rumah, byk cerita keluar sekaligus menghiburkan hatiku yg tengah resah. Andai aku ingin bersendirian, aku akan duduk di koridor apartment sambil menghabiskan rokok. Kadang2 aku ditemani oleh housemate lelakiku, byk yg kami kongsikan bersama andai kami lepak berdua sahaja. Aku menjadi perokok tegar skrg. Sampaikan mber2 aku da naik cuak nak tegur aku :D

Ntahla...... apa nak jadi dgn ku? Tp apa pun yg ku lakukan, anak2 tetap dlm ingatanku. Aku rindukan mereka!!!!!!!!!!!!!

No comments: