Saturday, January 16, 2010

Hold Me For A While

Sendirian di rumah selepas si dia bergerak ke tempat kerja. Apa nak dilakukan? Semua kerja rumah telah disiapkan semalam, so aku pun lepak di bilik kakak si dia dan melayari internet. Nak layan blue, kang aku stim dia lambat balik, aku juga yg payah hahahaha *kidding*

Email telah pun di clearkan, facebook pun clear, so aku blog hoping just to kill the time. Ye la, sleepy but can't sleep, nie jer la caranya. Nak layan Desperate Housewives, letih mata menonton TV huhu.

Nak di pendekkan cerita, aku pun blogwalking. Mostly aku hanya jadi silent reader, maybe bit rude but I prefer to be invisible bila bertandang ke "rumah" bloggers :D.

Aku singgah ke blog sorg blogger, tetiba kedengaran lagu Hold Me For A While. Automatic aku teringat kat ex-boyfriend aku yg telah dijemput Allah pada 03rd Oct'2008. Arwah adalah peminat fanatik Final Fantasy.


Kami tdk pernah bertemu secara face-to-face, kami hanya berhubung melalui MySpace dan juga telefon. Ketika itu aku mempunyai boyfriend lain ttp arwah adalah amat berbeza sekali, pada pendapatku. Arwah memanggil diriku Manja dan aku memanggilnya Abang.

Nak dijadikan cerita, setelah setahun declare, aku dapati Arwah berubah. Dia sudah jarang menghubungiku. Setiap panggilan dan mesejku tidak dibalas. Ketika itu hatiku mengatakan dia sudah bertemu dgn perempuan lain yg lebih baik dariku dan juga ble berada di sisinya sedangkan aku berada jauh darinya ketika itu, dia d KL dan aku d KK.

Setelah 6 bulan menyepikan diri, tetiba pada satu hari aku menerima sms darinya ketika aku leka menjalani latihan industri utk melengkapkan diplomaku. Betapa gembiranya aku apabila aku mendapat sms darinya. Tetapi kegembiraanku hanya sedetik cuma apabila dia menuduhku bahawa aku telah menyihirkan dia akibat dendam. Aku terkejut yg amat sangat pada masa itu. Aku telefon dia, ttp dia tidak menjawab panggilanku. Aku menghantas sms mengatakan aku tidak membuat perkara itu dan aku tidak berdendam langsung padanya walaupun dia telah mengabaikan aku dan tidak memaklumkan status hubungan kami.

Pada mulanya kami bertengkar kerana dia tetap dgn tuduhannya manakala aku ttp menafikannya. Ye la, mmg aku tak buat benda tue, takkan nak kata Ye plak. Akhirnya aku berjaya meyakinkannya bahawa itu bukan kerja aku. Aku amat sedih apabila mendapat tahu dia seperti mayat hidup. Nak bergerak pun susah dan perlukan bantuan ibubapanya. Sudah byk tpt dia dan familynya pergi utk berubat, namun hasilnya langsung tiada.

Lalu aku menawarkan bantuan utk membawanya datang ke Sabah dan berubat dgn pakcik salah seorg kwn baikku. Pada mulanya dia teragak2 kerana risau familynya tak melepaskannya dan risau dia akan menyusahkan aku. Sekali lagi aku yakinnya dia bahawa aku ingin membantunya. Akhirnya dia akur padaku dan akan memberitahu ibubapanya.

Aku memintanya masa 2 mgu utk datang ke KL dan membawanya balik ke sabah kerana aku perlu menghabiskan latihan industriku yg ketika itu hanya tgl 2 mgu sahaja lagi. Tapi sayangnya, aku terlewat dan dia tdk mampu menungguku.

Pada satu malam, ketika aku sibuk menyiapkan laporan latihan industriku, aku mendapat sms darinya.

"Assalamualaikum. Nie adik kepada Abang Lan. Dengan dukacitanya, saya ingin memaklumkan kepada kak **** bahawa Abang telah pergi meninggalkan kita semalam pada pukul 01.55am. Semoga Arwah Abang Lan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Wassalam".

Aku tersentap! Aku enggan mempercayainya kerana dia telah berjanji utk menungguku dan ketika aku mendapat berita ttg pemergiannya, hanya tgl semgu sahaja lagi utk aku dtg menemuinya. Lantas aku menghubungi pengirim sms. Adik Arwah yg menyambut panggilanku dan mengesahkan berita itu, juga mengatakan bahawa dia yg mngirim berita tersebut kepadaku kerana dia mendapati byk sms dan missed call dariku apabila dia mengaktifkan nombor Arwah.

Sehingga kini, aku terkilan kerana tdk sempat membawanya datang berubat di Sabah. Juga terkilan kerana tdk dapat menziarah pusara Arwah walaupun aku suda berada di KL sejak 2 bulan lepas. Aku telah hilang nombor adik Arwah.

Walaupun tidak berpeluang utk bersemuka dgn Arwah dan tidak berpeluang utk menziarahi pusaranya, aku ttp mendoakan nya. Arwah jarang menyakitkan hatiku. Semoga Arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Al- Fatihah.



Hold Me for a While - Rednex

Hold, hold me for a while
I know this won't last forever
So hold, hold me tonight
Before the morning takes you away

Hold, hold me for a while
I know this won't last forever
So hold, hold me tonight
Before the morning takes you away

What's that sparkle in your eyes?
Is it tears that I see?
Oh tomorrow you are gone
So tomorrow I'm alone
Short moments of time
We have left to share our love

Hold, hold me for a while
I know this won't last forever
So hold, hold me tonight
Before the morning takes you away

We're in each others arms
Soon we're miles apart
Can you imagine how I'll miss,
Your touch and your kiss?
Short moments of time
We have left to share our love

Hold, hold me for a while
I know this won't last forever
So hold, hold me tonight
Before the morning takes you away

Hold, hold me now,
From dusk all night to dawn
Save, save me now,
A short moment of time

Hold, hold me for a while
I know this won't last forever
So hold, hold me tonight
Before the morning takes you away

No comments: