Saturday, January 16, 2010

DUNHILL - Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang-Layang

~~~Title tiada kaitan dengan entry di bawah~~~

Sebentar tadi ketika aku baru hendak tidur, pintu bilik diketuk oleh kawanku. Katanya ada sesuatu yang hendak diperkatakan.

Lalu dia pun duduk di tepiku, aku yang ketika itu tengah baring segera bertanyakan kepadanya kerana ku lihat dia seperti baru lepas menangis. Dia juga kelihatan agak keberatan utk memulakan bicara. Lalu kubiarkan dia seketika sebelum dia bersedia untuk mengutarakan perkara yang hendak dibicarakan denganku.

Kami bercakap tentang sesuatu. Jujurnya, aku tersentak seketika tentang butir bicara kami. Mostly it's about me. Aku tak salahkan mereka (kawanku serta kakaknya) kerana mungkin pembawaan diriku telah menyebabkan mereka misjudge tentang aku. Mereka ambil berat tentang diriku, dan aku amat menghargainya kerana mereka sahaja yang aku percayai ketika aku sedang menjalani hidup di tempat yang asing bagiku.



Aku tak pernah terfikir caraku membuatkan mereka misjudge tentang diriku. Tapi aku akan menjadikan ini sebagai pengajaran buat diriku.

Honestly, aku blur selepas berbicara dengannya. Mood untuk tidur serta merta hilang walaupun aku tidak cukup tidur kebelakangan ini, dan aku tidak tau apa yang sedang berada dalam fikiranku, itu yg sejujur jujurnya yang aku rasa pada masa ini.



Aku menangis bukan sebab tersentak ngan butir2 bicara kami, ntahlah. Aku pun tidak tau apa yang aku nangiskan *laughing*.

Kebiasaannya, apabila aku perlukan seseorang untuk berbicara tentang apa sahaja, aku akan meluahkan kepada kawanku yang juga roommate aku. Namun sejak kebelakangan ini, aku tidak luahkan kepadanya kerana aku faham keadaannya yang tidak stabil dari segi emosi setelah terjadi sesuatu dalam hidupnya. Aku tidak ingin menambahkan bebannya.

Sebagai alternatif, aku akan berbicara dengan adik lelakinya yang juga boyfriendku *smile*.

Dengan boyfriendku, aku boleh bercakap tentang apa sahaja, tidak kiralah samada aku dalam keadaan yang amatlah tidak stabil dari segi emosi. Dia akan menjadi seorang pendengar yang setia, serta meredakanku. Dia memberiku sokongan penuh, dan itu membuatkan aku dengannya bertambah rapat, sementelah lagi kami adalah loving couple (is it?) *laughing*

Tapi perkara yang kami bicarakan tadi, aku tidak boleh kongsikan dengan boyfriendku. Biarlah itu menjadi benda yang hanya girls inside this house know; means between me, my friend and her sis. Aku tidak mau setelah luahkan dengan boyfriendku, dia akan memarahi kakak2 nya, tambahan lagi sekarang dia dalam proses berbaik semula dengan kakaknya yang lagi satu (bukan kawanku). Aku tidak mau kerana perkara itu, hubungan yang sedia renggang menjadi renggang. Jika itu terjadi, sia2 la usahaku selama ini utk merapatkan hubungan mereka semula.

Sungguhpun hubungan kami masih baru, namun aku tau perangainya. Dia seorang yang baran dan kasar dengan kakak2 nya, namun setelah puas ku "basuh" dia sudah berubah dan tidak sebaran dan sekeras dahulu.

So let me keep it for myself. Now aku tengah berfikir cara untuk pretend that nothing is bugging me now. Sebab boyfriend aku amat peka pada perubahan mood dan juga sikapku. Aku pula apabila ada sesuatu yang mengganggu fikiranku, aura(hahaha) itu terpancar pada wajahku. Aku tidak pandai menyembunyikannya. Ini diakui oleh sesetengah orang yang rapat denganku*sigh*

Inilah dilema (ye ker dipanggil dilema?) yang aku alami sekarang. Bagaimana harus aku sembunyikan tentang sesuatu yang ada dalam fikiranku agar tidak terpancar pada wajahku?? Sungguhpun aku senyum lebar melepasi telinga sekalipun (hahahaha), tetap kelihatan sesuatu-yang-mengganggu-fikiranku. Tipulah mereka dengan mengatakan tidak ada apa2 yang aku fikirkan, tapi mereka tau yang aku menipu mereka.

Tambahan lagi dengan boyfriend aku, dia akan membiarkanku buat seketika. Kami akan berbicara tentang benda lain, bergurau atau melakukan aktiviti lain bersama. Namun akan tiba satu ketika dia akan bertanyakan semula kepadaku, dan kali ini dengan nada yang serius serta riak wajah yang penuh tanda tanya. Bawalah dia bergurau pada masa itu, dia tetap tidak akan tersenyum.

So now, apa yang harus ku lakukan? Emh... still got time to think how coz dia baru sahaja menghubungiku dan mengatakan yang dia akan balik lewat pada hari ini berikutan last rehearsel untuk staff party esok yang akan diadakan di tempat kerjanya. So, aku ada masa lebih sikit utk berfikir. Bukan utk mengaburi matanya sahaja, tp mata org lain juga. Tak nak la terpancar lagi aura sesuatu-sedang-mengganggu-fikiranku *laugh*

So, it's time to think now.


I know. Wait............



And the result is, LET'S GET SOME DUNHILL FIRST



No comments: