Monday, January 18, 2010

I'm veli veli soli apek

Al-kisahnya tersebutlah satu kisah di mana sorg amoi tengah berlenggang ke kedai runcit di bawah apartment tempat tinggalnya. Niat si amoi untuk membeli topup juga membeli Dunhill 14's. Dalam perjalanan, si amoi sedang sibuk mereply mesej dari boiprennya yang tengah berkerja tetapi mencuri masa untuk menghantar mesej kepada si amoi. Macamlah petang nanti tak jumpa kat rumah, bisik hati si amoi. Tetapi si amoi tetap mereply mesej sambil tersenyum kambing huahuahua.

Setelah menekan butang hijau untuk menghantar mesej, maka si amoi pun menyimpan handphone buruknya yang humban-anjing-pun-mati ke dalam saku belakang seluar jeans lalu menyelak rambut kerana angin yang bertiup sepoi2 bahasa German. Ketika meluruskan tangan ke bawah, si amoi telah terlanggar sorg apek yang kebetulan tengah melaluinya. Akibatnya si amoi terlaga beg plastik kuning yang dipegang oleh apek tersebut lalu beg itu pun terjatuh. Lalu apek itu pun menjerit HOI pada si amoi.

Pada masa itu, si amoi tak dengar HOI-an dari si apek kerana hendak mengambil handphonenya setelah mendengar handphonenya melalak lagu Jay Sean-Down. Tau lah si amoi yang ada mesej baru masuk. Kali kedua apek itu HOI, barulah si amoi dengar dan ternampak apek mengambil beg plastik kuning yang terjatuh itu. Si amoi hanya mampu mengangkat tangan tanda meminta maaf namun jelas kelihatan mulut si apek kumat-kamit. Baca mentera apa lah pulak si apek nie, desis hati si amoi. Sedangkan amat jelas yang si apek marah atas sikap si amoi. Apek pun berlalu dari tempat jenayah setelah mengutip beg plastik kuningnya.

Si amoi pulak meneruskan perjalanannya ke kedai runcit. Sangap sangat da, rokok da putus hahaha. Tapi dalam hati si amoi tetap rasa bersalah kerana tidak membantu si apek mengutip beg plastik kuningnya dan meminta maaf secara terang2.

So di kesempatan ini, si amoi ingin mengucapkan I'M VELI VELI SOLI APEK. Si amoi tau si apek takkan baca permintaan maaf nie, tapi yang penting si amoi telah meminta soli dari mu wahai apek.

Sekian, telima kasih :D

No comments: