Wednesday, March 3, 2010

Lauk Masin tanda nak kahwin ke?

Malam nie lewat masak. Dalam pukul 10.30pm, housemate balik dari Carrefour Midvalley dengan barang2 yang aku suruh beli.

Aku terus membuka silat untuk menyediakan makan malam. My Sayang dijangka sampai rumah pukul 11.15pm. Stayback 2 jam kerana hotel tempatnya berkerja teramatlah busy, sehingga dengan bosnya sekali terpaksa stayback. Hambik ngko!!

Memandangkan My Sayang sampai tak lama lagi, maka aku pun sediakan makan malam dalam keadaan rushing sehingga TERlebih (TER membawa maksud tak sengaja kan? hehehe) bubuh garam dalam ayam yang ku masak. Mana taknya, banyak keje aku kena buat sambil masak ayam tue. Kentang pulak lupa suruh housemate beli, kalau tak boleh juga kurangkan tahap masin tue.

Selesai masak, aku hidangkan makanan dan kedua2 kakak My Sayang berserta seorang housemate lelaki makan. Aku makan dulu sebab My Sayang ada dinner bersama rakan sekerja yang mana mereka beramai2 bodek bos diorang :D

Sewaktu makan, terjadilah perbualan di bawah:

" Kau mau kahwin suda ka?" tanya kakaknya yg pertama kepadaku.

"Uish, ndak lah. Kenapa?", katakuku sambil kehairanan.

"Masin ayam kau malam nie. Orang tua2 di kampung kita cakap, kalau masak lauk masin tandanya mau kahwin sudah", jawabnya. Kakak keduanya (bestie aku) senyum2 ke arahku sambil mengiakan.

Aku berfikir sejenak, betulkah? Tak pernah pulak aku dengar macam tue. Tapi selepas itu, aku hanya anggap mereka bergurau sahaja. Aku masih belum merancang untuk re-marry!!

Ala, baru tadi jer aku TERmasinkan lauk. Bukan sengaja pun, da banyak keja kat dapur nak settlekan, mana nak tengok2 ayam tue lagi, ngan pening lagi, mana la aku sengaja bubuh garam lebih.

Orang tua2 kita banyak pantang larang and selalu berpesan kepada anak2 muda agar jangan melanggar pantang2 tersebut. Contohnya:

Jangan menyanyi sambil masak, takut dapat laki tua.
Sebenarnya, orang tua2 tak nak kita lalai waktu masak, takut masakan tak jadi/hangit/tak cukup masak.

Jangan potong kuku waktu malam, kerana menyumpah ibubapa.
Sebenarnya, orang tua2 risau kalau kuku yang telah dipotong terbang dan masuk ke mata. Kan ker naya tue?

Itu jer aku ingat hehehe. Lain tak ingat da. Nanti aku tanya mama aku hehehhe.

** tengah menunggu My Sayang balik then tengok DVD ALvin & Th Chipmunks 2. I'm a single ladies, I'm a single ladies lalalalalala**

No comments: