Thursday, March 11, 2010

Takziah untuk Ros sekeluarga

Takziah untuk Ros sekeluarga atas pemergian ibu tercinta. Semoga arwah ibu Ros di tempatkan dalam golongan orang yg solehah. Al - Fatihah. Amin.

Aku dapat berita pemergian arwah melalui salah seorang kawan baikku melalui FB. Lalu aku terus capai hanfon dan call Ros, but talian off. Aku hantar sms mengucapkan takziah pada Ros.

Aku tidaklah rapat sangat dengan Ros. First time aku jumpa Ros pada tahun 2008 (tak silap) sewaktu aku, GG, Asan dan Ros nak attend majlis kahwin salah sorang staff kat Nexus Resort Karambunai. First jumpa Ros, dia pemalu orangnya. Aku yang memang kaki menyakat selalu sakat dia sampailah dia blushing. Kalau tak macam tue, sampai bila aku nak dengar suara dia kan?

Tapi bila turn ambik GG kat rumah, Ros kawtiem ngan GG and Asan sakat aku (hambek ngko) sebab aku tidak mengenakan baju kurung ketika itu. Hanya mengenakan dress hitam and jeans sedangkan GG and Ros pakai baju kurung purple. Aku dengan selambanya menjawab Tue pun nasib baik aku kenakan dress tau, kalau tak haram nak tengok aku pakai baju kurung mahupun dress. (Serius, aku tak pakai macam tue sbb aku jenis boyish sket)

Aku jarang ke rumah Ros, hanya 2x sahaja. First waktu aku dan Asan ambik dia untuk ke majlis kahwin member, which is the first time I met her in person. Second waktu aku dan Asan hantar kain untuk buat "uniform" family GG sempena majlis tunang GG yang berlangsung Raya Puasa lepas.

Kedua2 kunjungan ke rumah Ros, aku ada sembang2 dengan arwah ibunya. Arwah seorang yang baik hati, bercakap dengan lemah lembut serta banyak berkongsi cerita teladan untuk orang2 muda yang hampir tersesat cam aku nie (ya, aku ngaku lifestyle aku teramatlah tak elok).

Arwah juga tegas dalam mendidik anak2. Ros tua setahun dari aku, tapi dia tak berpeluang ke sana ke mari bersama teman2 lain kalau GG takder. Sebab arwah risau dengan gejala sosial yang melanda sekarang. Sampaikan Ros pernah mengadu yang dia jeles kat aku and GG sebab boleh ke mana2 yang kami suka tanpa family say NO. Sampaikan Ros nak kerja sekalipun family dia tak benarkan.

Aku tak boleh nak kata apa pada Ros saat dia mengadu kat aku, aku yakin ada sebab yang cukup kuat utk arwah dan family buat macam tue. Sekurang2 nya tak lah jadi cam aku nie huhuhu.

Apapun, aku doakan agar Ros tabah dalam menghadapi kehilangan ibu tercinta.

1 comment:

Eyqa Zaque said...

Takziah buat Kak Ros