Tuesday, February 1, 2011

Outdated

Yeah.
Outdated.

Blog aku da lama aku tinggalkan, da bersawang pun. Nak kena bersihkan dulu. Kalau rumah aku yang bersawang, sah2 bukan aku la penghuninya. Sebab aku tak suka rumah messy. Tapi terkadang sebab keletihan berkerja, aku balik aku hanya sempat kemaskan bilik jer, lepas tu layan poker kat FB jap then terus membaca sampai la tertidur.

Banyak yang terjadi sejak last entry aku on November. Last entry cakap pasal betapa hancurnya hati aku bila My Sayang tinggalkan aku sebab perempuan lain. Broke up itu hanya bertahan selama 2 minggu, selepas itu dia kembali kepadaku. Kerana sayang, aku terimanya kembali. Kerana ingin berlaku adil (konon), aku bagi dia peluang kedua untuk bina semula hubungan kami yang telah rosak olehnya.

Alhamdulillah, so far berjalan lancar walaupun pada awal perhubungan kami masih dingin kerana tahap curiga and cemburu tinggi aku mengalahkan puncak Gunung Everest. Sampai dia fed-up nak layan perasaan negatif aku, tapi aku da warn dia kalau dia nak kembali pada aku dia kena bertahan dengan aku. Sebab dia memang tau selagi aku tak percayakannya, memang aku akan bertanya itu ini. Kebetulan pada masa itu perempuan itu masih menghubunginya. Now? Diorang da tak contact each other, kerana aku dengar perempuan itu bertunang dengan lelaki pilihan keluarganya. Kalau diorg nak bertemu pun, aku tak marah sebab aku boleh terima yang diorg kawan je skang. Tipu la kalau aku kata tak jeles, memang jeles tapi aku da malas nak bertekak sebab tue. This is his last chance, next time kalau dia buat lagi, aku takkan terimanya kembali walau sayang macam mana pada dia. Cukup lah dua kali.

And My Sayang pun da berubah (so far yang aku nampak). December 2010, aku ajak dia balik Sabah selama 10 hari. Dia dengan keluarganya, aku dengan anak2 aku dan keluargaku. Sungguhpun begitu, aku sempat bertemu dengan keluarganya ketika menyerahkan satu dokumen penting untuk ayahnya sign. Alhamdulillah, keluarganya dapat menerimaku. Green light da pun.

Sementara familyku, mereka tau aku ada seseorang di KL. Kebetulan aku, My Sayang, mak aku, ayah aku dan adik2 lelaki aku kaki poker, so sometime kitorg main poker kat table yang sama. So family aku da nampak dia la, nampak gambar je la hehehe.

December lepas aku balik, aku habiskan masa aku dengan family aku. Puteriku Ya Allah, tingginya da lebih paras bahu aku sedangkan dia hanya berumur 8 tahun. Aku mengadu pada My Sayang, dia cakap biar je la budak2 membesar. Sementara Puteraku, tetap macam dulu, cuma skang da pandai makan sayur hahaha. Kalau dulu nak suruh makan sayur kena ajak bertengkar dulu, kalau buah hanya pisang sahaja dia layan, lain tak. Now da layan buah lain, semuanya sebab mak aku yang da tak keje and habiskan masa bersama anak2 ku di rumah.

Anak2 aku da bertemu dengan bakal bapak tiri diorang (InsyaAllah). Adik2 aku ada yang da pernah jumpa My Sayang. Adik2 aku cakap, janji dia bole terima putera and puteriku, and jaga aku dengan baik, tue da cukup. Ye, kat KL kami saling taking care each other. Dia pun da pandai bahagikan masanya antara aku dengan kawan2nya. And aku da berubah, paling lewat pukul 8 aku akan sampai rumah. Tak nak terlalu fokus dekat kerja hingga abaikan personal life aku.

And My Sayang sejak tau aku ada satu penyakit yang masih dalam proses utk kenal pasti, perhatiannya lebih kepadaku. Setiap hari dia akan datang ofis aku and ajak lunch untuk pastikan yang aku makan lunch and makan ubat. Kebetulan aku pegang kunci rumah kalau dia ada kelas, so aku akan bagi kunci terus padanya time dia ajak lunch. Ye la, dia da tak keje skang, fokus kat culinary study dia. Aku yang pujuk dia suruh study, sebab keje skang dia ada prob, management cut cost so untuk elak staff buat report kat Jabatan Buruh, diorang cari pasal dengan staff. Dia da fed up, so aku pujuk dia sambung study. Kebetualn dia pandai masak, so aku pujuk dia sambung study dalam bidang kulinari.

Ok la. Cukup buat masa ini. Lain kali Insya Allah aku akan update lagi.


No comments: