Showing posts with label drama/movie. Show all posts
Showing posts with label drama/movie. Show all posts

Thursday, April 1, 2010

Kami datang lagi

"Sayang, jom tengok Clash Of The Titans malam nie".

Itu bunyi SMS dari My Sayang sebentar tadi. Aku pe lagi, ON jer. Means keluar rumah nanti aku kena bawa sweater hitam dia yang bercorak tengkorak.


credit to GSC

Semalam layan Evolusi KL Drift 2. OK jer la filem tue. Suka aksi ganas jer, part drift and tembak2. Aaron Aziz, Scha Al-Yahya dan Shaheizy Sam jer yang buat aku focus kat filem tue. Pelat Cina Sam memang best, tak sangka Sam boleh buat slang macam tue. Aaron cakap slang Cina, tak best la. Kena lagi dia kena cakap Mandarin, nampak sangat berhati2 takut pinyin salah. Sam cakap Mandarin ok jer. Tapi yang tak puas hati, apasal pulak ada babak airmata dalam filem tue? Kacau betul la!! Pulak tue heroin dia mati?? Adoiiiiiii

Malam nie layan Clash Of The Titans pulak. Tak tau lagi citer nie best ke tak. Hope best la.



Synopsis: In Clash of the Titans, the ultimate struggle for power pits men against kings and kings against gods. But the war between the gods themselves could destroy the world. Born of a god but raised as a man, Perseus is helpless to save his family from Hades, vengeful god of the underworld. With nothing left to lose, Perseus volunteers to lead a dangerous mission to defeat Hades before he can seize power from Zeus and unleash hell on earth. Leading a daring band of warriors, Perseus sets off on a perilous journey deep into forbidden worlds. Battling unholy demons and fearsome beasts, he will only survive if he can accept his power as a god, defy his fate and create his own destiny. Reimagined with state-of-the-art visual effects and cutting edge technology, Clash of the Titans is a timeless and awe-inspiring adventure set against the turbulent backdrop of Ancient Greece.

** pic and synopsis - credit to GSC**


Wednesday, March 31, 2010

Angkara siapakah ini?????

Balik je ke rumah, aku terkejut bila nampak perangkap asap atas meja masak.
Dapur memasak bergantung.
Lantai dapur berselerak dengan serpihan cermin dan tudung saji.



First impression?
YA ALLAH, WHAT HAPPEN??
Tapi sape la yang boleh jawab soalan aku sebab takder orang kat rumah ketika itu.

Lalu aku alihkan dapur memasak ke atas hood.
Cubaan pertama, gagal sebab berat and cermin pecah kat tangan aku.
Cubaan kedua, berjaya!!



Lalu aku call My Sayang.
Tapi hampeh, time tue jugala aku dapat sms dari DGi suruh aku topup sebab kredit 0.
Adoiiiiiii
Kenapa la aku tak check balance credit sebelum balik??



Aku on celcom broadband aku.
Try hantar sms via DG website, tp lambat la pulak loading page.
Last2 aku send sms guna YM.

Aku suruh My Sayang call.
Ok, dia return call ASAP.
Aku tanya camner nak alihkan kepala gas dari tong itu. (da lama tak buat, so kena tanya My Sayang untuk double check)
Aku kena offkan sebab terhidu bau gas.
Semua tingkap aku bukak, da la tengah hujan lebat kat luar.

Pas tue aku YM kawan aku yang deal dengan landlord.
Dia akan report kejap lagi.
Ask me not to do anything with that.
So aku kena biarkan jer la semua tue sampai landlord datang malam nanti.
Nie pun da 2 kali tapak kaki aku tertusuk cermin halus.

Aku da lah balik dengan niat nak makan Maggi Kari and telur mata kerbau cicah sos tiram + cili.
Nie da tak jadi, haihhhhh.
Kena la aku makan apa yang ada dulu kat dalam peti.
Nak turun bawah, hujan lebat sangat kat tempat aku.

Takper2, jap lagi bersiap and g KL Sentral tunggu My Sayang abis keje.
Bodek dia belanja makan KFC :P
Bila perut sudah kenyang, larik pegi GSC layan wayang yang dia janji ajak tengok.


Tuesday, March 30, 2010

Yang Mana Satu??


Desperate Housewives Year 6 @ 8TV

ataupun

Evolusi KL Drift: 2 @ GSC Midvalley

Dua2 aku nak.

Tapi aku hanya diberi satu pilihan.

Offer tengok wayang pulak valid untuk malam nie jer, tak boleh bawak ke esok malam mahupun malam2 seterusnya.

Kejamnya My Sayang.

Taulah dia menyampah tengok siri Desperate Housewives tue.

Ermm, agak2 boleh tak suruh management GSC tue siar sekali siri Desperate Housewives tue kat cinema?

Baru best hahahaha

Aku masih tak tau nak ambik yang mana.

Dua2 aku nak (amboi, tamaknye aku)

Ada idea???





Thursday, February 25, 2010

Cinta Di Bawah Matahari a.k.a Into The Sun

Sekarang aku tengah marathon tengok DVD cerita Korean, title seperti tajuk entri kali nie. Aku nie bukanlah hantu korean drama, tapi tengok cam best jer, so layan la. Kalau bestie aku a.k.a akak si dia, another bestie yang nak kahwin da and both sisters aku, sah2 diorang akan teruskan menonton and kalau boleh nak abiskan dalam sehari tanpa berbuat apa2. Aku tak boleh la, sebab bukan kaki :D



Sinopsis adalah seperti di bawah (aku copy paste dari nenek Yahoo jer :)

Lieutenant senior Kang Seok-min(Kwon Sang-woo) joined the navy to follow in his dead father’s footsteps, with the dream of becoming an admiral. At the hospital where Seok-min’s sister, Soo-jin(Kim Jung-hwa), a young doctor who is still an intern, Seok-min runs into Hae-rin, a female doctor at the hospital. He tries to get close to Hye-rin(Myung Sae-bin) but she has shut others out since her boyfriend from college died. Hae-rin’s senior from the medical school Seung-ha, who is also the son of the director of the hospital, has been in love with Hae-rin since the college days. However, he could only love her from afar since his friend confessed his love first. After the death of his friend, Seung-ha plays the role of a guardian for Hae-rin, but only to win her love. Seok-min’s honest and yet impulsive behavior throws Hae-rin off. Nevertheless, ever since Seok-min gets involved in a critical situation on the naval base Hae-rin finds her heart drawn to Seok-min...

Sekarang aku baru sampai episod 4. Ada satu scene yang romantik bila Seok Min menyerahkan bunga dalam botol kaca kepada doktor perempuan yang bernama Hae Rin. Kenapa bagi bunga dalam botol? Sebab Hae Rin alergik ngan debunga. Kesian kan dia? AKu pun berangan, bila la ada laki yang akan buat cam tue kat aku. Kalau ada yang buat cam tue, sure aku melompat kat dia sambil kiss cheek and lips whuppppssss :P

Yang kacaunya, bila Dr. Seung Ha yang juga suka Hae Rin datang di saat2 romantik itu lalu memecahkan semua botol2 kaca yang berisi pelbagai jenis bunga. Hampeh betul, rasa cam aku nak dush-dush ja kat laki tue :P

Sampai scene tue aku tengok, pas tue aku layan net dulu. Jap lagi nak sambung tengok sebab mata dah berpinar2, rasa pening sejak semalam.

Ok la. Layan dulu scene seterusnya. Byeeeeee