Showing posts with label blur. Show all posts
Showing posts with label blur. Show all posts

Friday, March 11, 2011

Aku berada di area pantai sekarang..haruskah aku lari menyelamatkan diri??

Banyak benda yang jadi dalam 2 minggu kebelakangan ini.
Aku sendiri tak tau apakah aku mampu bertahan dari segi emosi ataupun tak?
Bertahan ke benteng ketahananku andai petang semalam and tadi mataku da "berpeluh" sedikit??

Mood sangat2 swing saat ini.
Aku perlukan pantai.
Ermm tapi kan, sekarang pihak berkuasa nasihatkan untuk menjauhi pantai sebab tsunami kat Jepun siang tadi.
Tapi kan...aku berada dekat dengan pantai sekarang..PANTAI DALAM, KL..
Pantai jugak kan???
So haruskah aku berada jauh dari Pantai Dalam sekarang?
Owh, biarkan persoalan itu terus membelenggu otakku saat ini.

Eh..tapi itu hanya warning untuk penduduk Sabah kan?
Oh sekarang aku risau balik, sebab majoriti keluarga belah bapak aku ada di area Kudat, sangat hampir dengan Pilipin ya. Kau naik bot nelayan pun kau boleh sampai Pilipin, berapa jam tu aku tak pasti la.
Lepas tue Kudat dah la di kelilingi air laut, so sah2 rumah keluarga belah bapak aku cun2 tepi pantai.
Kalau air pasang, boleh terjun dari tingkap dapur rumah aku dulu and gedebussshhhhh!!!
Tapi merasa la makan pasir laut itu ya hahahaha
Ataupun kalau musim air pasang, merasa la kau tidur tak lena sebab balak2 yang dibawa oleh air laut itu akan kiss2 tiang rumah.
Kiss bukan nak soft, nak kasar2 juga cehh. Gedegang, masih brmain2 di pikiranku tentang moment2 itu hahahaha.
Tapi sekarang kawasan rumah kami da jadi padang jarak padang tekukur sebab rumah kami da roboh dimakan anai2.
Adik2 laki aku yang ada 5 orang termasuk adik2 perempuan aku yang ada 2 orang termasuk aku yang sulung sorang tak benarkan bapak buat persetujuan secara lisan dengan keluarga dia mahupun orang nak beli tanah itu untuk dirikan rumah baru diorang.
Kalau pun ada surat hitam putih ataupun berwarna, kami tetap cakap JANGAN SIGN BAPAK.
So bapak aku mendengar suara majoriti anak2 dia seramai 8 orang.
Kenapa kami tak izinkan?
Sebab tapak itu banyak kenangannya, termasuk kami kencing di pokok bunga mama time malam sebelum pegi kedai runcit beli aiskrim 20sen hahaha.
Tapi paling penting ialah, SUPAYA KAMI TAKDA MASALAH PARKING TIME BALIK RAYA YANG MANA SEBELUM BALIK KG UNTUK RAYA PUASA TIAP TAHUN AKU AKAN MENANGIS2 GADUH DENGAN BAPAK SEBAB TAK MAU IKUT PULANG KAMPUNG KERANA KEJADIAN LELAKI JAHANAM ITU.
Hahahahaha.
Sebab zaman sekarang, 1 keluarga ada 10 buah kereta.
Jarak tiap rumah plak bukan jauh sangat.
Tapi kalau time raya tu jugak lah air laut pasang, merasa la kau melalui jalan2 kg yang sempit sebab sume nak selamatkan kereta masing hahahahaha.

Ok da.
Cadbury coklat dan Cornetto flava Blackforest suda memanggil2 diriku ini.
Ya, mereka sangat suka memanggil aku time aku stress nak mamposss macam skang nie.

Thursday, February 3, 2011

Hangin Lintang di tengah malam!!!

Apa perasaan korang kalau pompuan lain call hubby/tunang/boifren u all tengah2 malam buta?
Korang hangin tak??
And dia jawab dengan nada yang konon2 nak tido da, buat suara baru bangun tido. And korang masa tue tengah menghidangkan air buat dia. Korang hangin tak?
Bila korang tanya, dia sebut nama pompuan tue and kata saje call.
Apa salahnye cakap terus depan2 korang kalau memang takder pape?
Walaupun dia da explain berkali2 yang diorang takder pape, tapi cara tue menimbulkan syak wasangka korang.
Aku hangin, aku cakap terus terang tapi aku cover. Kalau aku yang dulu dengan tahap cemburu gila, memang aku da ngamok. Tapi skang aku da control jeles aku. Aku tak nak berprasangka lagi. Tapi kalau aku tau aku ditipu lagi, aku tau la nak buat apa.

Adik aku sorg (actually member yang kenal dari poker tapi da rapat skang) pun mengalami masalah yang sama. Kebetulan boifren dia pun aku kenal, kenal dari poker juga hehehe. Dia mengadu kat aku hal dia and boifren dia, aku hanya mampu dengar and advice mana yang patut. Sebab aku da pernah alaminya, and keadaan dia sama dengan keadaan aku skang. Masa tue memang teruk sangat.

Tapi sekarang Alhamdulillah, tahap jeles aku da kurang, tak macam dulu. Percaya pada dia! Kalau dia tipu lagi, aku da tak kan kembali pada dia. Cukup la apa yang pernah aku alami bersamanya dulu. Sekarang aku hanya nak bantu dia mencapai hidup yang lebih baik dari sebelum nie. Kalau dia buat perangai lama, ermmm.. belakang citer, Tunggu hari dia buat perangai lama. Tapi aku harap dia takkan buat perangai lama dia, sebab itu hanya membuatkan aku sengsara.

Aku da pernah kena 2 kali, so kalau ketiga kali berulang lagi, cukuplajh. Better aku fokus kat hidup aku dan anak2 aku. Ye, skang memang aku fokus kat hidup anak2 aku dan My Sayang, aku nak stabilkan hidup kami. And hope dia pulak tak buat hal lagi.

Now My Sayang da balik, and itu terjadi tadi. Aku malas nak layan, so aku luahkan pada blog aku hahaha. Now kitorang duduk depan TV sambil dia layan poker dia and aku layan chat ngan kawan aku yg tgh berada kat Kelantan. Da lama tak chat ngan dia sejak dia sambung study, hanya skang dpt chat ngan dia sebab dia balik bercuti kerumah family dia. So aku pe lagi, minta nombor dia sebab sebenarnya on the 13th nie, aku and geng2 poker aku da pakat nak buat perjumpaan. Of course adik aku and boifren dia akan join. Sebab masa tue sorang lagi geng kitorang yang bertugas di Sarawak balik KL. So kitorang arrange la. Bila lagi nak jumpa sume kan? Hehehhe

Inilah yang jadi kegilaanku sekarang. Dan game ini lah yang menemukan aku dengan mber2 baruku yang cukup sporting.

Tapi sekarang aku ada game baru yag jadi kegilaan aku. Nanti la aku upload kan. Net slow skang huhuhu

Saturday, August 21, 2010

Nak bagi tajuk apa ye??

Seperti dirancang, Sabtu ni lepak ofis sambil siapkan paperwork. Aku lepak dengan boss aku, masing2 siapkan keje yang tak siap semalam. Tapi aku sempat chat kat FB, sambil2 tue blogging. Keje half da setel, half lagi blm. Mood nak berblogging datang. Kalau hari2 biasa, masa takder untuk blogging. Nak check email pun tak sempat, tapi disebabkan keje punya pasal kena check juga.

Tengah asyik siapkan keje, phone berdering. Aku pandang boss aku and tanya kalau dia expecting incoming call, tapi dia cakap takder. So aku jawab dengan Hello jer, prosedur rasmi sambut call aku tak implement tadi. Sabtu maaa, plus da pukul 4pm. Alih2 orang call tanya keje, so aku entertain cam biase. Hu ha hu ha hu ha, aku suruh orang tue datang interview Isnin depan. Kalau dia tak datang, siapla dia! Aku anti-sket kalau orang call mintak keje out of working hours, bila aku da set interview dia tak datang pulak. Sebelum nie aku da "sekolahkan" sorang applicant kaw2 punya sebab kes tue la. Boss aku gelak jer time aku on the phone and "sekolahkan" orang tue. Aku buat cara pro la walau aku da berapi masa tue.

Harini aku ada OK sket, tak down sangat. Semalam pukul 11pm boss datang ambik aku kat rumah, kami pegi cari nasi lemak and otak2 kat PJ. Usha punya usha sampai ntah ceruk perumahan mana kami masuk, still tak jumpa. Kami da give up and nak blah dari tempat tue. Meter minyak kete boss da blinking, so singgah isi minyak. Bila boss da selesai and masuk kete, aku tanya kalau dia ada tanya orang kat counter apsal tempat tue. Katanya ada, and kami heading ke tempat yang dikatakan.

Kami gelak bila sedar kami memang kat area tue cuma tak usha kat hujung, sume simpang2 yang kami lalu untuk ke tempat tue memang da kami usha pada awalnya. Sampai kat tempat yang dituju, kami park and cari meja. Perghhh, ramai giler. Sedap sangat ke nasi lemak and otak2 sini? Boss aku kata rasa sendiri baru tau.

Bila da start makan, perghhh... memang sedap! Aku makan 2 bungkus nasi lemak and 2 bungkus otak2 (panggil bungkus ke kalau otak2??), boss aku pulak belasah 3 bungkus nasi lemak and 3 bungkus otak2. Order mushroom soup, my favourite soup. Memang marvellous!! Next time kena datang lagi nie.

Alamak, cakap pasal makan2 semalam buat aku lapar pulak ceh. Ok, sampai sini dulu update untuk harini. Aku nak setelkan paperwork yang tak setel lagi, kang tak pasal2 Isnin nanti kelam kabut pulak.

Saturday, April 3, 2010

Hotmail ku sayang...merajuk kah engkau?



Salam Sabtu

Aku nak tanya korang2 sekalian yang ada akaun Hotmail.

Korang boleh bukak tak Hotmail?

Tadi aku log in Hotmail, macam biasa aku key in password and click ENTER.

Tapi aku tak dapat masuk page Hotmail after that.

Berulang kali ku mencuba (lagu Ella) namun still blank page yang aku dapat.

Kenapa ya?

Adakah korang juga alami masalah yang sama ngan aku?

Atau hanya Hotmail aku je yang buat perangai?



Friday, April 2, 2010

So what kalau aku penagih??????


Eh, budak tue penagih??

Jgn kawan ngan budak nie, dia penagih!!

Syyuhhh (macam halau anjing), pergi jauh2, kau nie sampah masyarakat!!!

Kesian mak bapak budak nie, penat2 jaga sejak kecil, da besar panjang bukan nak berbudi pada orangtua, menyusahkan adalah!!!

Apa nak jadi ngan budak2 sekarang, asyik benda haram tue juga yang dilayan!!




YA, AKU PENAGIH TAPI KATA2 DI ATAS AMATLAH TIDAK SESUAI DITUJUKAN PADA AKU. MEMANG AKU PENAGIH TAPI AKU BUKAN PENAGIH SYABU a.k.a ICE, DAUN KERING a.k.a GANJA/DAMU, KOKAINE a.k.a K, UBAT BATUK DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA.

BENDA YANG BUAT AKU JADI PENAGIH NIE, TAK SALAH DI SISI UNDANG2 TAU!!!!!

SEBAB BENDA TUE ADALAH

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



peneman paling setia



2nd benda paling perlu time aku sedih



fav aku (pujuklah aku guna coklat, kompom kejap je aku melting hahaha)



paling best layan time noon ataupun midnite


Aku dapat SMS dari member semalam bertanyakan tentang kebenaran khabar angin yang mengatakan aku PENAGIH!! Sial!! Sape yang fitnah aku??? Teruskan menfitnah aku sebab korang dapat dosa kering, aku free2 dapat pahala tue.. hahaha


p/s: salahker kalau aku penagih benda2 dl pic kat atas tue??? tak salah kan kan kan


Tuesday, March 30, 2010

Yang Mana Satu??


Desperate Housewives Year 6 @ 8TV

ataupun

Evolusi KL Drift: 2 @ GSC Midvalley

Dua2 aku nak.

Tapi aku hanya diberi satu pilihan.

Offer tengok wayang pulak valid untuk malam nie jer, tak boleh bawak ke esok malam mahupun malam2 seterusnya.

Kejamnya My Sayang.

Taulah dia menyampah tengok siri Desperate Housewives tue.

Ermm, agak2 boleh tak suruh management GSC tue siar sekali siri Desperate Housewives tue kat cinema?

Baru best hahahaha

Aku masih tak tau nak ambik yang mana.

Dua2 aku nak (amboi, tamaknye aku)

Ada idea???





Monday, March 29, 2010

Aku tak nak botak!!!!!

Botak?
Oh tidaaaaakkkkkk

Rambut gugur?
Oh tidaaaaaakkkkkkk

"Keguguran rambut yang boleh menyebabkan botak juga dikenali sebagai alopesia androgenetik. Walaupun botak lazim di kalangan lelaki, masalah ini juga boleh berlaku kepada wanita. Realitinya, keguguran rambut yang berlaku antara 50 - 100 helai sehari masih dalam kategori normal, namun masalah ini jika tidak diambil berat boleh berlarutan ke tahap serius sehingga menyebabkan rambut semakin menipis dan akhirnya, botak yang berkekalan." - sumber dari SINI

Aku percaya ramai orang mengalami masalah rambut gugur terutama wanita/perempuan/gadis di luar sana. Setiap kali masalah nie datang, risau sangat. Mulalah cari produk rawatan rambut di pasaran untuk menyelesaikan masalah rambut gugur.

Aku turut tidak terlepas dari masalah rambut gugur. Masalah nie aku alami sejak tahun 2009. Tahun sebelumnya, masalah rambut gugur tak lah seteruk sekarang. Bagiku rambut gugur sedikit tidak mengapa. Tapi bila mula gugur dengan banyaknya, aku mula risau. Jangankan nak sikat rambut atau basuh rambut, tengah selak rambut untuk betulkan pun akan terselit 3,4 helai rambut kat celah2 jari, belum kira lagi yang terdampar kat lantai. Tue baru sekali selak, belum 8,9,10 kali selak. Alahai rambut!

Bermacam2 produk syampu yang aku gunakan khas untuk menangani masalah rambut gugur. Tapi hampeh, bukan bertambah baik tapi sebaliknya. Aku rasa nak nangis pun ada hohoho. Terkadang try syampu dan conditioner brand X la, Y la, Z la, XYZ la, rambut bertambah gugur malah datang masalah lain: KELEMUMUR. On noooooooooooooooo............

Sejak Julai'09, aku pakai syampu, treatment, serum and gel rambut dari brand Sassy. Hasilnya rambut aku bertambah sihat dari sebelum nie, cuma tue la, rambut aku MASIH GUGUR DENGAN BANYAK!

Aku makin risau. Ke mana2 aku pergi, akan tertinggal paling kurang sehelai rambut. Cam ner nak buat jenayah kalau secara tak sengaja aku telah tinggalkan bukti? Kerja polis jadi senang bila rambut aku tertinggal kat tempat kejadian. Takkan lah aku nak bagi polis senang setel kes kan? Melalut pulak da hahaha.

Anyway, aku terjah and tanya atok google punca2 masalah rambut gugur nie. Atok google terus pass-kan aku ke The Tole Acupuncture & Herbal Medical Centre Sdn. Bhd. Hasil interview tanpa suara dengan The Tole, penyebab rambut gugur ialah:

  1. Melahirkan anak - last aku beranak 6 tahun lepas daaaa, masa tue rambut aku ok jer
  2. Penyakit tiroid - alamak, harus jumpa Doc utk double check! Few symptoms suda ada :(
  3. Demam, jangkitan dan selesema yang serius - antibodi aku kuat hehehe
  4. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan - seimbang lah!
  5. Ubat-ubatan - aku jarang telan ubat kecuali Carfegot & MigraHerb utk migrain
  6. Rawatan kanser - setakat nie aku takder sakit kronik
Salah seorang kawan aku, girl kat Sabah telah pun mengalami kebotakan awal. Kalau tengok kepala dia, kat atas yang tengah tue da mula botak. Aku tak nak macam tue weiiiiii. Aku harus bertindak segera untuk mengelakkan kebotakan.

Aku nak kekalkan rambut2 aku kerana rambutkan mahkota bagi manusia.

picture taken on 12th Nov'09 - baru trim rambut

Tengok! Tengok! Sayang nak potong rambut panjang tue, apa lagi kalau rambut gugur sampai botak.

Tidaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Saturday, March 27, 2010

Oh Mata! Oh Otak!



Jam kat hanfon menunjukkan pukul 03.57am. Namun aku masih terkial2, berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan tidur yang kebelakangan ini seolah2 asyik menjauhkan diri dariku. Sudah seminggu keadaan aku macam nie *sigh*

Setiap malam aku hanya dapat tidur minima 3 jam. Itupun setelah aku memaksa diri untuk tidur. Letih jangan cakap, memang letih seletih letihnya.

Mungkin masalah yang bertandang dalam otak menyebabkan aku tak dapat tidur secukupnya. Bila nak tutup mata jer, otak tak bagi isyarat untuk berehat/tidur sebaliknya sang otak tetap memproses segala hal yang melepak kat otak ini. Akibatnya, aku menjadi super duper heavy smoker during nite time.

Setiap malam selepas balik dari kerja dalam pukul 10pm, My Sayang akan belikan aku sekotak Dunhill 14's. Sekotak tue boleh habis sebelum pukul 5am. Itu belum kira rokok aku yang memang sedia ada dalam simpanan. Terkadang kalau aku still tak dapat tidur, rokok aku da habis, rokok My Sayang pun da habis, aku akan keluar seorang ke 7-E yang mengambil masa 20 minit perjalanan pergi dan balik dan perlu melalui 2 batang jalan raya yang sunyi (semua orang da tidur, segelintir sahaja yang menjadi kelawar)

Aku tak pernah takut untuk keluar seorang di tengah2 malam mahupun di subuh hari hanya untuk mendapatkan bekalan Dunhill. Nak kejutkan My Sayang untuk temankan aku, tak sampai hati pulak aku. So aku akan bersiap and bergerak seorang. Walaupun ada beberapa kali aku diganggu ketika dalam perjalanan, itu tak pernah membuatkan aku serik.

Beberapa kali aku keluar seorang, beberapa kali juga aku ditegur oleh My Sayang. Aku tau dia risaukan aku, tapi aku tak sampai hati nak kejutkan dia dari tidur hanya untuk temankan aku ke 7-E untuk membeli rokok.

Tadi selepas makan malam, aku berasap dan berehat sambil check email. Dalam pukul 11.30pm, aku mandi and berniat nak tidur sejurus selesai mandi. Serius, mataku yang sepet menjadi super duper sepet kerana tak cukup tidur kebelakangan nie. Hinggakan kawan aku suruh aku tidur selepas makan. Namun tak selesa tidur kalau tak mandi, aku gagahkan diri bersiram.

Nah!!!
Selepas mandi, badanku segar sedikit. Nak bancuh milo, lupa beli siang tadi time beli barang basah kat Carrefour Midvalley. Minum kat mapley bawah, tak sedap!!!! Manis pulak tue!!
So aku keep smoking sambil berfikir. Hinggalah sekarang.

Oh Mata! Bila nak tutup? Kuyu sangat da nie? Da jadi mata panda pun ada aku tengok.


Oh Otak! Berehat la barang 5,6 jam dari berfikir. Hantar la signal REST/SLEEP kat sang mata.

Oh Badan! Aku faham kau letih, sebab aku dapat rasakan. Tapi macam mana nak tidur kalau sang mata dan sang otak tak bagi kerjasama?

** masih mencuba untuk tidur**

Thursday, March 18, 2010

Entri Blur

Pagi nie aku perasan ada tahi lalat baru kat bibir bawah aku. Bulan lepas, tahi lalat baru kat bibir atas.

Oh tidakkkkkk!!!

Kawan aku cakap, orang yang mempunyai tahi lalat kat bibir nie pandai BJ.

Betul ke?

Bila di tanya samada aku pandai buat BJ, aku suruh dia tanya scandal and ex-bf serta current bf aku hahahahaha..

Mana la aku tau camna nak jawab soalan dia.

Aku terfikir tadi, adakah dengan kewujudan tahi lalat baru di bibir aku disebabkan lately aku selalu sweet talk dengan scandal dan boyfrend2 aku? Wahahahaha. Mengarut je kan?

Oh ya, bercakap tentang boyfrend2, salah seorang boyfren aku, budak Ipoh menghubungiku semalam. Bergayut selama sejam dan asyik bertekak manja kerana saling tak berhubung selama 3 bulan. Yeah, kami selalu macam tue. Bila da berhubung, akan asyik ber-SMS dan calling2 je. Tapi bila da tak berhubung, nahhh.. hambek ngko! Berbulan2 senyap. Pas tue saling menyalahkan.

Seperti dulu, dia suruh aku berenti merokok. Adoyaiiiii.. Aku minta masa untuk berenti. Malah dia pun sudah berenti merokok tahun lalu.

Bukan dia sahaja, malah My Sayang pun suruh berenti sampai naik fed-up dia menasihatkan aku.

Heavy smoker disuruh berenti smoke, sure banyak jer alasan yang dibagi kepada pemberi suggestion itu kankan kan ;)

*** Mode: Blur. Migrain menghalang aku membuat entri yang ok sket***

Wednesday, March 3, 2010

Lauk Masin tanda nak kahwin ke?

Malam nie lewat masak. Dalam pukul 10.30pm, housemate balik dari Carrefour Midvalley dengan barang2 yang aku suruh beli.

Aku terus membuka silat untuk menyediakan makan malam. My Sayang dijangka sampai rumah pukul 11.15pm. Stayback 2 jam kerana hotel tempatnya berkerja teramatlah busy, sehingga dengan bosnya sekali terpaksa stayback. Hambik ngko!!

Memandangkan My Sayang sampai tak lama lagi, maka aku pun sediakan makan malam dalam keadaan rushing sehingga TERlebih (TER membawa maksud tak sengaja kan? hehehe) bubuh garam dalam ayam yang ku masak. Mana taknya, banyak keje aku kena buat sambil masak ayam tue. Kentang pulak lupa suruh housemate beli, kalau tak boleh juga kurangkan tahap masin tue.

Selesai masak, aku hidangkan makanan dan kedua2 kakak My Sayang berserta seorang housemate lelaki makan. Aku makan dulu sebab My Sayang ada dinner bersama rakan sekerja yang mana mereka beramai2 bodek bos diorang :D

Sewaktu makan, terjadilah perbualan di bawah:

" Kau mau kahwin suda ka?" tanya kakaknya yg pertama kepadaku.

"Uish, ndak lah. Kenapa?", katakuku sambil kehairanan.

"Masin ayam kau malam nie. Orang tua2 di kampung kita cakap, kalau masak lauk masin tandanya mau kahwin sudah", jawabnya. Kakak keduanya (bestie aku) senyum2 ke arahku sambil mengiakan.

Aku berfikir sejenak, betulkah? Tak pernah pulak aku dengar macam tue. Tapi selepas itu, aku hanya anggap mereka bergurau sahaja. Aku masih belum merancang untuk re-marry!!

Ala, baru tadi jer aku TERmasinkan lauk. Bukan sengaja pun, da banyak keja kat dapur nak settlekan, mana nak tengok2 ayam tue lagi, ngan pening lagi, mana la aku sengaja bubuh garam lebih.

Orang tua2 kita banyak pantang larang and selalu berpesan kepada anak2 muda agar jangan melanggar pantang2 tersebut. Contohnya:

Jangan menyanyi sambil masak, takut dapat laki tua.
Sebenarnya, orang tua2 tak nak kita lalai waktu masak, takut masakan tak jadi/hangit/tak cukup masak.

Jangan potong kuku waktu malam, kerana menyumpah ibubapa.
Sebenarnya, orang tua2 risau kalau kuku yang telah dipotong terbang dan masuk ke mata. Kan ker naya tue?

Itu jer aku ingat hehehe. Lain tak ingat da. Nanti aku tanya mama aku hehehhe.

** tengah menunggu My Sayang balik then tengok DVD ALvin & Th Chipmunks 2. I'm a single ladies, I'm a single ladies lalalalalala**

Thursday, February 25, 2010

Toloooonnnnggg



Aku amatlah memerlukan bantuan sekarang ini. Aku berada dalam dilema yang amat sangat. Sampaikan My Sayang pun tak boleh tolong aku da. (jahatnya My Sayang)

Lately aku da kehabisan idea.

Menciiiiiiiiiiii bila keadaan ini berlaku.
Menciiiiiiiiiii
Menciiiiiiii

Idea, kemanakah kau menghilangkan diri?
Kenapa mesti kau melarikan diri dariku?
Selama nie kau tetap berada di sisiku, kenapa sekarang kau tak mau berkawan denganku?
Apa salahku? Kau buat ke begini. Dalam dilema bla bla bla (lagu sape ye? Aisyah ke Fauziah Latiff?)

Please idea, come back to mama.
I need u right now.
Don't u run away from me again.

Adoiiiiiiiii.

Aku masih belum menemui penyelesaian dilema aku.

Aku sms My Sayang dengan harapan dia akan memberikan penyelesaian yang aku perlukan. Bunyinya cam nie:

"Sayang mau makan apa malam nie? Aku da abis idea nak masak apa. Beritau mau makan apa, aku masakkan"

My Sayang balas:

"Hehehe. Masak ja la apa2 sayang. Sayang tau kan aku ndak memilih makanan. Apa sayang masak, aku bantai ja"

Jahat tak My Sayang? Memangla dia tak cerewet dalam makanan, tapi at least tolonglah bagi idea kat aku. Tak kesian kat aku ker?

Nak merajuk la kat My Sayang.

Nota Kaki: Ndak = tidak/tak (bahasa Sabah)

Saturday, January 30, 2010

Auto-working of my stupid phone

This past few days, my phone got problem. The same problem that I had when 2010 is about to come. It starting to open few function automatically. I think I got virus inside my phone now. Some button is not working, which I have to go to MUSIC file first before press the BACK button and open other FOLDER like CONTACT, MESSAGE ETC. Sometime when I didn't hold/touch the phone, you can hear the music from the phone like last night. It's working by their own. Thanks to the virus (should I thank them? laughing)

Even to read new incoming message also can takes time. Huh.. feel like want to throw this phone from level 12 to downstairs from the staircase of this building. But I can't. I don't have spare phone, plus I bought this phone last year using my BIRTHDAY MONEY that my scandal gave to me. This phone had sentimental value to me *smile*

When I met my scandal last Monday, he gave me BIRTHDAY MONEY, even late for few days coz he is at Sandakan on my birthday for some site inspection. I told him I don't want money for this year, I want a gift that he buy for me. Or worse come to worse, I want his Blackberry *hahahaha*

Can I Cayang? *hahahahahaha*




Another Boring Topic :D

Happy Saturday!!!

Another boring day!! I'm not type of outdoor person, I prefer to stay in the house rather to spend my time with people out there. So what did i do for the rest of this Saturday? Prepared a breakfast for my boyfriend, watching Desperate Housewives Season 3, smoke, read The Star & Kosmo. That's all. Kinda boring activity? But that's what I prefer to do. Whupps, I did sit-up also. Wanna get a flat tummy heheheheh.

I though that I was alone in this house coz after bought few things downstairs, I came home around 1130am and didn't see my friends inside the room. They were inside the room when I went to grocery at 11.20am. Thought they went out. So I clean up the hall and continue watching Desperate Housewives. I didn't prepare lunch since I don't like to eat alone, plus now NO RICE from this moment. Start my diet hehehehe.

But I was really shocked when at 4pm, the girl came out and ask me "WOMAN, DID U COOK LUNCH TODAY?". Whoaaaaaa.... seriously, if I know they are in this house, I'll cook the lunch. So, I said "NO, I THOUGH YOU ARE NOT IN THIS HOUSE". She looks bit disappointed. But I asked them to eat the bread that I bought this morning. So, that's it. Our lunch just a bread with tuna.

Now they are not around, going to Times Square. They do invite me to join them, but I don't feel wanna go out. Got bad headache this past few days actually. So prefer to stay at home. Before they leave, the boy said tonight I still have to join coz we are going to karaoke. Hmmm... can I stay at home?

My friend got event at MoJo Club tonite and invited me to come coz he'll spinning at the party, but I just said I Try, No Promise. Kinda miss this guy actually. Well, we kinda have On-Off relation. So I dunno how to address this guy. Is it still his gf or just a friend? Whatever la, I got new bf already which is always beside me whenever I need him and understand me very well.

And got 1 guy who keep contact me and asking me out. Hmmm.. i feel like it's not nice to go out with other guy and when you going back, your bf is waiting for u. I don't wanna lie with who I hang out, but I think it's not nice to tell him that I going out with other guy which he know that guy is keep chasing me. Hard to seeing other guy if you stay together with your lovely bf isn't it? hehehehe....

Well, that's it. Don't want to be a player again. Enough with that hahahaha.

Saturday, January 16, 2010

DUNHILL - Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang-Layang

~~~Title tiada kaitan dengan entry di bawah~~~

Sebentar tadi ketika aku baru hendak tidur, pintu bilik diketuk oleh kawanku. Katanya ada sesuatu yang hendak diperkatakan.

Lalu dia pun duduk di tepiku, aku yang ketika itu tengah baring segera bertanyakan kepadanya kerana ku lihat dia seperti baru lepas menangis. Dia juga kelihatan agak keberatan utk memulakan bicara. Lalu kubiarkan dia seketika sebelum dia bersedia untuk mengutarakan perkara yang hendak dibicarakan denganku.

Kami bercakap tentang sesuatu. Jujurnya, aku tersentak seketika tentang butir bicara kami. Mostly it's about me. Aku tak salahkan mereka (kawanku serta kakaknya) kerana mungkin pembawaan diriku telah menyebabkan mereka misjudge tentang aku. Mereka ambil berat tentang diriku, dan aku amat menghargainya kerana mereka sahaja yang aku percayai ketika aku sedang menjalani hidup di tempat yang asing bagiku.



Aku tak pernah terfikir caraku membuatkan mereka misjudge tentang diriku. Tapi aku akan menjadikan ini sebagai pengajaran buat diriku.

Honestly, aku blur selepas berbicara dengannya. Mood untuk tidur serta merta hilang walaupun aku tidak cukup tidur kebelakangan ini, dan aku tidak tau apa yang sedang berada dalam fikiranku, itu yg sejujur jujurnya yang aku rasa pada masa ini.



Aku menangis bukan sebab tersentak ngan butir2 bicara kami, ntahlah. Aku pun tidak tau apa yang aku nangiskan *laughing*.

Kebiasaannya, apabila aku perlukan seseorang untuk berbicara tentang apa sahaja, aku akan meluahkan kepada kawanku yang juga roommate aku. Namun sejak kebelakangan ini, aku tidak luahkan kepadanya kerana aku faham keadaannya yang tidak stabil dari segi emosi setelah terjadi sesuatu dalam hidupnya. Aku tidak ingin menambahkan bebannya.

Sebagai alternatif, aku akan berbicara dengan adik lelakinya yang juga boyfriendku *smile*.

Dengan boyfriendku, aku boleh bercakap tentang apa sahaja, tidak kiralah samada aku dalam keadaan yang amatlah tidak stabil dari segi emosi. Dia akan menjadi seorang pendengar yang setia, serta meredakanku. Dia memberiku sokongan penuh, dan itu membuatkan aku dengannya bertambah rapat, sementelah lagi kami adalah loving couple (is it?) *laughing*

Tapi perkara yang kami bicarakan tadi, aku tidak boleh kongsikan dengan boyfriendku. Biarlah itu menjadi benda yang hanya girls inside this house know; means between me, my friend and her sis. Aku tidak mau setelah luahkan dengan boyfriendku, dia akan memarahi kakak2 nya, tambahan lagi sekarang dia dalam proses berbaik semula dengan kakaknya yang lagi satu (bukan kawanku). Aku tidak mau kerana perkara itu, hubungan yang sedia renggang menjadi renggang. Jika itu terjadi, sia2 la usahaku selama ini utk merapatkan hubungan mereka semula.

Sungguhpun hubungan kami masih baru, namun aku tau perangainya. Dia seorang yang baran dan kasar dengan kakak2 nya, namun setelah puas ku "basuh" dia sudah berubah dan tidak sebaran dan sekeras dahulu.

So let me keep it for myself. Now aku tengah berfikir cara untuk pretend that nothing is bugging me now. Sebab boyfriend aku amat peka pada perubahan mood dan juga sikapku. Aku pula apabila ada sesuatu yang mengganggu fikiranku, aura(hahaha) itu terpancar pada wajahku. Aku tidak pandai menyembunyikannya. Ini diakui oleh sesetengah orang yang rapat denganku*sigh*

Inilah dilema (ye ker dipanggil dilema?) yang aku alami sekarang. Bagaimana harus aku sembunyikan tentang sesuatu yang ada dalam fikiranku agar tidak terpancar pada wajahku?? Sungguhpun aku senyum lebar melepasi telinga sekalipun (hahahaha), tetap kelihatan sesuatu-yang-mengganggu-fikiranku. Tipulah mereka dengan mengatakan tidak ada apa2 yang aku fikirkan, tapi mereka tau yang aku menipu mereka.

Tambahan lagi dengan boyfriend aku, dia akan membiarkanku buat seketika. Kami akan berbicara tentang benda lain, bergurau atau melakukan aktiviti lain bersama. Namun akan tiba satu ketika dia akan bertanyakan semula kepadaku, dan kali ini dengan nada yang serius serta riak wajah yang penuh tanda tanya. Bawalah dia bergurau pada masa itu, dia tetap tidak akan tersenyum.

So now, apa yang harus ku lakukan? Emh... still got time to think how coz dia baru sahaja menghubungiku dan mengatakan yang dia akan balik lewat pada hari ini berikutan last rehearsel untuk staff party esok yang akan diadakan di tempat kerjanya. So, aku ada masa lebih sikit utk berfikir. Bukan utk mengaburi matanya sahaja, tp mata org lain juga. Tak nak la terpancar lagi aura sesuatu-sedang-mengganggu-fikiranku *laugh*

So, it's time to think now.


I know. Wait............



And the result is, LET'S GET SOME DUNHILL FIRST



Saturday, December 12, 2009

Who took the slipper???



I'm alone when I heard someone press the bell. Thinking that my room mate & his boyfriend are coming back (she don't have the key coz gave to me when I officially be this house member a month ago) so I look through the door before open it. Someone's image is shown and it was our neighbor. Wondering why they ring the bell, I open the door and suddenly they asking whether guys in this house took her son's slipper. I'm bit shock coz I haven't say any single word yet and suddenly being attach by them huhuhu.

I don't know who took the slipper, maybe one of guys in this house. I can't ask guys in this house coz they are not around, only me alone in this house since 4.30pm. The mother was holding a sweeper and I kinda bit afraid if she suddenly attack me ( who knows right??), with her voice in high level and angry face, anything could happen. Her daughter which is standing next to her, talking nicely to me.

She complaining that today is the second time her son's slipper were missing. The first time, she found that slipper is in front of our door. The second time is today, that's why they asking me. Well, I guess if I'm not alone in this house, maybe other mate will entertain them coz mostly I spend my time inside my room.

I only can say sorry even it's not my fault. Actually, when I just came here last month, I saw one of my friend wear their slipper when we went out. But he put back after we come back. I can't say anything coz they are big enough to think which is right and which is wrong.

Once guys in this house coming back, it's my turn to ring our neighbor's bell and give the slipper back (if guys in this house take it, if not???) coz they say that they are waiting answer from me. I should ask the person who took that slipper without permission to apology from me coz I've been "attack" just coz of that!!! Should i? hahahaha. Actually he (one of the guy) not stealing it, they just borrow without asking permission, coz once they finish using it, I know they will put back at our neighbor's door.

That's why I don't like to take other person thing before ask for permission. If I really need that thing, I will ask for permission before take/use it. Even if I have to borrow certain things from my siblings, I will ask for their permission first. I just respect of their privacy, coz me myself don't like my things being taken without asking for my permission first. That was what my parents told me since I was kids and it's become my habit. It's to avoid such incident like this evening.

Friday, December 11, 2009

Down

Few hours back I call my kids, asking bout their day. Like usual, they tell me what they do during day time. We talk bout lots of thing, bout their fav cartoon, bout their fav food, bout their ambition, what they have for their breakfast, lunch & dinner etc. I asked them if they miss & love me (a stupid question huh?) and they say they really miss & love me. I feel very sad and cry silently, control my voice tone and talk like normal. Don't want them to suspect something on me. I tell them that I missed them so much & love them with all my heart. They asked me to take good care of myself and promise to call me tomorrow morning. Honestly, I'm touched when my daughter said like that. Before this, only my married-guy-boyfriend keep telling me the same thing everyday and now, my daughter do the same thing.



10 minutes after end the conversation with my kids, my boyfriend call me using his office line. While we talk, he got a phone call from his sons which is now at Labuan to spend their school holidays. He asked me to hold the line while he answer the phone, I can hear clearly his conversation with his son which is crying coz too much missing him and his wife. The way he threat his sons, make me think that how lucky is his son to have papa like him. And how unlucky my kids coz not having their dad when they are growing. I tell him how I feel, and he asked me not to remember the very sad part in my life, which is actually I already throw away from my life. It's just come up suddenly when I heard his conversation with his sons.

Few minutes later, he asked me to hold on again coz his wife is on his mobile's line. He answer and once again, I can hear clearly what did he talk with his wife. When he hang his wife's line, he talk with me. This part, I got no comment coz this is private conversation between me and my boyfriend.

I asked him, did he regret when we declared? He say he never regret, so do I. Just sometime I feel guilty. For what reason, let me and God keep it as a secret. Even my boyfriend also I didn't tell him. I am so happy with him, and don't want to start this topic even I know he understand me very well. Tell me I'm selfish, I'm a bad girl, I don't care coz I am! It's my life!

I got offer from my dad's doctor, asking me to work with him and lead the admin of his new company. I know this person and he really want me to incharge the admin as he likes the way I communicate with him and his nurse each time I visited his clinic, of course when my kids is not well. The starting basic is low for me as I have 2 kids that are growing now. But my boyfriend asked me to talk with that person, try to discuss everything. He prefer me to come back to Sabah coz it's better for me, near to my kids, my family, him (he didn't tell directly but he said even he in the last list for me to come back to Sabah, he don't care as long I come back, so can I say that he tell me directly? hmmmmm).

Tonite I feel very down coz too much missing my kids, I miss to hug them, miss to play together with them, miss to argue with my son which is sometimes not listen to me, miss to sleep in the middle of the bed and both of them hug me in the mid of nite while they are sleeping, miss forcing my son to eat vege (same like my boyfriend, not eating vege huh), miss argue with my daughter to do her hair, miss everything bout them. It's hard for me, but I have to be strong for them. I have to be EXTREMELY STRONG for them. Thanks God I have full support from my boyfriend. When I feel very down, need someone to talk, he always there for me, giving full support of emotions. He calm me even he is in KK and I'm in KL.



Sometime I wondering, why must my life journey is like this? I never ask for this. Well, maybe it's my faith, be a single mum when I just 19 YEARS OLD!!! Still young and suppose to focus on my study, but at that time I'm busy with my divorce case at Syariah Court. I never ask for this!!! It's make my self-esteem is below negative!!! But I have to think bout my kid's future. Everything bout them is in my hand, so I have to think properly. Every decision is about my daughter and son.

Friend which know my real story said I'm strong! Almost everybody say like that (don't know if it's just a sweet talk, wallahualam). But they don't know what have I gone through! I got a very hard journey since I'm divorced. Let it be, it's passed already right? All I need is to focus on my kid's life now. I wanna them having life 100 times better than me.

So, I have to motivate myself!!!

Sunday, November 1, 2009

True Love??

Al-kisah diadaptasi dari kejadian yg berlaku beberapa jam lepas...

Pukul 2.30pm, di halaman rumah.....
Situasi - bro aku tgh siap sedia memulakan perjalanan ke kg utk menghantar Uncle aku. Uncle aku trn KK Subuh tadi, sampai dlm pkl 8am trs kidnapped parents aku. Uncle hanya return parents aku dlm pkl 2pm. Tak per la, dorg close.

Uncle: Ba, kami jalan dl. Nti sampai kg aku call bgtau kamu.
Bapak: OK, hati2 kamu.
Mak: Bro, jgn bw kereta laju2.
Bro: OK mak.
Uncle: Aku tegur juga klu dia bw laju. Ba, jalan dl kami.
Bapak & Mak: OK

*************************************************************************************

Pukul 5.30pm, di ruang tamu.....
Situasi - mak call SIL (actually gf bro yg htr Uncle balik kg).

Mak: E, nti dtg rumah k. Kita dinner sama2.
E: Makcik, aku jln dgn kwn skrg. Sekali dinner dgn dia. Esok ble?
Mak: Owh, ndak pa ba. Jgn blk lewat mlm k.
E: Ok Makcik. Sorry ndak dpt dtg dinner mlm nie.
Mak: Its ok.

*************************************************************************************

Pkl 7.30pm, di ruang tamu...
Situasi - aku tgh layan Mafia Wars kat FB masa tue sambil teman anak aku tgk TV.... mak & bapak aku baru balik dr UiTM Sepanggar jumpa adik aku... diorg balik bw news yg kira gempaq juga la....

Mak: E tgh ontheway balik kg.
Adik aku: Hahahahaha.. itu baru la cinta sejati mak.
Aku: Buat apa? Dia bukan tau jalan balik kg kita tue.
Mak: Ntah lah, dia cakap kasi kawan anak Pak Rahim ambil brg di kg. Cinta sejati apa? Bikin susah hati org tua adalah.

*************************************************************************************

Pukul 9pm, di ruang tamu.....
Situasi - mak calling2 dgn bro aku kt kg.

Mak: E balik buat apa? Bahaya jalan jauh malam2 begini.
Bro: Dia selamat dgn aku suda mak, jgn risau k. Dia balik ambik brg dgn kwnnya.
Mak: Bukan apa, terkejut ja. Lagipun dia ndak pernah pg kg kan.
Bro: hehehehehe...
Mak: Bila kamu balik?
Bro: Malam nie mungkin. Kenapa mak?
Mak: Kalau malam nie, balik awal sket. Bahaya drive jauh malam2 nie. Ko tue ngantuk lagi.
Bro: Ya la mak. Kami makan dl, lepas tue kasi kwn dia ambik barang then kami plg KK.
Mak: Ya la, buat cepat sket. Biar lambat sampai KK, janji kamu ndak apa2. Ganti2 drive, kalau ngantuk suru E atau kwndia drive.
Bro: Ba, nti aku call mama lagi. kami kasi setle dl semua k.
Mak: OK.

Tak lama selepas itu, bro aku call n bgtau mak aku yg diorg bertiga da depart dari kg & ontheway balik KK. Uncle aku turut mengesahkan berita tersebut. Yg hairan, apsal SIL tak ckp terus trg yg dia jalan balik kg aku? Yer la dia cakap jalan ngan kwn, ingatkan hang out around KK jer, rupanya balik kg aku haaa..

Kesimpulan: Kerana cinta org sanggup buat apa sahaja. SIL aku yg tak pernah2 sampai kg aku, da sampai hanya kerana cinta. Ambik brg sbnrnya bagi aku, lebih lepada alasan sahaja. Maybe SIL aku nak payback kot coz bro aku da sll balik kg dia, siap ngan family SIL lagi. Apapun, bagi aku SIL tak patut buat macam tue, bahaya woooooo. Kalau iya pun, nti kalau parents aku balik aku suh parents aku bw. Tak per la, apa2 jer la bro & SIL. Janji jgn cross boundries da la k. Now bro aku br sampai rumah. Alhamdulillah, da selamat pun diorg haaa..

~~ Semoga bro & SIL bahagia & berakhir di jinjang pelamin. Tp bukan skrg settle down k, korg muda lagi la weiiiiiiii~~

Dia kawan aku

Petang tadi, tgh aku syok2 layan Mafia Wars kat FB and check email aku, tiba2 hp aku "menyanyi". Tengok skrin hp aku, terpapar nama M@$&@^ Office. Dgn penuh tanda tanya, aku pun press button warna hijau and start bergayut ngan dia.

Lepas jwb salam yg dia bagi, aku trs soal dia, "Tgh keje?". Dia pun jwb, "Yer la".

Aku hairan, tak pernah2 dia call aku dr opis dia di hari Ahad yg mmg-sah2-dia-duk-rumah-relaks-lepas-keja-selama-6-hari. Biasa kalau dia call aku, working days jer. Tp aku glad dia call aku hari nie, sbb mmg da lama tak borak2 ngan dia thru phone. 2 minggu rasanya.

Kwn aku nie, aku kenal tahun lepas time group dia dtg buat teambuilding dkt KK. Org tgh bz buat preparation utk raya puasa 2008 yg tgl seminggu(masa diorg touchdown), diorg plak bz nak conquer puncak Gunung Kinabalu. Memandangkan group diorg nie ada big boss dari Nevada sekali join, so aku category kan dlm VIP guest aku. Aku guide diorg personally sepanjang diorg stay 4days 3nights dekat KK. Tp aku tak join diorg naik gunung la, aku join kwn2 dia yg tak naik gunung. Kebetulan sorg peserta tak berapa sihat, so aku focus more on that participant la.

Hubungan persahabatan aku dgn dia tak berakhir sewaktu diorg depart meninggalkan Sabah slps mendaki gunung. Hubungan kami berlanjutan sehingga la ke hari nie. Sungguhpun jarang calling2 each other, tp kami communicate thru my personal email.

Dia seorg bekas polis yg memilih utk bersara awal & attach dgn salah sebuah syarikat swasta d KL. Looks like in 40's sedangkan sbnrnya dia da 50's. Look young, feel young gitu hehehe.

Dengan dia, aku bebas utk bercakap ttg apa jer. Tp aku ttp tau batas2 pergaulan aku dgn dia, bukan takat ngan dia jer, ngan org lain pun haa.

Pernah sekali lama dia tak call aku, email pun tak balas, aku da naik risau. No phone dia ada kat hp lama aku yg tgh tersadai kat ICU. Aku tak tau camner nak get him on the line. Nasib baik colleague dia dtg KK utk urusan keje. Kwn dia nie trs call aku bila touchdown kat KKIA jer. Mula2 call, aku tak layan sbb tak der dlm phonebook aku (aku mmg liat nak angkat phone/reply sms kalau aku tak kenal). 5min later, same no call lagi. Aku buat dunno jer. 3rd time call dr same no, aku TERpaksa jawab la. Rupa2nya call dr colleague dia, inform me that he is in town n wanna meet me for a drink. Tp aku create macam2 alasan utk tak jumpa guy nie. Dari colleague dia la aku dapat tau kenapa dia tak call & tak reply emails aku slm 2 mgu. Dia tgh sakit & terlantar kat hospital!!

Aku trs minta no dia. Bila aku da dpt, aku teragak2 plak nak sms apalagi call. Yer la, dia ada family yg jaga time kat hospital. Kang aku call, nti timbul cakap yg bukan2 plak. Lebih baik mengelak. Alternatif lain, aku atr email GET WELL SOON yg mana aku tau dia takkan baca dlm masa terdekat.

Seminggu slps aku atr email G.W.S, aku dpt phone call dr opis dia. Awal wooo, around 9am sedangkan dia sll call around 4.30pm. Rupanya dia bg tau kenapa dia tak call & email slm 3 mgu. Aku pun tak kisah, janji dia sihat jer. Food poisoning & akibatnya terlantar dkt 3 mgu. Ganas woooo, tak pernah aku dgr food poisoning ble jadi macam tue. Dia siap pesan kat aku utk berhati2 beli makanan kat luar. Aku pun iyer kan je la.

Esok dia spttnya ambik exam utk kenaikan pangkat, tp dia postponed sbb blm ready. Dia da pernah kantoi time 1st attemp kat Singapore last April. Katanya nak postponed to 1st December. Mana2 jer la, janji luang masa utk baca sket2 & prepared 100%. Jgn kantoi lagi da la k.

Apapun, aku rasa lucky ada kwn macam dia. Even da 50's, but respect aku even aku baru 20's. Sesetengah org semenanjung, kalau dtg Sabah & jumpa girl, diorg nak angkut & jadikan partner utk one night stand. Mcm colleague dia la yg nak ajak aku g minum time dtg KK aritue. Huh, macam2 alasan aku tembak utk mengelak dari jumpa colleague dia nie. Last2 aku jumpa kat airport jer before flight ke Sandakan.

Now, aku ngan kwn aku nie tgh cari masa sesuai utk melawat masing2. Means aku lawat dia kat KL, dia lawat aku kat KK. January trip aku g KL, dia plak kena travel to somewhere. Wrong timing sungguh. Nampaknya terpaksa dia dtg lawat aku kat KK hehehehe...


***aku nampak burung fly2 atas kepala aku time taip entry nie hahahaha***

Tuesday, October 27, 2009

Bangang ke Bahalol????





Aku tgh hangin kat sorg accountant cina. Lembap nak mampos, tahap kelembapan mengalahkan siput babi. Aku bukan suka2 hangin kat dia, tp da dia yg slow nak mampos. Ada ker patut dia cakap aku tak bagi invoice utk payment yg aku kejar skrg. Da la payment delay 3 weeks, bila aku tagih duit aku boleh2 plak dikatanya aku tak fax invoice langsung kat dia??

Hello ah chai, kalau aku tak fax invoice lagi, how come aku da terima deposit July lepas??? Ko sendiri yg issued payment cheque tue. Ko nie nama jer keja Akauntan, Cina plak tue, benda simple pun ko payah nak handle. Nie bukan 1st time tau, but aku tak kisah langsung coz before this kawan aku jd messenger, so apa2 hal aku bambu dia jer and dia bambu ko balik. But since boss ko da jual salah satu business dia (tpt kwn aku keja), aku terpaksa contact ko directly. Aku paling malas nak deal ngan ko directly, tp apa aku ble buat. Huh, merosakkan mood aku jer la ko nie.

Akauntan cina nie, at his 30's, single lagi. Mula2 kenal dia, aku da agak this chinese guy mmg slow. Bercakap pun punya la slow, then cepat panic. Sergah sket da takut, tak tau nk buat apa. Aku tagih payment sejak pagi smlm, dia promise aku akan call bila jumpa invoice yg aku da fax dl. Aku tgu sampai pkl 4pm, masih tak der call dr dia. Aku apalagi, call and bambu dia la. Dah dia panik. Dia minta 15min dari aku, nak cari lagi invoice tue. Ok la, bagi dia masa sket lagi. Cun2 15min pas tue, aku call dia. Boleh2 dia cakap "Aiyaaa.. i forgot bout ur invoice. Give me another 15min".

Aku da hangin, aku agak dia tak cari langsung n saja buat alasan. Aku bambu dia balik. Dia da gelabah. Aku ugut dia, kalau dia tak cari invoice tue lagi, aku call big boss dia directly. Bukan aku tak kenal big boss dia. Dia da tambah gelabah bila kena ugut. Tp bangang btl dia nie, langsung tak call aku update payment aku.

Pg tadi aku call dia dlm pkl 10am. Awal2 lagi da bambu, biar dia rasa today is another bad day for him. Lantak ko la!!! Dia kata dia try cari lagi, aku suruh dia liase ngan kwn aku coz tour dijalankan waktu company tue blm kena jual. That time mmg everything aku liase ngan kwn aku jer.

Dlm pkl 4.30pm td, dlm aku tgh2 prepare nak masak utk makan malam, dia call lagi. Tau apa dia tanya aku? Guest name, how many pax, what tour, date of tour. Aku apalagi directly cakap kat dia, "Are you stupid or idiot? Or both? I already told u yesterday, i even text u all the details so u have the info to look for my invoice. Now u ask for the same info?". Dia diam n say sorry byk kali kat aku. Aku rasakan masa tue darah aku da naik kat kepala.

Last2 aku bagi juga, ya la, da deal ngan org slow nak mampos tahap gaban, kena sabar jer la. Kang tak pasal2 payment aku tak dapat, rugi aku. Tp dalam sabar2 aku, aku memang tak lepas peluang bambu dia cukup2.

Nie aku tgu esok, sbb aku da warn nie, kalau tak dapat lagi, aku call boss dia directly. Dgn boss dia sekali aku bambu kang. Apa la diorg nie, aku da tlg diorg, now diorg tak nak tlg aku. Full payment da dapat dari guest, so what for hold my payment? Geram btl aku kat diorg nie. Aku rasa diorg nie ada financial prob kot, kalau tak apsal nak jual business yg kwn aku incharge? Before this ok jer, but maybe mmg macam nie sejak dl but kwn aku yg face this situation. Ntahla..

Ntah la labu. Aku tak mau ambik port pasal tue, yg aku nak payment aku jer. Tour da abis 3 mgu lepas, agreement plg lewat semgu after tour aku akan dapat payment aku. Nie da 3 mgu delay boss, apa kes?????




Monday, October 19, 2009

Blurrrrrr


Blurrrrrrr....

Pasal apa? Sbb post aku yg bertajuk 1st Entry ndak da paragraph. Aku suda bengong, setting aku ada prob atau apa?

Blog aku sbl nie (da delete pun haaa) ok jer. Sbb apa ya? Setting aku da pusing2 sama ja result.

Arghhhhhhhhh.. anyone, can u tell me what is wrong with that? And what is the solution?