Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

Nak bagi tajuk apa ye??

Seperti dirancang, Sabtu ni lepak ofis sambil siapkan paperwork. Aku lepak dengan boss aku, masing2 siapkan keje yang tak siap semalam. Tapi aku sempat chat kat FB, sambil2 tue blogging. Keje half da setel, half lagi blm. Mood nak berblogging datang. Kalau hari2 biasa, masa takder untuk blogging. Nak check email pun tak sempat, tapi disebabkan keje punya pasal kena check juga.

Tengah asyik siapkan keje, phone berdering. Aku pandang boss aku and tanya kalau dia expecting incoming call, tapi dia cakap takder. So aku jawab dengan Hello jer, prosedur rasmi sambut call aku tak implement tadi. Sabtu maaa, plus da pukul 4pm. Alih2 orang call tanya keje, so aku entertain cam biase. Hu ha hu ha hu ha, aku suruh orang tue datang interview Isnin depan. Kalau dia tak datang, siapla dia! Aku anti-sket kalau orang call mintak keje out of working hours, bila aku da set interview dia tak datang pulak. Sebelum nie aku da "sekolahkan" sorang applicant kaw2 punya sebab kes tue la. Boss aku gelak jer time aku on the phone and "sekolahkan" orang tue. Aku buat cara pro la walau aku da berapi masa tue.

Harini aku ada OK sket, tak down sangat. Semalam pukul 11pm boss datang ambik aku kat rumah, kami pegi cari nasi lemak and otak2 kat PJ. Usha punya usha sampai ntah ceruk perumahan mana kami masuk, still tak jumpa. Kami da give up and nak blah dari tempat tue. Meter minyak kete boss da blinking, so singgah isi minyak. Bila boss da selesai and masuk kete, aku tanya kalau dia ada tanya orang kat counter apsal tempat tue. Katanya ada, and kami heading ke tempat yang dikatakan.

Kami gelak bila sedar kami memang kat area tue cuma tak usha kat hujung, sume simpang2 yang kami lalu untuk ke tempat tue memang da kami usha pada awalnya. Sampai kat tempat yang dituju, kami park and cari meja. Perghhh, ramai giler. Sedap sangat ke nasi lemak and otak2 sini? Boss aku kata rasa sendiri baru tau.

Bila da start makan, perghhh... memang sedap! Aku makan 2 bungkus nasi lemak and 2 bungkus otak2 (panggil bungkus ke kalau otak2??), boss aku pulak belasah 3 bungkus nasi lemak and 3 bungkus otak2. Order mushroom soup, my favourite soup. Memang marvellous!! Next time kena datang lagi nie.

Alamak, cakap pasal makan2 semalam buat aku lapar pulak ceh. Ok, sampai sini dulu update untuk harini. Aku nak setelkan paperwork yang tak setel lagi, kang tak pasal2 Isnin nanti kelam kabut pulak.

Wednesday, March 3, 2010

Lauk Masin tanda nak kahwin ke?

Malam nie lewat masak. Dalam pukul 10.30pm, housemate balik dari Carrefour Midvalley dengan barang2 yang aku suruh beli.

Aku terus membuka silat untuk menyediakan makan malam. My Sayang dijangka sampai rumah pukul 11.15pm. Stayback 2 jam kerana hotel tempatnya berkerja teramatlah busy, sehingga dengan bosnya sekali terpaksa stayback. Hambik ngko!!

Memandangkan My Sayang sampai tak lama lagi, maka aku pun sediakan makan malam dalam keadaan rushing sehingga TERlebih (TER membawa maksud tak sengaja kan? hehehe) bubuh garam dalam ayam yang ku masak. Mana taknya, banyak keje aku kena buat sambil masak ayam tue. Kentang pulak lupa suruh housemate beli, kalau tak boleh juga kurangkan tahap masin tue.

Selesai masak, aku hidangkan makanan dan kedua2 kakak My Sayang berserta seorang housemate lelaki makan. Aku makan dulu sebab My Sayang ada dinner bersama rakan sekerja yang mana mereka beramai2 bodek bos diorang :D

Sewaktu makan, terjadilah perbualan di bawah:

" Kau mau kahwin suda ka?" tanya kakaknya yg pertama kepadaku.

"Uish, ndak lah. Kenapa?", katakuku sambil kehairanan.

"Masin ayam kau malam nie. Orang tua2 di kampung kita cakap, kalau masak lauk masin tandanya mau kahwin sudah", jawabnya. Kakak keduanya (bestie aku) senyum2 ke arahku sambil mengiakan.

Aku berfikir sejenak, betulkah? Tak pernah pulak aku dengar macam tue. Tapi selepas itu, aku hanya anggap mereka bergurau sahaja. Aku masih belum merancang untuk re-marry!!

Ala, baru tadi jer aku TERmasinkan lauk. Bukan sengaja pun, da banyak keja kat dapur nak settlekan, mana nak tengok2 ayam tue lagi, ngan pening lagi, mana la aku sengaja bubuh garam lebih.

Orang tua2 kita banyak pantang larang and selalu berpesan kepada anak2 muda agar jangan melanggar pantang2 tersebut. Contohnya:

Jangan menyanyi sambil masak, takut dapat laki tua.
Sebenarnya, orang tua2 tak nak kita lalai waktu masak, takut masakan tak jadi/hangit/tak cukup masak.

Jangan potong kuku waktu malam, kerana menyumpah ibubapa.
Sebenarnya, orang tua2 risau kalau kuku yang telah dipotong terbang dan masuk ke mata. Kan ker naya tue?

Itu jer aku ingat hehehe. Lain tak ingat da. Nanti aku tanya mama aku hehehhe.

** tengah menunggu My Sayang balik then tengok DVD ALvin & Th Chipmunks 2. I'm a single ladies, I'm a single ladies lalalalalala**

Monday, March 1, 2010

Rock Concert

...12.30am...

Yesss.. lagi sikit jam My Sayang balik rumah bawa food. Dia janji nak balik pukul 1am.

Sambil tunggu, aku baca blog, layan Youtube and semestinya Dunhill.

Perut da ada rock concert nie, mana la My Sayang?

Malam nie malas nak masak :D

Sekali-sekala aku malas masak, lagipun ikut betul bukan turn aku masak. Tapi terkadang aku juga yang masak sebab nak My Sayang rasa air tangan aku tiap2 hari (kecuali dia off day, aku yang akan rasa air tangan dia, sedappppp)

Rock concert dalam perut nie makin happening.

Alahai My Sayang, baliklah cepat2. Tau kah anda Your Sayang da kebulur sangat da?

Mata da ngantuk nie, kang tertidur depan lappy dengan rock concert dalam perut makin happening huhuhu



pssss: akibat malas masak n turun bawah cari makanan :P

Thursday, February 25, 2010

LULUS :P


Semalam aku kebuntuan idea untuk sediakan dinner. (Rujuk entry sebelum nie)

My Sayang sms kata nak makan ayam kukus. Aku pulak suruh dia beli ayam bulat. Kalau ayam kukus, aku ikut resipi nenek aku, chinese style. Nenek aku kan Chinese :P

Setelah kebuntuan idea, aku lawat blog seorang blogger yang aku follow.
Click kat sini. Kat blog nie macam2 resipi ada.

Tak puas hati, aku tanyakan nenek yahoo. Hasilnya aku jumpa resipi Asam Tumis Ayam (Ala Nyonya). Kira ok la kan, nyonya :P

Setelah identify bahan2 yang takder kat dapur, aku turun ke kedai runcit kat bawah apartment tempat aku tinggal dan membeli bahan2 tersebut.

Tepat pukul 8pm, aku start beraksi di dapur. Hasilnya seperti di bawah:


Since bunga kantan takder jual kat bawah, aku gantikan dengan daun kari jer :D
Bahan2 lain sume ada. Kuantiti aku main redahhhhh jer :P
Just belacan aku kurangkan kuantiti sebab My Sayang alergic dengan seafood dan yang sewaktu dengannya. Lepas makan aku suapkan ubat alergic ke mulutnya sebab still ada belacan dalam tue.

Sayur pulak, aku tumis kacang panjang jer, favourite My Sayang. Aku main campak2 jer, masukkan bawang merah & putih, pecahkan telur pas tue kacau. Masukkan kacang panjang, cili kering yang diblend juga Secukup Rasa. Tumis kejap then angkat.


Feedback My Sayang lepas makan "SEDAP". Yer la, ayam tue first time aku masak cam tue. Nampak cam rendang pun ada (ye ker?) Dia makan sampai 3 pinggan. Whoaaaaaaa

Puas hati bila tengok My Sayang makan banyak semalam.

Result: First attemp LULUS!
(simple jer, kalau tak lulus sure mak aku geleng kepala)
:p