Showing posts with label buah hatiku. Show all posts
Showing posts with label buah hatiku. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Sabtu-hari yang dinanti - nantikan

Yeah, Sabtu.
Kenapa nak tunggu Sabtu setiap minggu?
Sebab Sabtu hari untuk ramai orang pegi dating, pergi jumpa member2 ataupun lepak kat rumah setelah penat bekerja selama 5 hari.
Well untuk aku, Sabtu adalah hari untuk aku bermalas-malasan, buat laundry and masak untuk My Sayang (yeah, walaupun aku kadang2 saja bermanja nak minta dia masakkan untuk aku pulak).
Then salah satu aktiviti yang penting disetlekan pada hari Sabtu is kemas rumah!! Huhuhu..
Sakit mata pulak tengk rumah semak kan, al-maklum la sume bizi during weekdays.

Sabtu esok plan nak g satu tempat with My Sayang, setle mana yang patut dulu.
Then tengok la, maybe direct balik rumah atau saja lepak2.
Tapi, i hate crowded!!!
Camne nak lepak kalau tak suka berada di tempat yang ramai orang yang tak dikenali?
Haihhhhh

Normally Sabtu lagi baik duduk rumah, mengada2 manja dengan My Sayang sambil teman dia tengok cerita Hindustan dia hahahha.
Aku tetap layan game, better hahaa...

Anyway, have a nice weekend u all.

Tuesday, February 1, 2011

Outdated

Yeah.
Outdated.

Blog aku da lama aku tinggalkan, da bersawang pun. Nak kena bersihkan dulu. Kalau rumah aku yang bersawang, sah2 bukan aku la penghuninya. Sebab aku tak suka rumah messy. Tapi terkadang sebab keletihan berkerja, aku balik aku hanya sempat kemaskan bilik jer, lepas tu layan poker kat FB jap then terus membaca sampai la tertidur.

Banyak yang terjadi sejak last entry aku on November. Last entry cakap pasal betapa hancurnya hati aku bila My Sayang tinggalkan aku sebab perempuan lain. Broke up itu hanya bertahan selama 2 minggu, selepas itu dia kembali kepadaku. Kerana sayang, aku terimanya kembali. Kerana ingin berlaku adil (konon), aku bagi dia peluang kedua untuk bina semula hubungan kami yang telah rosak olehnya.

Alhamdulillah, so far berjalan lancar walaupun pada awal perhubungan kami masih dingin kerana tahap curiga and cemburu tinggi aku mengalahkan puncak Gunung Everest. Sampai dia fed-up nak layan perasaan negatif aku, tapi aku da warn dia kalau dia nak kembali pada aku dia kena bertahan dengan aku. Sebab dia memang tau selagi aku tak percayakannya, memang aku akan bertanya itu ini. Kebetulan pada masa itu perempuan itu masih menghubunginya. Now? Diorang da tak contact each other, kerana aku dengar perempuan itu bertunang dengan lelaki pilihan keluarganya. Kalau diorg nak bertemu pun, aku tak marah sebab aku boleh terima yang diorg kawan je skang. Tipu la kalau aku kata tak jeles, memang jeles tapi aku da malas nak bertekak sebab tue. This is his last chance, next time kalau dia buat lagi, aku takkan terimanya kembali walau sayang macam mana pada dia. Cukup lah dua kali.

And My Sayang pun da berubah (so far yang aku nampak). December 2010, aku ajak dia balik Sabah selama 10 hari. Dia dengan keluarganya, aku dengan anak2 aku dan keluargaku. Sungguhpun begitu, aku sempat bertemu dengan keluarganya ketika menyerahkan satu dokumen penting untuk ayahnya sign. Alhamdulillah, keluarganya dapat menerimaku. Green light da pun.

Sementara familyku, mereka tau aku ada seseorang di KL. Kebetulan aku, My Sayang, mak aku, ayah aku dan adik2 lelaki aku kaki poker, so sometime kitorg main poker kat table yang sama. So family aku da nampak dia la, nampak gambar je la hehehe.

December lepas aku balik, aku habiskan masa aku dengan family aku. Puteriku Ya Allah, tingginya da lebih paras bahu aku sedangkan dia hanya berumur 8 tahun. Aku mengadu pada My Sayang, dia cakap biar je la budak2 membesar. Sementara Puteraku, tetap macam dulu, cuma skang da pandai makan sayur hahaha. Kalau dulu nak suruh makan sayur kena ajak bertengkar dulu, kalau buah hanya pisang sahaja dia layan, lain tak. Now da layan buah lain, semuanya sebab mak aku yang da tak keje and habiskan masa bersama anak2 ku di rumah.

Anak2 aku da bertemu dengan bakal bapak tiri diorang (InsyaAllah). Adik2 aku ada yang da pernah jumpa My Sayang. Adik2 aku cakap, janji dia bole terima putera and puteriku, and jaga aku dengan baik, tue da cukup. Ye, kat KL kami saling taking care each other. Dia pun da pandai bahagikan masanya antara aku dengan kawan2nya. And aku da berubah, paling lewat pukul 8 aku akan sampai rumah. Tak nak terlalu fokus dekat kerja hingga abaikan personal life aku.

And My Sayang sejak tau aku ada satu penyakit yang masih dalam proses utk kenal pasti, perhatiannya lebih kepadaku. Setiap hari dia akan datang ofis aku and ajak lunch untuk pastikan yang aku makan lunch and makan ubat. Kebetulan aku pegang kunci rumah kalau dia ada kelas, so aku akan bagi kunci terus padanya time dia ajak lunch. Ye la, dia da tak keje skang, fokus kat culinary study dia. Aku yang pujuk dia suruh study, sebab keje skang dia ada prob, management cut cost so untuk elak staff buat report kat Jabatan Buruh, diorang cari pasal dengan staff. Dia da fed up, so aku pujuk dia sambung study. Kebetualn dia pandai masak, so aku pujuk dia sambung study dalam bidang kulinari.

Ok la. Cukup buat masa ini. Lain kali Insya Allah aku akan update lagi.


Saturday, September 18, 2010

Kepenatan tahap melampau

Ya, kepenatan tahap melampau.
Itulah yang aku alami sekarang.
Dan mengakibatkan aku TERkadang TERlupa akan sesuatu.
Contohnya tempat aku letak barang2 penting, set appointment lebih dari satu pada masa yang sama, lupa tarikh dan hari (kekadang je la) etc.

Mungkin bebanan kerja sejak menyandang jawatan baru di company tempat aku berkerja.
Tambahan lagi aku masih belum ada team member aku sehingga kini yang mengakibatkan aku harus menyiapkan semua tugasan dari semudah membuat filing hinggalah training applicant yang mak aiiii.. bukan sikit jumlahnya.
Side aku da banyak, tue belum side manager aku.
Memandangkan team kami hanya ada aku dan manager, maka akulah yang bertanggungjawab menyiapkan segalanya untuk team kami.
Terkadang ketika aku busy pun sempat update manager.
Ya, itu adalah tugas2 yang memang aku lakukan sejak jadi M.E lagi.
Now dengan position A.M, tugasan semakin bertambah.

Namun aku tidak pernah mengeluh sekalipun.
Sebab aku prefer aku buat semua sendiri untuk memudahkan rujukanku di masa akan datang.
Bukan tak nak bantuan dari sesiapa, cuma aku lebih selesa kalau aku yang melakukannya.
Semua suda tersedia di dalam otak, soft copy/hard copy akan dibelek sekadar untuk verify apa yang ada dalam otakku.
Tak perlu bertanyakan pada sesiapa di mana letaknya semua file2 itu, apa latest update, check suma paperwork yang disudahkan oleh staff lain etc.
Juga tak perlu marah2 orang lain kalau ada kesilapan kerana kalau aku buat sendiri, memang aku akan marah diri aku sendiri.

Namun dalam pada perangai yang asyik lupa, aku tidak sesekali lupa pada anak2 ku di kampung.
Aku sering menyalahgunakan kemudahan telefon di ofis aku hahaha.
Boss aku pun tak bising sebab dia faham keadaan aku.
Malah dia sendiri pernah bertemu dengan anak2 dan family aku ketika kami terbang ke Sabah pada bulan Julai untuk urusan bisnes.
Terkadang bila aku terlalu rindukan anak2 aku, aku akan memencilkan diri dalam conference room dan menangis.
Dia akan datang dan mengusap2 bahu serta kepala dan memberitahuku agar kuatkan hati.
Many thanks to you!!!

Aku nak call anak2 aku sekarang, walaupun aku tahu diorang tengah berparti sempena kepulangan my sister dari India.
Aku tak kira, aku nak juga call anak2 aku!!

:)

Tuesday, September 7, 2010

Minggu yang sangat penting

Seperti yang diketahui, minggu nie adalah minggu terakhir kita berpuasa.
Semua tengah membuat persiapan terakhir untuk menyambut raya.

Bagi aku, minggu ini adalah minggu penting untuk aku.
Penentuan dalam karier aku.
Andai segalanya berjalan dengan lancar, plan yang seterusnya akan turut berjalan lancar, Insya Allah.
The key is within this week.

Amat penting untuk aku kerana aku berikan full commitment, energy, time untuk mencapai apa yang aku inginkan pada 2 minggu pertama untuk September 2010.
Anak2 aku and MY SAYANG menjadi sumber inspirasi untuk aku push to the limit and capai apa yang aku inginkan.
Kerana apa yang aku buat segalanya untuk Kakak and Adik, dan untuk membina hidup yang stabil bersama MY SAYANG.
Mereka adalah pemangkin untuk aku berusaha sehabis mungkin.
Untuk masa depan mereka, dan kami :)

Doakan agar segalanya berjalan seperti yang aku rancangkan untuk masa depan anak2 aku.
Amin.


Saturday, September 4, 2010

Rindu

Aku rindukan anak2 aku.
Hari ni sahaja aku sudah menghubungi mereka beberapa kali sehinggakan anak2 ku bertanya samada aku ok ataupun tak.

Aku akan siapkan rumah itu secepat mungkin so aku boleh bawa mereka datang bercuti ketika semester break nanti.
Aku masih belum bersedia untuk membawa mereka tinggal bersama sebab aku masih baru di KL nie.
Plus aku seorang di sini walaupun mempunyai sahabat baik.
Tetapi between family and bestfreb, aku lagi percaya familyku dalam untuk menjaga anak2 ku.
Ikutkan hati memang aku hendak angkut mereka tinggal bersama namun aku masih belum stabil dari segi ekonomi.
Bila aku da stabil dari segi ekonomi serta rumahku sudah lengkap untuk mereka, aku akan bawa mereka tinggal bersama aku di sini.

Kakak...
Adik...
tunggu Umi hujung tahun nie. Umi akan habiskan cuti Umi selama 2 minggu bersama kamu berdua.
Umi sangat rindukan kamu.


Monday, August 30, 2010

Keputusan Muktamad!!!

Semalam aku meninjau rumah yang bakal ku duduki.
Walaupun kecil, tetapi ada 3 bilik dan 2 toilet; standard la kan.
Dapur juga kecil.
Tapi yang best, ada balkoni.
Rumah tue berada di tingkat 18.
Nombot lot memang nice number!!

Harini aku akan sign document.
Tengok la bila aku akan pindah masuk.
Rumah totally empty, tapi aku akan paw boss aku untuk basic things.
Budaya paw bos memang kuat di opis aku, janji hit target every month hahahaha.
Bos2 pun tak lokek, janji staff tiap2 bulan hit target.
Tue belum lagi dinner and open table and small gift.

Aku da decide, aku akan keluar dari rumah yang aku duduki sekarang.
Sekarang nie aku tinggal bersama salah seorang kawan baikku, adiknya yang juga My Sayang, boifrennya serta kakaknya yang kerek.
Aku da penat kat rumah tue.
Kebetulan lagi aku dengan My Sayang dingin sejak beberapa bulan lepas.
So aku decide biarlah aku keluar, sure kakaknya yang kerek tue puas hati sebab kakaknya benci aku!
Aku juga hendak memberi ruang pada My Sayang, biarlah jarang berjumpa asalkan hubungan tak dingin.
Aku belum bersedia untuk memberitahu lokasi baru aku pada mereka.
Sungguhpun begitu, aku amat berterima kasih pada My Sayang dan kawan baikku kerana sudi menerima aku di rumah tersebut untuk beberapa bulan.
Amat payah untuk aku buat keputusan berpindah dari rumah sekarang, namun aku terpaksa!
Aku sedih bila aku rahsiakan plan aku daripada My Sayang, tapi aku terpaksa!
Biarlah aku tinggal sendiri walaupun KL masih tak familiar lagi pada aku.

Buat masa nie, hanya boss aku, 2nd boss dan bakal isteri 2nd boss yang tau aku akan tinggal kat mana.
Sebab rumah tersebut milik 2nd boss and bakal isterinya.
Boss aku arrange rumah tersebut untuk aku.
2nd boss lagi suka aku yang duduk sana sebab senang dia cari aku kalau aku letupkan rumah tue ka, pecahkan dinding ka, apa2 la yang tak baik.
Tapi yang pasti, aku akan tinggal sendiri.

Aku akan siapkan rumah tue sebelum cuti sekolah semester pertama tahun depan.
Sebab aku berhajat untuk mengajak anak2 aku tinggal bersama sepanjang musin cuti tersebut.
Aku juga akan mengajak mak aku sekali, untuk menjaga mereka sepanjang aku bekerja.
Bukan untuk menjaga sahaja, tapi aku nak mak rehat di KL.

Aku berjauh hati dengan adik2 aku sekarang.
Kemungkinan besar aku tak akan balik raya nie.
Biarlah aku berada di KL, aku belum bersedia untuk menemui adik2 yang membuatkan aku berjauh hati.
Aku juga sedang melatih hati aku untuk menjadi kering, sekaligus telah memotong bekalan air ke mata dengan tindakan serta merta.
Aku sudah letih makan hati dengan semua orang.
Aku sudah letih menjaga hati mereka namun hati aku dipijak2 hingga lumat.
Daripada aku terus makan hati berulam jantung, lebih baik aku kebalkan hati dari sebarang perasaan.

Keputusa sudah ku buat!
Dan ia muktamad!!!

Thursday, April 1, 2010

Kami datang lagi

"Sayang, jom tengok Clash Of The Titans malam nie".

Itu bunyi SMS dari My Sayang sebentar tadi. Aku pe lagi, ON jer. Means keluar rumah nanti aku kena bawa sweater hitam dia yang bercorak tengkorak.


credit to GSC

Semalam layan Evolusi KL Drift 2. OK jer la filem tue. Suka aksi ganas jer, part drift and tembak2. Aaron Aziz, Scha Al-Yahya dan Shaheizy Sam jer yang buat aku focus kat filem tue. Pelat Cina Sam memang best, tak sangka Sam boleh buat slang macam tue. Aaron cakap slang Cina, tak best la. Kena lagi dia kena cakap Mandarin, nampak sangat berhati2 takut pinyin salah. Sam cakap Mandarin ok jer. Tapi yang tak puas hati, apasal pulak ada babak airmata dalam filem tue? Kacau betul la!! Pulak tue heroin dia mati?? Adoiiiiiii

Malam nie layan Clash Of The Titans pulak. Tak tau lagi citer nie best ke tak. Hope best la.



Synopsis: In Clash of the Titans, the ultimate struggle for power pits men against kings and kings against gods. But the war between the gods themselves could destroy the world. Born of a god but raised as a man, Perseus is helpless to save his family from Hades, vengeful god of the underworld. With nothing left to lose, Perseus volunteers to lead a dangerous mission to defeat Hades before he can seize power from Zeus and unleash hell on earth. Leading a daring band of warriors, Perseus sets off on a perilous journey deep into forbidden worlds. Battling unholy demons and fearsome beasts, he will only survive if he can accept his power as a god, defy his fate and create his own destiny. Reimagined with state-of-the-art visual effects and cutting edge technology, Clash of the Titans is a timeless and awe-inspiring adventure set against the turbulent backdrop of Ancient Greece.

** pic and synopsis - credit to GSC**


Wednesday, March 31, 2010

Angkara siapakah ini?????

Balik je ke rumah, aku terkejut bila nampak perangkap asap atas meja masak.
Dapur memasak bergantung.
Lantai dapur berselerak dengan serpihan cermin dan tudung saji.



First impression?
YA ALLAH, WHAT HAPPEN??
Tapi sape la yang boleh jawab soalan aku sebab takder orang kat rumah ketika itu.

Lalu aku alihkan dapur memasak ke atas hood.
Cubaan pertama, gagal sebab berat and cermin pecah kat tangan aku.
Cubaan kedua, berjaya!!



Lalu aku call My Sayang.
Tapi hampeh, time tue jugala aku dapat sms dari DGi suruh aku topup sebab kredit 0.
Adoiiiiiii
Kenapa la aku tak check balance credit sebelum balik??



Aku on celcom broadband aku.
Try hantar sms via DG website, tp lambat la pulak loading page.
Last2 aku send sms guna YM.

Aku suruh My Sayang call.
Ok, dia return call ASAP.
Aku tanya camner nak alihkan kepala gas dari tong itu. (da lama tak buat, so kena tanya My Sayang untuk double check)
Aku kena offkan sebab terhidu bau gas.
Semua tingkap aku bukak, da la tengah hujan lebat kat luar.

Pas tue aku YM kawan aku yang deal dengan landlord.
Dia akan report kejap lagi.
Ask me not to do anything with that.
So aku kena biarkan jer la semua tue sampai landlord datang malam nanti.
Nie pun da 2 kali tapak kaki aku tertusuk cermin halus.

Aku da lah balik dengan niat nak makan Maggi Kari and telur mata kerbau cicah sos tiram + cili.
Nie da tak jadi, haihhhhh.
Kena la aku makan apa yang ada dulu kat dalam peti.
Nak turun bawah, hujan lebat sangat kat tempat aku.

Takper2, jap lagi bersiap and g KL Sentral tunggu My Sayang abis keje.
Bodek dia belanja makan KFC :P
Bila perut sudah kenyang, larik pegi GSC layan wayang yang dia janji ajak tengok.


Tuesday, March 30, 2010

Yang Mana Satu??


Desperate Housewives Year 6 @ 8TV

ataupun

Evolusi KL Drift: 2 @ GSC Midvalley

Dua2 aku nak.

Tapi aku hanya diberi satu pilihan.

Offer tengok wayang pulak valid untuk malam nie jer, tak boleh bawak ke esok malam mahupun malam2 seterusnya.

Kejamnya My Sayang.

Taulah dia menyampah tengok siri Desperate Housewives tue.

Ermm, agak2 boleh tak suruh management GSC tue siar sekali siri Desperate Housewives tue kat cinema?

Baru best hahahaha

Aku masih tak tau nak ambik yang mana.

Dua2 aku nak (amboi, tamaknye aku)

Ada idea???





Saturday, March 27, 2010

He's back

"Sayang, aku da sampai LCCT. Jap lagi aku sampai rumah. Love u, miss u sooooo much. Muah3x"

Tue dia!!!!

My Sayang da sampai KL pukul 2300hrs tadi.
Weeeheeeee......

Time tue, aku tengah busy kat dapur siapkan juadah yang dia nak makan malam nie.
Sejak akhir2 nie, dia da pandai request nak makan itu ini.
Pelik bila aku fikirkan sebab sebelum nie dia ON je apa yang aku masak.
Tapi sekarang da pandai nyahhhhhh.
Tak per la, layankan jer hehehe

Lepas masak, call anak2 aku kat KK. Oh anak2 ku, Umie sangat rindukan kamu :(

OK. Nak mandi jap. Sweating sebab masak kat dapur tadi.
I wish boleh letak aircond kat dapur so aku takkan sweating tiap kali beraksi (boleh ker? hahaha)



Mode:
Rindu + Happy



Bila Aku.......



SEDIH:
:: Jadi pendiam (pause mode talktative)
:: Smoke continuosly (dengan harapan sedih tue akan terbang ke luar bumi)
:: Dengar lagu ntah pape (selongkar lagu dalam lappy & hanfon)
:: Luahkan pada Microsoft Words (takder sape tau password document aku, so it's a very safe place to tell everything)
:: Tidur (tapi susah nak tidur)
:: Menangis (paling payah walaupun menangis itu boleh meredakan kesedihan aku cuma sebentar)
:: Lepak tangga apartment sampai 3,4 pagi (tempat segalanya bermula antara aku dan My Sayang)
:: Makan coklat Cadbury (agar aku happy sket)
:: Buat bodoh (tahap kronik da nie)
:: Layan beer (super duper kronik)






HAPPY:

:: Talktative
:: Ketawa hingga muka bertambah merah (senyum pun da merah, apa lagi kalau ketawa)
:: Mood nak merayau teramatlah tinggi





STRESS:
:: Aku akan buat bermacam2 kerja tanpa berfikir panjang
:: Aku lepak kat rumah member sambil layan....
:: Layan beer sampai hang over
:: Smoke continuosly
:: Melalak



RINDU:
:: Aku akan call orang yang aku rindu (anak2 aku of course)
:: Tatap gambar orang yang aku rindu (anak2 aku)
:: Menangis (bila rindu tak tertahan)
:: Luahkan pada My Sayang (thanks for your understanding)
:: Smoke




SAKIT HATI:
:: Aku akan memaki lebih kerap (kena buang tabiat satu nie)
:: Jadi agresif
:: Jauhi punca aku sakit hati (kalau punca dari rumah nie, aku akan keluar and tak balik rumah semalaman)
:: Mandi & minum banyak air putih (nak redakan suhu dalam badan yang tengah menggelegak)


BORING
:
:: Layan internet
:: Main game
:: SMS My Sayang
:: Layan DVD
:: Baca novel
:: Tidur


Mode sekarang:
RINDU
(anak2 aku, My Sayang - semua berada jauh dari aku sekarang)


Friday, March 19, 2010

Semoga selamat sampai KK

Salam Jumaat...

Malam nie adik aku yg sedang belajar di India akan berlepas balik ke KK. Sebelum tue, akan transit di Singapore.


sumber dari atok google

Huh, napa la tak transit di KL ja? Boleh juga jumpa dia *sigh sigh*

Baru lepas sms ngan dia, tengah buat review coz petang nie ada exam. Lepas exam, rushing balik rumah and pack all suffs. Then bekejar ke airport. ETA BKI is 0730 hrs waktu Malaysia. Adik aku suma macam nie, selalu buat benda last2 minute. Well, apa kurangnya kakak diorg nie wahahaa

Malam nie sure uncle kat Kudat akan turun KK, esok sambut sis di airport. Uncle selalu macam tue, sebab Uncle sayang kami adik-beradik termasuk anak2 aku macam dia sayang anak2 sendiri. Walau pun sebenarnya Uncle masih bujang trang tang tang.

Sis aku pulak homesick, sedangkan baru raya tahun lepas dia balik bercuti selama sebulan. Plan awal 2 tahun sekali balik Malaysia, nie tiap2 tahun dia balik pulak. Raya tahun nie pun dia akan balik lagi, means 2x balik utk 2010. Cuti kali nie dia hanya balik untuk 2 minggu sahaja. Kalau ikutkan mak, biarlah sis spend holiday di India, merayau mencari Shah Jehan-nya. Tapi sang sis tetap degil nak balik, so bapa n Uncle kasi ON saja la.

Anak2 aku pulak da tak sabar tunggu auntie diorang yang satu nie. Ada kawan gaduh Mus and kawan melaram kakak. Mus pantang jumpa sis aku yg satu nie, sebab asyik gaduh berebutkan lappy/pc and remote Astro. Terkadang boleh nampak diorang saling menggigit. Sis wlupun da 21 thn, perangai cam budak2 kalau jumpa Mus.

Kalau jumpa kakak pulak, asyik la melaram walaupun tak ke mana2. Nie sis da gtau yang dia mau bawa kakak g salon. Aku tak kisah, janji jgn potong rambut kakak pendek sangat da. Kakak pulak selalu jadikan rambut sis model untuk belajar tocang, selalunya time sis free and layan Astro. Hasilnya now kakak da boleh tocang rambut sendiri. Ntah la pulak lepas nie style apa kakak mau adapt kat rambut auntie sorg nie.

Apapun., aku harap semoga sis selamat sampai KK and selamat balik balik India nanti. Amin


Thursday, March 4, 2010

I FINALLY FOUND MY SAYANG

3.20 am

Like last nite, still awake while My Sayang already zzzzzzzz ( i can hear he snoring :P )

Actually, aku da tidur tadi pukul 10pm and TERbangun pukul 2am. First time awal tidur sejak berhijrah ke KL sebab semalam tidur pukul 6am and hanya buka mata pukul 1pm, itu pun sebab My Sayang kejutkan untuk breakfast (suppose to be lunch kan?), kalau tak sah aku terus koma sampai lewat petang. My Sayang off semalam, so aku dengan suka suki-nya bermalas2an, aku tak buat satu keja pun muahahahaha.

Well, kitorang da deal kalau My Sayang off dia akan buat semua keja di rumah and treat me like a Princess. I likeeeeeeeee :P

Deal made sebab My Sayang yang mau macam tue walaupun ku bantah sedaya upaya. Cukup 6 hari seminggu aku basuh dirty laundry kami, cook for him juga 2 orang kakaknya and sorang housemate kami, kemas rumah and bla bla bla, itu alasannya bila aku tanyakan kenapa deal macam tue. And like usual, aku TIDAK DIBENARKAN tolong dia, TOLONG TENGOK boleh la :P

Mula2 kami apply macam tue since declare 2 bulan 10 hari lepas, aku rasa TERamat kekok sebab itu semua keja aku. Kami berebut buat keja rumah, and last2 aku kalah dalam perebutan itu huhuhuhu. But now, aku da biasakan diri aku. Cuma semalam, bila dia ambik laundry basket and bawa ke dapur untuk basuh, aku tegah and say "LEAVE IT TO ME SAYANG." Sekali lagi kami berebut and kali nie aku MENANG yessssssssss =))

Killer sentence yang buat aku menang is "SAYANG AKU NDAK?"
"MENGUGUT JA KEJAMU KAN SAYANG?" itu jawapnya bila aku da keluarkan killer sentence aku untuk menang muahahaha. I love you sayang, really love u muahh.

Terkadang aku rasa serba salah biarkan My Sayang buat houseworks bila dia off day, tapi dia selalu beritau aku yang itu adalah masa terbaik untuk dia bagi aku rehat dari semua daily routine aku. Sepatutnya dia duduk rehat di rumah and aku layan dia sebab dia da penat keja cari rezeki, tapi dia nie stubborness. Degil2 aku pun, dia lagi degil bila kami debate bout this. BAIKLAH.

Semalam aku kurang sihat, lepas breakfast (lunch actually) aku smoke and baring di hall. Terasa tubuhku teramat lemah and untuk gerak ke washroom pun aku tidak berdaya. Kesian My Sayang, risau sangat sampaikan ajak aku ke klinik di bawah apartment untuk jumpa doc. Aku dengan lajunya say "NDAK MAUUUUUUUU".

Bukan takut jumpa doc, tapi aku tak nak susahkan My Sayang. (well, takut pun ada tapi sikit saja la :P) End up, dia tidurkan aku. Ala, macam tidurkan baby yang tepuk2 punggung sampai tertidur tue. Gitulah cara dia tidurkan aku setiap malam. Before that of course dia akan kiss forehead, both cheeks, EYES (sebab suruh tidur tue), NOSE (saham hidung aku da tinggi sebab dia suka kiss noseaku huh) and lips.

Semalam dia masakkan nasi goreng untukku, i really like his nasi goreng after my mum. Dunno why, but i really like it till sometimes i ask him to cook it for me. Of course during his off day saja la. I remember last month I was off to Terengganu for 5 days, following my formerr-boss for some business trip at her resort. When the kitchen staff prepared a friend rice as our breakfast, I don't have appetite to eat it coz I want My Sayang to prepare it. Then when I came back to KL again, nah... friend rice is waiting for me, which he cooked it specially for me hehehe.

To My Sayang, ketahuilah bahawa:
1. I really love u so much coz you the one who can take my breath.
2. I want to spend the rest of my life with u (even I'm not ready to re-marry, but who know God will open my heart to do so)
3. I really appreciate you since you came into me & my kids life.
4. I LOVE YOU SOOOOOO MUCH MUAHHH


I FINALLY FOUND SOMEONE - BRYAN ADAMS FT BARBARA STREISAND

I finally found someone, who knocks me off my feet
I finally found the one who makes me feel complete
It started over coffee, we started out as friends
Its funny how from simple things, the best things begin

This time is different (la, la, la, la)
Its all because of you (la, la, la, la)
Its better than it's ever been
Cuz we can talk it through
My favorite line was can I call you sometime?
Its all you had to say
To take my breath away

This is it
Oh, I finally found someone
Someone to share my life
I finally found the one to be with every night
Cause whatever I do
Its just got to be you
My life has just begun, I finally found someone

Ooh, someone
I finally found someone
Ooh

Did I keep you waiting (I didn't mind)
I apologize (baby, that's fine)
I would wait forever
Just to know you were mine
Ya know, I love your hair
(are you sure it looks right? )
I love what you wear
(isnt it too tight)
Youre exceptional
I can't wait for the rest of my life

Oh, this is it
Oh, I finally found someone
Someone to share my life
I finally found the one to be with every night
Cause whatever I do
Its just got to be you
(oh, yeah)
My life has just begun
I finally found someone
And whatever I do
Its just got to be you
Ooh, my life has just begun
I finally found someone

Sayang, Thanks for being with me every now and then. Also thanks for love my kids so much as You love me so much too.

Monday, March 1, 2010

Forever & One

** lagu tengah berkumandang sekarang **

Forever And One - Helloween


What can I do? Will I be getting through?
Now that I must try to leave it all behind
Did you see, what you have done to me?
So hard to justify, slowly it's passing by

Forever and one, I will miss you
However I kiss you, yet again
Way down in Neverland
So hard, I was tryin'
Tomorrow, I'll still be cryin'
How could you hide your lies, your lies?

Here I am, seein' you once again
My mind so far away
My heart so close to stay
Too proud to fight
I'm walkin' back into night
Will I ever find someone to believe?

Forever and one, I will miss you
However I kiss you, yet again
Way down in Neverland
So hard, I was tryin'
Tomorrow, I'll still be cryin'
How could you hide your lies, your lies?

Forever and one, I will miss you
However I kiss you, yet again
Way down in Neverland
So hard, I was tryin'
Tomorrow, I'll still be cryin'
How could you hide your lies, your lies, your lies?


Aku berkenalan dengan lagu nie melalui My Sayang sewaktu kitorg declare last December. Masa tue kitorang lepak kat girls room (bilik aku & kakaknya) sambil dengar lagu2 dari my lovely lappy, masa tue sume lagu R&B yang jadi kegilaan aku.

Tetiba dia ambik hanfon nya dan connect speaker to his phone. Sebelum My Sayang mainkan lagu tue, dia cakap macam nie:

"Sayang, lagu nie untuk Sayang"


Lalu dia mainkan and siap ikut nyanyi lagi. Aku senyum2 jer masa tue. Bila dengar part lirik HOW COULD U HIDE UR LIES, sentap aku kejap. Aku bertanya dalam hati, bila masa aku sembunyikan lies dari dia?

Aku ajukan soalan tue pada dia, lalu dia menyentuh mukaku dengan lembut and berkata itu sekadar lagu. Banyak lirik meaningfull tapi itu pulak yang aku fikirkan, katanya lagi.

Pagi nie kami dikejutkan dari tidur oleh satu panggilan. Hanfon bertukar tangan, dan dia tidak menjawab panggilan tersebut. Bila ku ajukan soalan kenapa tak jawab, dia lihatkan skrin hanfon padaku. Automatically aku belakangkan My Sayang. Terasa diriku sangat lah kurang ajar kerana aku tidak pernah belakangkannya kecuali setelah minta izin darinya.

Aku sakit hati sangat setelah tahu bekas girlfrend dia yang kejutkan kami dari tidur. Bukan aku nak jeles, tapi My Sayang da beritau aku yang tidak ada sesiapa tahu nombor barunya melainkan aku, familynya, member rapatnya di tempat kerja juga adik angkatnya&^^$#.

Tapi pagi nie satu kebenaran timbul. Ada orang lain lagi yang tau iaitu bekas girlfrend nya. Bila ku tanyakan kenapa tak beritau aku sewaktu kami perang kecik 2 malam lepas, katanya terlupa sebab dia tidak fikirkan langsung perempuan tue sekarang.

Ntah la, aku jadi terus jadi moody and berubah seperti ada orang lain dalam badanku. Aku buatkan sarapan seperti biasa, tapi aku tidak menghantarnya ke pintu dan memeluknya seperti yang selalu aku lakukan setiap kali dia keluar.

Setelah dia keluar, aku terima 5 sms darinya tapi aku tidak balas satu pun. Lalu dia call, bertanyakan kenapa aku senyap kerana sebelum nie walau sakit hati n marah sekalipun, aku tetap balas semua sms nya.

Untuk menjaga hatinya, aku terpaksa tipu mengatakan hanfon d bilik and tak alert kerana buka winamp full volume kat hall. Dia terima jawapanku kerana dia sendiri nampak keadaanku sebelum dia keluar tadi.

Ntah la, cuaca kat luar panas, tapi hubungan kami dingin lately. Aku tak nak macam nie!!!!!!!!!!!!


Rock Concert

...12.30am...

Yesss.. lagi sikit jam My Sayang balik rumah bawa food. Dia janji nak balik pukul 1am.

Sambil tunggu, aku baca blog, layan Youtube and semestinya Dunhill.

Perut da ada rock concert nie, mana la My Sayang?

Malam nie malas nak masak :D

Sekali-sekala aku malas masak, lagipun ikut betul bukan turn aku masak. Tapi terkadang aku juga yang masak sebab nak My Sayang rasa air tangan aku tiap2 hari (kecuali dia off day, aku yang akan rasa air tangan dia, sedappppp)

Rock concert dalam perut nie makin happening.

Alahai My Sayang, baliklah cepat2. Tau kah anda Your Sayang da kebulur sangat da?

Mata da ngantuk nie, kang tertidur depan lappy dengan rock concert dalam perut makin happening huhuhu



pssss: akibat malas masak n turun bawah cari makanan :P

Sunday, February 28, 2010

Lion Dance

Sejurus sahaja aku melepasi security gate untuk balik ke rumah, aku ternampak tools untuk Lion Dance. Teringat sweet memory bersama anak2 ku tahun lepas.

2009, anak sulungku melangkah ke alam sekolah rendah. Sebelum cuti CNY tahun lepas, Kakak (panggilan manja anak sulungku) terlibat dalam persembahan mewakili kelasnya. Since dewan sekolah kecil dan tidak mampu menampung jumlah ibubapa yang akan hadir, pihak sekolah bersetuju untuk mengadakan di dewan pekan tempat kami tinggal.

Kakak berusaha memujukku untuk mengambil cuti dan hadir menyaksikan persembahannya. Maklumlah, ketika itu aku tersangat busy mencari rezeki untuk mereka kerana mereka adalah di bawah tanggungjawabku dan abah mereka langsung tidak memberi sara hidup sejak perceraian kami disahkan oleh Mahkamah Syariah pada tahun 2004.

Kerana ingin memberi sokongan padu pada Kakak dan juga untuk merehatkan diriku dari tekana kerja setelah sekian lama berkerja 24/7, aku bersetuju untuk bercuti pada hari tue serta membawa anak bongsuku sekali.

Nak dijadikan cerita, pada hari tersebut aku dan Mus (panggilan manjaku untuk anak bongsuku) mengambil tempat duduk di bahagian tengah. Mus terlalu excited untuk menyaksikan persembahan kakak kesayangannya.

Pembukaan majlis dimulakan dengan acara Lion Dance. Mus lagilah excited sebab dia suka melihat acara tersebut. Tapi ntah kenapa pada hari tue, sebaik sahaja pemain2 Lion Dance mula memukul gendang, dia tekapkan telinga dengan tangannya yang kecil dan comel lalu sembamkan mukanya ke badanku serta memintaku memeluknya sekuat mungkin.

Aku hairan dan bertanya kenapa sedangkan sebelum nie dia lah yang over excited jika terserempak Lion Dance di mana2. Dia menangis pada masa tue sambil meminta aku memeluknya. Aku akur, aku meletakkannya di pahaku dan memeluknya untuk menenangkannya.

Pada masa itu, majoriti hadirin termasuk pelajar2 serta guru2 melihat ke arah kami. Ada yang tersenyum simpul, ada yang mengerutkan dahi. Kakak segera datang ke tempat kami untuk bertanya keadaan adik kesayangannya serta membantuku menenangkan Mus. Aku kagum dan terharu dengan kasih sayang Kakak kepada Mus, walaupun ditegah oleh guru kelasnya dari berganjak ke tempat kami, dia tidak peduli. Baginya, Mus lebih penting dari dimarahi oleh gurunya.

Kakak duduk dengan kami sepanjang persembahan Lion Dance sambil menepuk2 belakang adiknya. Gurunya yang melihat keadaan itu hanya membiarkan Kakak bersama kami pada masa tue.

Setelah tamat persembahan, ku arahkan Kakak balik ke tempat dia berkumpul bersama teman sekelasnya. Mus masih memelukku kuat sambil jeling2 pemain2 Lion Dance. Aku hendak letakkan dia ke tempat duduk asalnya tapi dia enggan. Bila ku tanyakan kenapa, katanya penari2 masih dalam dewan. Aku biarkan dia duduk di pahaku buat seketika. Setelah semua peralatan serta penari2 tersebut keluar dari dewan, dia berganjak ke tempat duduknya tanpa menunggu ku arahkan.

Selepas itu, dia seperti biasa. Selesai acara, aku membawa mereka ke KFC. Petangnya sewaktu kami tidur, kami dikejutkan oleh bunyi gendang Lion Dance. Rupanya mereka bermain di rumah jiran sebelah yang tinggal 5 blok dari kami. Mus dengan mukanya yang mamai, mengajak adik lelakiku ke tempat tersebut. Aku bertanyakan adakah dia pasti untuk melihat acara tersebut, lalu dengan yakinnya dia berkata YA. Lalu adikku bersama kedua2 anakku pergi menyaksikan Lion Dance.

Sebaik sahaja mereka balik, Kakak memberitaku yang Mus tidak takut langsung. Aku hairan selepas insiden pada pagi tu. Tapi bila ku fikirkan semula, mungkin sebab di dewan terdapat echo kerana tertutup manakala di luar tiada echo disebabkan oleh keadaaan terbuka.

Pic di bawah ku ambil menggunakan hanfon dari rumahku di aras 12. Malas nak turun walaupun nak tengok :P


playground


swimming pool


Lion nampak half jer :D


Saturday, February 27, 2010

Tension

Tet.. tet.. tet.. tet

Aku capai henfon dan check sape yang mengganggu ketenangan ku di kala itu.

" Sayang, ni nombor top up. xxxxxxxxxxxxxxxx", mesej dari My Sayang. But dari nombor Maxis dia.

Tau la aku gaji dia da masuk and dia terus bayar bill Maxisnya.

Aku tension masa tue. Bukan sebab dia tak on DG, tapi aku tension sebab kalau dia da on Maxis sure dia akan keep contact adik angkatnya di Sabah. Bukan aku nak jeles, tapi aku tak suka dia asyik call and mesej adik angkatnya tue.

Kenapa?

Sebab aku selalu sangat terbaca mesej yang ntah pape dari adik angkat dia.

" Bang, #%&* rindu abang"

" Kenapa lama tak call/sms?"

"Bang, tolong topupkan. $%^$ da takder credit"

Aku tak kisah kalau My Sayang beritau aku awal2 dia selalu contact adik angkatnya. Tapi nie aku yang dapat tau sendiri. Aku paling hangin kalau benda tue aku tau sendiri. Pulak tue mesej ntah pape. Aku selalu tarik muka bila terbaca mesej antara My Sayang and adik angkatnya. My Sayang pulak terangkan yang dia and adik angkatnya takder pape. Whatever!!!

Tak adil sebab dia asyik contact adik angkatnya kalau da on Maxis sedangkan aku asyik sms ngan sorang mber aku.

Hello!!!

Aku da beritau dia awal2 lama sebelum aku and budak tue start keluar. Sape pun member2 aku, aku akan beritau My Sayang, aku beritau sebab respek kat dia.

Mula2 memang My Sayang jeles sebab dia tengok aku happy kalau keluar ngan mber aku, tapi kami da discuss benda nie beberapa malam lepas and My Sayang faham aku kawan baik ngan budak laki tue.

Ikutkan hati, semalam lepas mber aku jumpa girlfrend dia kat Shah Alam, dia datang ambil aku kat rumah. Tapi memandangkan hanya aku and My Sayang jer kat rumah, aku cancel date. Tup tup, kakak dia yang sorang tidur kat rumah pulak. Hampehhh.. pukul 2am aku text dia, tapi dia tak reply sebab da tidur.

Aku da pesan kat My Sayang, kalau ada perempuan lain, beritau aku awal2, jangan sampai benda tue aku tau sendiri dan itu hanya akan membuatkan hangin satu badan. My Sayang selalu cakap, dia takder orang lain selain aku. Aku tak la percaya sangat sebab aku da pernah kena tipu oleh seseorang bila trust 100% dulu and akibatnya aku recover selepas 3 tahun. After recover, aku start permainkan lelaki. Tapi bila jumpa dia, aku taubat tak nak ulang record lama.

Sekarang nie jiwa aku kacau sket. Lagu2 pun semua yang ku kategorikan dalam JIWA KACAU. Malam nie nak bantai minum la.





Thursday, February 25, 2010

LULUS :P


Semalam aku kebuntuan idea untuk sediakan dinner. (Rujuk entry sebelum nie)

My Sayang sms kata nak makan ayam kukus. Aku pulak suruh dia beli ayam bulat. Kalau ayam kukus, aku ikut resipi nenek aku, chinese style. Nenek aku kan Chinese :P

Setelah kebuntuan idea, aku lawat blog seorang blogger yang aku follow.
Click kat sini. Kat blog nie macam2 resipi ada.

Tak puas hati, aku tanyakan nenek yahoo. Hasilnya aku jumpa resipi Asam Tumis Ayam (Ala Nyonya). Kira ok la kan, nyonya :P

Setelah identify bahan2 yang takder kat dapur, aku turun ke kedai runcit kat bawah apartment tempat aku tinggal dan membeli bahan2 tersebut.

Tepat pukul 8pm, aku start beraksi di dapur. Hasilnya seperti di bawah:


Since bunga kantan takder jual kat bawah, aku gantikan dengan daun kari jer :D
Bahan2 lain sume ada. Kuantiti aku main redahhhhh jer :P
Just belacan aku kurangkan kuantiti sebab My Sayang alergic dengan seafood dan yang sewaktu dengannya. Lepas makan aku suapkan ubat alergic ke mulutnya sebab still ada belacan dalam tue.

Sayur pulak, aku tumis kacang panjang jer, favourite My Sayang. Aku main campak2 jer, masukkan bawang merah & putih, pecahkan telur pas tue kacau. Masukkan kacang panjang, cili kering yang diblend juga Secukup Rasa. Tumis kejap then angkat.


Feedback My Sayang lepas makan "SEDAP". Yer la, ayam tue first time aku masak cam tue. Nampak cam rendang pun ada (ye ker?) Dia makan sampai 3 pinggan. Whoaaaaaaa

Puas hati bila tengok My Sayang makan banyak semalam.

Result: First attemp LULUS!
(simple jer, kalau tak lulus sure mak aku geleng kepala)
:p

Toloooonnnnggg



Aku amatlah memerlukan bantuan sekarang ini. Aku berada dalam dilema yang amat sangat. Sampaikan My Sayang pun tak boleh tolong aku da. (jahatnya My Sayang)

Lately aku da kehabisan idea.

Menciiiiiiiiiiii bila keadaan ini berlaku.
Menciiiiiiiiiii
Menciiiiiiii

Idea, kemanakah kau menghilangkan diri?
Kenapa mesti kau melarikan diri dariku?
Selama nie kau tetap berada di sisiku, kenapa sekarang kau tak mau berkawan denganku?
Apa salahku? Kau buat ke begini. Dalam dilema bla bla bla (lagu sape ye? Aisyah ke Fauziah Latiff?)

Please idea, come back to mama.
I need u right now.
Don't u run away from me again.

Adoiiiiiiiii.

Aku masih belum menemui penyelesaian dilema aku.

Aku sms My Sayang dengan harapan dia akan memberikan penyelesaian yang aku perlukan. Bunyinya cam nie:

"Sayang mau makan apa malam nie? Aku da abis idea nak masak apa. Beritau mau makan apa, aku masakkan"

My Sayang balas:

"Hehehe. Masak ja la apa2 sayang. Sayang tau kan aku ndak memilih makanan. Apa sayang masak, aku bantai ja"

Jahat tak My Sayang? Memangla dia tak cerewet dalam makanan, tapi at least tolonglah bagi idea kat aku. Tak kesian kat aku ker?

Nak merajuk la kat My Sayang.

Nota Kaki: Ndak = tidak/tak (bahasa Sabah)

Sunday, February 7, 2010

Mumbling

Happy Sunday!!!

Alone in this apartment, again!!

Now waiting for my kids to finish their lunch before continue our video call through Yahoo Messenger. We were broadcasting for 72 minutes before their grandma (which is my mom) call them for their lunch.

And here I am. Lepak at this lovely blog (lovely? hehehehe). At the same time, download latest song of R&B, Hip Hop and dance. Feel wanna dance when listen to those songs, even I don't know how to dance * big grin*

Few days back, I felt very down. Plus got small crisis with my beloved boyfriend; the one who I stay with. However, everything is over now. Not me and my boyfriend, but the crisis. Glad it's over now *smile*

Last night I suppose go to Elsyium, Heritage Row to attend party which my on-off boyfriend is invited as guest MC. I'm in the guest list, but can't manage to attend it. It's the 2nd invitation from him, still I can't attend. The 1st one was last Saturday at MoJo, 2nd is last night at Elsyium. Well, since we on-off again, I'll receive invitation from him every week. If I'm working with him, guess I can't give thousands reason not to attend it. Coz if I'm working with him, I'll be his PA and will be with him almost 24/7. Work together, travel together, party together, sleep together, sex together? Hahahaha. No, I prefer to go home every night and sleep with my beloved boyfriend.

Last night around 3 in the morning, suddenly I got migrain and felt extremely cold. My beloved boyfriend woke up (pity him) and keep hug me tight. Felt guilty coz wake him up coz he need to work today. But he still wake up and hug me to warm me all night long. This morning around 10am, I still feel extremely cold. He hug me and covered our body with two blankets, still I felt cold. I don't know what happen with me last night till I felt extremely cold. The fan speed is normal like previous night.

After he finish shower, I asked him what he want for his breakfast. He ask me not to wake up and will prepare by himself. But I insist to do it, like always stubborn! He blocked me at the door and carry me to bed again, but coz of my stubbornness I manage to escape from him * big grin*

Tomorrow I will start working. Our routine will have small changes due to our working hours and days is not same. I'll leave home at 7am when he still sleeping. But everyday I will give him a wake up call at 10.15am. I come home around 7pm, and he still working that time. Even tired coz have to catch up bus and LRT to reach my office at Wisma Central and go home, I will cook for him every night. I'll make sure that this routine will keep going coz I like to see he eat a lot when I cook for him *smile*

Last night, he told me that his weight now is 59.6kg. I asked 2 days from him to make sure his weight is 60kg *laugh*

My kids is back. So I've to stop here. Miss them very much.