Showing posts with label familyku. Show all posts
Showing posts with label familyku. Show all posts

Friday, February 4, 2011

Dia da nak bertunang!!!

Gong Xi Fatt Chai!!!
Angpow aku mana? Hahahaha

Kalau tahun2 lepas, aku akan dapat angpow seperti biasa dari keluarga belah mak aku. Sungguhpun aku da ada anak, namun aku masih tak ketinggalan untuk mendapat bahagian aku. Means setiap tahun aku akan mendapat 3 paket angpow dari setiap seorang, aku satu and lagi 2 untuk putera-puteriku. Namun bukan itu yang aku nak ceritakan pada entry kali ni.

Hari nie aku bangun lewat, dalam pukul 1230 pm kot (lupa nak tengok jam pulak). Kebetulan aku nak ke toilet, kalau tak mungkin masih "koma" kot. Ye lah, bukan selalu dapat bangun lewat. Semalam aku tidur pukul 6am, layan poker ngan My Sayang and mber2 lain. Kalau aku kat kampung bangun atas pukul 11am, sure anak2 aku da guling2 sambil lompat2 atas katil, tak pun bermain sebelah aku dengan suara kuat. Itulah cara diorang nak kejutkan aku.

Bangun2 je, terus basuh muka and gosok gigi. Then duduk tepi My Sayang tengok dia beranakkan dana kitorang untuk game poker hehehe. Bila turn aku pakai internet, aku login ke FB aku la. Alih2 dapat news dari future-sis-in-law aku.

Dia and adik lelaki aku yang paling sporting da nak bertunang June nie setelah bercinta lebih tiga tahun. Tapi aku suggest cepatkan sikit, on March sebab adik kitorang yang tengah study kat India akan balik bercuti selama 3 minggu on March. Kalau buat majlis bulan June, sure dia tak dapat join sedangkan yang bertunang itu abang yang paling dia sayang. Aku da hubungi adik lelali aku bertanyakan kesahihan news yang sampai ke telinga ku oleh gf dia, and katanya ya. But now, diorang tak tau nak buat on March ataupun June. Kenapa June? Sebab June adalah bulan kelahiran hot couple tue.

Gf dia minta tolong aku survey 4 pasang baju yang akan digunakan pada majlis bertunang tue nanti and hantaran mereka. Dia nak baju kat Gulati's. Ye la, minggu depan aku survey untuk kau ye dik hihihihi. Diorang nie couple da lama, and kedua2 family da bagi green light untuk diorang. Now tunggu diorang decide je bila nak langsungkan majlis tunang tue.

Aku happy untuk diorang sebab diorang pasangan secocok. Anak2 aku sangat rapat dengan gf adik aku. Sometimes time gf adik aku boring, dia akan ambil anak2 aku kat rumah and bawa jenjalan. Time mak aku nak kemana2 and adik2 takder kat rumah, dia akan jadi drebar setia mak aku. Dia tak kekok dengan kami sekeluarga. Sungguhpun keluarganya senang dan kami cukup2 makan, dia tak pernah pandang itu semua. Dia dah anggap kami seperti keluarganya sendiri. Malah macik2 aku kat kampung pun dia da jumpa, nie sebab gatal nak ikut adik aku hantar barang kat kampung hehehe.

Dulu time kami tinggal kat kuarters yang disediakan oleh majikan mak aku, keadaan rumah kami sangat teruk. Kalau da hujan, dalam rumah pun akan hujan jugak sebab atap yang bocor. Namun dia tak kisah. Bila kami berpindah ke rumah yang lebih selesa, dia lah yang tolong mak aku kemaskan barang2 sebab masa tue bukan cuti sekolah so semua adik2 aku hanya dapat tolong lepas balik dari sekolah. Dia pulak tengah cuti semester, so dia lah yang temankan mak aku dari pagi ke malam and bantu kemas rumah sehingga la sekarang selesa untuk didiami. Kalau dia datang ke rumah, dia tak segan and da buat macam rumah sendiri. Namun dia paling pantang tidur di rumah sebab kena jaga nama baik kedua2 keluarga. Aku respek pada prinsipnya yang itu. Biarla lewat macam mana sekalipun dia di rumah, dia tetap akan balik ke rumah keluarganya atau ke rumah yang disewa bersama sepupunya.

Apapun, aku doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Semoga jodoh mereka berpanjangan dan sentiasa lovey-dovey.

Tuesday, February 1, 2011

Outdated

Yeah.
Outdated.

Blog aku da lama aku tinggalkan, da bersawang pun. Nak kena bersihkan dulu. Kalau rumah aku yang bersawang, sah2 bukan aku la penghuninya. Sebab aku tak suka rumah messy. Tapi terkadang sebab keletihan berkerja, aku balik aku hanya sempat kemaskan bilik jer, lepas tu layan poker kat FB jap then terus membaca sampai la tertidur.

Banyak yang terjadi sejak last entry aku on November. Last entry cakap pasal betapa hancurnya hati aku bila My Sayang tinggalkan aku sebab perempuan lain. Broke up itu hanya bertahan selama 2 minggu, selepas itu dia kembali kepadaku. Kerana sayang, aku terimanya kembali. Kerana ingin berlaku adil (konon), aku bagi dia peluang kedua untuk bina semula hubungan kami yang telah rosak olehnya.

Alhamdulillah, so far berjalan lancar walaupun pada awal perhubungan kami masih dingin kerana tahap curiga and cemburu tinggi aku mengalahkan puncak Gunung Everest. Sampai dia fed-up nak layan perasaan negatif aku, tapi aku da warn dia kalau dia nak kembali pada aku dia kena bertahan dengan aku. Sebab dia memang tau selagi aku tak percayakannya, memang aku akan bertanya itu ini. Kebetulan pada masa itu perempuan itu masih menghubunginya. Now? Diorang da tak contact each other, kerana aku dengar perempuan itu bertunang dengan lelaki pilihan keluarganya. Kalau diorg nak bertemu pun, aku tak marah sebab aku boleh terima yang diorg kawan je skang. Tipu la kalau aku kata tak jeles, memang jeles tapi aku da malas nak bertekak sebab tue. This is his last chance, next time kalau dia buat lagi, aku takkan terimanya kembali walau sayang macam mana pada dia. Cukup lah dua kali.

And My Sayang pun da berubah (so far yang aku nampak). December 2010, aku ajak dia balik Sabah selama 10 hari. Dia dengan keluarganya, aku dengan anak2 aku dan keluargaku. Sungguhpun begitu, aku sempat bertemu dengan keluarganya ketika menyerahkan satu dokumen penting untuk ayahnya sign. Alhamdulillah, keluarganya dapat menerimaku. Green light da pun.

Sementara familyku, mereka tau aku ada seseorang di KL. Kebetulan aku, My Sayang, mak aku, ayah aku dan adik2 lelaki aku kaki poker, so sometime kitorg main poker kat table yang sama. So family aku da nampak dia la, nampak gambar je la hehehe.

December lepas aku balik, aku habiskan masa aku dengan family aku. Puteriku Ya Allah, tingginya da lebih paras bahu aku sedangkan dia hanya berumur 8 tahun. Aku mengadu pada My Sayang, dia cakap biar je la budak2 membesar. Sementara Puteraku, tetap macam dulu, cuma skang da pandai makan sayur hahaha. Kalau dulu nak suruh makan sayur kena ajak bertengkar dulu, kalau buah hanya pisang sahaja dia layan, lain tak. Now da layan buah lain, semuanya sebab mak aku yang da tak keje and habiskan masa bersama anak2 ku di rumah.

Anak2 aku da bertemu dengan bakal bapak tiri diorang (InsyaAllah). Adik2 aku ada yang da pernah jumpa My Sayang. Adik2 aku cakap, janji dia bole terima putera and puteriku, and jaga aku dengan baik, tue da cukup. Ye, kat KL kami saling taking care each other. Dia pun da pandai bahagikan masanya antara aku dengan kawan2nya. And aku da berubah, paling lewat pukul 8 aku akan sampai rumah. Tak nak terlalu fokus dekat kerja hingga abaikan personal life aku.

And My Sayang sejak tau aku ada satu penyakit yang masih dalam proses utk kenal pasti, perhatiannya lebih kepadaku. Setiap hari dia akan datang ofis aku and ajak lunch untuk pastikan yang aku makan lunch and makan ubat. Kebetulan aku pegang kunci rumah kalau dia ada kelas, so aku akan bagi kunci terus padanya time dia ajak lunch. Ye la, dia da tak keje skang, fokus kat culinary study dia. Aku yang pujuk dia suruh study, sebab keje skang dia ada prob, management cut cost so untuk elak staff buat report kat Jabatan Buruh, diorang cari pasal dengan staff. Dia da fed up, so aku pujuk dia sambung study. Kebetualn dia pandai masak, so aku pujuk dia sambung study dalam bidang kulinari.

Ok la. Cukup buat masa ini. Lain kali Insya Allah aku akan update lagi.


Saturday, September 18, 2010

Kepenatan tahap melampau

Ya, kepenatan tahap melampau.
Itulah yang aku alami sekarang.
Dan mengakibatkan aku TERkadang TERlupa akan sesuatu.
Contohnya tempat aku letak barang2 penting, set appointment lebih dari satu pada masa yang sama, lupa tarikh dan hari (kekadang je la) etc.

Mungkin bebanan kerja sejak menyandang jawatan baru di company tempat aku berkerja.
Tambahan lagi aku masih belum ada team member aku sehingga kini yang mengakibatkan aku harus menyiapkan semua tugasan dari semudah membuat filing hinggalah training applicant yang mak aiiii.. bukan sikit jumlahnya.
Side aku da banyak, tue belum side manager aku.
Memandangkan team kami hanya ada aku dan manager, maka akulah yang bertanggungjawab menyiapkan segalanya untuk team kami.
Terkadang ketika aku busy pun sempat update manager.
Ya, itu adalah tugas2 yang memang aku lakukan sejak jadi M.E lagi.
Now dengan position A.M, tugasan semakin bertambah.

Namun aku tidak pernah mengeluh sekalipun.
Sebab aku prefer aku buat semua sendiri untuk memudahkan rujukanku di masa akan datang.
Bukan tak nak bantuan dari sesiapa, cuma aku lebih selesa kalau aku yang melakukannya.
Semua suda tersedia di dalam otak, soft copy/hard copy akan dibelek sekadar untuk verify apa yang ada dalam otakku.
Tak perlu bertanyakan pada sesiapa di mana letaknya semua file2 itu, apa latest update, check suma paperwork yang disudahkan oleh staff lain etc.
Juga tak perlu marah2 orang lain kalau ada kesilapan kerana kalau aku buat sendiri, memang aku akan marah diri aku sendiri.

Namun dalam pada perangai yang asyik lupa, aku tidak sesekali lupa pada anak2 ku di kampung.
Aku sering menyalahgunakan kemudahan telefon di ofis aku hahaha.
Boss aku pun tak bising sebab dia faham keadaan aku.
Malah dia sendiri pernah bertemu dengan anak2 dan family aku ketika kami terbang ke Sabah pada bulan Julai untuk urusan bisnes.
Terkadang bila aku terlalu rindukan anak2 aku, aku akan memencilkan diri dalam conference room dan menangis.
Dia akan datang dan mengusap2 bahu serta kepala dan memberitahuku agar kuatkan hati.
Many thanks to you!!!

Aku nak call anak2 aku sekarang, walaupun aku tahu diorang tengah berparti sempena kepulangan my sister dari India.
Aku tak kira, aku nak juga call anak2 aku!!

:)

Thursday, September 9, 2010

Yessss.... aku berjaya!!!!

Yess...seperti tajuk di atas, aku berjaya!!!!

First week September 2010 aku da dapat apa yang aku nakkan.

Company target aku da hit, and aku telah dapat promotion seperti yang dijanjikan.
Lepas raya company akan celebrate.
Bigg boss da janji nak bagi small gift if i can promoted to A. M, so now i'm waiting for that gift hahaha.
Thanks to my bosses and colleagues.
But MANY THANKS to my big boss and my boss coz trust me and help me during the promotion period.
Also MANY THANKS to MY KIDS and MY SAYANG sebab diorang la sumber aku selama ini.

Sekarang tinggal hit target yang my own boss nak. And aku tengah berusaha sekarang.

So planning seterusnya akan berjalan dengan lancar, InsyaALLAH.
Raya nie aku tak balik kampung, aku stay kat KL.
Jumaat depan ambik adik aku yang transit KL before terbang ke Sabah.
October 2010, adik lelaki aku pulak akan turun KL sebab dapat tawaran training bomba selama 4 bulan 2 minggu.
Area mana kitorang tak tau lagi.
For sure, once in a while dia kena lepak rumah aku.
Of course time dia cuti la.
Gf dia awal2 da minta tolong aku tengokkan bf dia a.k.a adik lelaki aku.

Means aku kena lengkapkan rumah aku secepat mungkin.
Plus da plan every school break on next year onwards, aku akan terbangkan anak2 and parents untuk spend time here.
Nak paw my boss untuk few basic things for my new home.
He already promised me that if i hit target.
And i did hit the target!!!
Means promise is promise boss hahahaha.



Tuesday, September 7, 2010

Minggu yang sangat penting

Seperti yang diketahui, minggu nie adalah minggu terakhir kita berpuasa.
Semua tengah membuat persiapan terakhir untuk menyambut raya.

Bagi aku, minggu ini adalah minggu penting untuk aku.
Penentuan dalam karier aku.
Andai segalanya berjalan dengan lancar, plan yang seterusnya akan turut berjalan lancar, Insya Allah.
The key is within this week.

Amat penting untuk aku kerana aku berikan full commitment, energy, time untuk mencapai apa yang aku inginkan pada 2 minggu pertama untuk September 2010.
Anak2 aku and MY SAYANG menjadi sumber inspirasi untuk aku push to the limit and capai apa yang aku inginkan.
Kerana apa yang aku buat segalanya untuk Kakak and Adik, dan untuk membina hidup yang stabil bersama MY SAYANG.
Mereka adalah pemangkin untuk aku berusaha sehabis mungkin.
Untuk masa depan mereka, dan kami :)

Doakan agar segalanya berjalan seperti yang aku rancangkan untuk masa depan anak2 aku.
Amin.


Saturday, September 4, 2010

Rindu

Aku rindukan anak2 aku.
Hari ni sahaja aku sudah menghubungi mereka beberapa kali sehinggakan anak2 ku bertanya samada aku ok ataupun tak.

Aku akan siapkan rumah itu secepat mungkin so aku boleh bawa mereka datang bercuti ketika semester break nanti.
Aku masih belum bersedia untuk membawa mereka tinggal bersama sebab aku masih baru di KL nie.
Plus aku seorang di sini walaupun mempunyai sahabat baik.
Tetapi between family and bestfreb, aku lagi percaya familyku dalam untuk menjaga anak2 ku.
Ikutkan hati memang aku hendak angkut mereka tinggal bersama namun aku masih belum stabil dari segi ekonomi.
Bila aku da stabil dari segi ekonomi serta rumahku sudah lengkap untuk mereka, aku akan bawa mereka tinggal bersama aku di sini.

Kakak...
Adik...
tunggu Umi hujung tahun nie. Umi akan habiskan cuti Umi selama 2 minggu bersama kamu berdua.
Umi sangat rindukan kamu.


Tuesday, March 30, 2010

GO TO HELL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

WARNING: ENTRI PENUH EMOSI BERSERTA KEINGINAN UNTUK MEMBUNUH SESEORANG BEGITU TINGGI

Salam Selasa

Hari dan masa yang sama pada minggu lepas, mak aku call dan sampaikan sesuatu yang membuatkan aku tersentak sekejap. Aku terduduk bila mendapat perkhabaran itu. Sungguh tak ku duga yang ini akan terjadi. Namun tak lama selepas itu, keinginan untuk membunuh LELAKI JAHANAM itu begitu tinggi sekali!!! Aku akan pertahankan anak2 aku dari DIA.

Siapa LELAKI JAHANAM itu? Dia adalah bekas suamiku yang telah menjatuhkan talak 1 kepadaku 6 tahun lepas. Bodoh dan penakut sungguh LELAKI JAHANAM itu kerana tak sanggup beritahu aku sendiri pada masa tue. Dia call parents aku yang tengah berkerja di KK untuk pulang ke kampung dan ambil aku semula kerana dia telah menjatuhkan talak 1 padaku. Ibubapaku terkejut lalu call arwah mak mertuaku untuk bertanyakan hal tersebut. Lantas arwah datang ke rumah kami yang mana terletak bersebelahan sahaja. Aku hairan bila arwah serahkan telefon kepadaku sambil menangis. Pada masa tue, jantung aku berdebar2 risaukan LELAKI JAHANAM itu kerana dia tak balik rumah 3 hari straight.

Aku masih ingat perbualan antara aku dengan mak pada malam tue.

Mak: Kenapa kamu bercerai? 3 hari lepas waktu mak balik, kamu ok ja mak tengok.
Aku: Apa mak cakap nie? Siapa yang bercerai?
Mak: Ya Allah nak! Laki kau sudah jatuhkan talak 1.
Aku: Haaahh??? (Lalu aku terduduk) Mak jangan cakap bukan2, kami ndak gaduh sampai mau cerai berai.
Mak: Baru ja laki kau call mak, beritau mak dan bapak kau untuk balik ambik kau di kampung sebab kamu sudah bercerai.
Aku: Mak biar betul? Dia ndak balik rumah 3 hari, macam mana dia mau ceraikan aku? Dia ndak beritau aku langsung.(Menangis tak percaya)
Mak: Dia ndak balik? Dia di mana masa selama nie?
Aku: Itu yang aku risaukan, sebab hari tue dia keluar kejap ja katanya. Tapi sampai sekarang dia ndak balik. Betul ka dia beritau mak yang kami sudah bercerai?
Mak: Betul, benda nie bukan boleh main2. Kau tunggu situ, kami gerak balik kampung da.
Aku: Ndak payah la mak. Aku tunggu dia balik dan setel benda nie bagus2.
Mak: Dia tunggu kami balik, nanti dia pergi rumah katanya.
Aku: Dia di mana?
Mak: Mak tanya dia ndak beritau dia di mana. Katanya dia akan pergi rumah bila kami sudah sampai. Kau tunggu kami ok. Mak sudah suruh mak mertua kau kasi kawan kau sampai kami sampai. Jangan buat bukan2 ok. Ingat Kakak dan anak dalam perut kau tu.
Aku: Ok mak.

Lalu perbualan tamat. Aku menangis sambil ditemani arwah mak mertua aku. Dia Arwah ertanyakan masalah kami sampai jadi macam tue. Sungguh, aku tak tau apa masalah kami. Aku yang tengah menantikan kelahiran anak kedua ku hanya duduk menangis dan menangis mengenangkan nasib aku dan anak2 aku.

Setibanya parents aku di kampung, mak datang dan terus memelukku sambil menangis. Bapak hanya mampu tersenyum pahit sambil menyuruhku banyak2 bersabar. Bapak dan bapak mertuaku berbincang tentang hal perceraian kami. Jangankan aku yang diceraikan, orang tua kedua2 pihak pun langsung tidak percaya hal tersebut.

Tak lama selepas itu, kami terdengar suara orang memberi salam dari luar rumah. Tau lah aku, DIA yang balik. Lalu DIA duduk di sebelah bapak mertuaku. Keempat2 orang tua bertukar menjadi polis dan menyiasat kedudukan sebenar.

"Ya, aku sudah ceraikan dia dengan talak 1". Itu jawapannya bila orang tua bertanya. Alasannya agak remeh, sebab KAKAK DIBAWA KE KK OLEH MAK BAPAK AKU. Bodoh kan?!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kakak adalah cucu sulung kedua2 keluarga dan amat disayangi. Memang Kakak telah dibawa ke KK oleh ibubapaku tetapi hanya seminggu sepanjang cuti sekolah. Sewaktu musim persekolahan, Kakak tetap dengan kami. Hanya musim cuti sekolah sahajalah keluargaku boleh menjaga anakku memandangkan adik2 aku semua bercuti.

Lagipun aku ada meminta kebenaran darinya. Dan DIA sendiri yang memberikan kebenaran asalkan hari terakhir cuti sekolah, Kakak dihantar ke kampung kerana DIA takut tiada orang yang menjaga kakak. Kami setuju, lalu aku call mak untuk beritau yang DIA telah bersetuju dengan permintaan mak.

Tapi tak sangka, itulah modal DIA untuk jatuhkan talak 1 ke atasku. Kami semua tak faham dengan alasan yang diberi kerana DIA sendiri sudah memberi kebenaran. Kalau DIA tak benarkan, aku takkan beritau mak aku untuk ambil Kakak di kampung.

Hakikatnya, itu hanya alasan semata2. Bukan aku, family kedua2 pihak tak tau yang DIA tengah hangat bercinta dengan seorang perempuan yang tinggal di kampung sebelah. Semua orang kampung aku tau, malah mengutuknya tapi DIA buat bodoh ja. Ye la, tengah hangat bercinta la katakan. Malah makcikku pernah memukul budak itu dengan kerusi kerana diorang selalu dating depan rumah makcikku. Namun cinta mereka amat kuat barangkali, mereka langsung tidak serik.

Aku yang ketika itu tengah sarat mengandung anak kedua pernah berjumpa face to face dengan perempuan itu. Budak itu dalam perjalanan balik ke kampung sebelah setelah selesai dating dengan LELAKI JAHANAM. Namun dengan sombongnya perempuan itu berkata "KAU YANG TIDAK PANDAI JAGA LAKI KAU SAMPAI DIA TERPIKAT DENGAN AKU. MARI AKU AJAR CARA BETUL JAGA LAKI". Serius, aku rasa nak bunuh budak itu. Tapi memikirkan aku tengah sarat, aku tak bertindak ganas terhadap budak itu. Anak dalam perut aku lagi penting dari budak bodoh itu.

Berbaik kepada malam perceraian aku. Ketika aku packing barang2 aku serta barang2 baby yang telah aku sediakan, aku menangis teresak2. DIA masuk ke bilik, lalu ku peluk seeratnya dan memintanya berfikir kembali. Tapi dengan sombongnya DIA menolak tubuhku dan berkata yang DIA tidak akan berganjak dari keputusannya. Aku merayu tapi rayuanku dipandang ringan.

Sekembalinya aku ke rumah orang tuaku di KK, aku peluk anakku seeratnya. Aku cuba untuk tidak menangis di hadapannya. Namun Kakak seolah2 faham keadaan Umie nya, lalu dia cuba hiburkan aku dengan keletahnya yang manja. Kerana tekanan emosi yang maha hebat, aku telah melahirkan anak dalam kandungan 3 minggu lebih awal. Doktor amat risaukan aku kerana tekanan darahku amat rendah dan tidak bertenaga untuk melahirkan. Sempat doktor marahkan aku kerana tidak menjaga makan minum untuk memberikanku tenaga sewaktu melahirkan. Ibubapaku terangkan pada doktor keadaan sebenar aku, lalu doktor memberikan aku bermacam2 kata semangat.

Mungkin ada hikmah di sebalik perceraian dan tekanan emosi yang maha hebat, Allah permudahkan keadaan ku sewaktu bersalin anak kedua. Dengan sakit bersalin selama 4 jam sahaja, anak bongsuku selamat ku lahirkan dengan 2 kali teran.

Maka bermula la hidupku sebagai ibu tunggal. Sepanjang 6 tahun hidup sebagai ibu tunggal, sudah 3 kali DIA ajak aku kahwin semula tapi hati aku telah tertutup untuknya. Aku sudah serik untuk hidup dengannya. Malah pakciknya yang amat disegani di daerah kelahiranku turut menasihatkan aku untuk jangan terimanya lagi.

BIARKAN SAJA DIA GILA TALAK, NANTI KALAU KAU KAHWIN BALIK DENGAN DIA KITA NDAK TAU APA KES PULAK DIA BUAT, tu kata pakciknya. Memang, mati hidup semula pun aku takkan terima dia semula!!!!!!

Dan sekarang khabar yang aku dengar, DIA nak ambik anak2 aku dari aku. WTF?!!! Selama 6 tahun aku hidup dengan anak2 aku, DIA tidak ambil peduli pun. Selama 6 tahun juga DIA tak datang tengok anak2 aku apalagi berikan nafkah sara hidup walau sesen untuk anak2 aku, aku tak kisah janji DIA tak kacau hidup kami. Aku masih boleh sediakan keperluan anak2 aku. Dan sekarang setelah anak2 aku sudah bersekolah, DIA nak ambik pulak? Langkah mayat aku dulu!!!!!

Aku tau DIA marahkan aku sebab tolak lamaran ketiga dia pada 1 Jan'10. DIA pernah ugut aku yang DIA takkan biarkan aku hidup senang kalau tak terima lamaran DIA Buat apa aku nak perbodohkan diriku lagi untuk hidup dengan DIA? Sebab anak2 aku? No thanks!!!! Kami sudah biasa hidup tanpa LELAKI JAHANAM itu. Malah anak2 aku langsung tak pernah tanyakan DIA. Aku sedar suatu masa nanti anak2 aku akan bertanya, tapi aku yakin mereka akan faham dengan keadaan sebenar. Tambahan lagi Kakak masih ingat kejadian aku dipukul oleh LELAKI JAHANAM di hadapan Kakak. Sampai sekarang Kakak masih ingat, dan aku berusaha sedaya upaya untuk delete kejadian itu dari memory Kakak, still tak berjaya.

Aku juga tau salah satu sebab DIA nak ambik anak2 aku sebab dia baru dapat bahagian DIA hasil dari jualan tanah pusaka pakciknya. So what???

Aku takkan biarkan DIA ambik anak2 aku. Katanya anak2 aku lebih sayangkan dia dari aku? Well, aku hanya mampu suruh dia teruskan bermimpi sebab anak2 aku lebih sayangkan aku dari LELAKI JAHANAM ITU!!!!!

Sekarang target aku nak setel benda nie. Kalau boleh aku nak sumbat DIA dalam lokap pulak!! Biar DIA rasakan akibat kacau hidup aku dan anak2 aku!!!

KECIK2 TAK MAU MAMPUS, DA BESAR SUSAHKAN ORANG TERMASUK AKU DAN ANAK2 AKU!!!
GO TO HELL!!!!!!!!!!!!!!!!!


Saturday, March 27, 2010

He's back

"Sayang, aku da sampai LCCT. Jap lagi aku sampai rumah. Love u, miss u sooooo much. Muah3x"

Tue dia!!!!

My Sayang da sampai KL pukul 2300hrs tadi.
Weeeheeeee......

Time tue, aku tengah busy kat dapur siapkan juadah yang dia nak makan malam nie.
Sejak akhir2 nie, dia da pandai request nak makan itu ini.
Pelik bila aku fikirkan sebab sebelum nie dia ON je apa yang aku masak.
Tapi sekarang da pandai nyahhhhhh.
Tak per la, layankan jer hehehe

Lepas masak, call anak2 aku kat KK. Oh anak2 ku, Umie sangat rindukan kamu :(

OK. Nak mandi jap. Sweating sebab masak kat dapur tadi.
I wish boleh letak aircond kat dapur so aku takkan sweating tiap kali beraksi (boleh ker? hahaha)



Mode:
Rindu + Happy



Friday, March 19, 2010

Semoga selamat sampai KK

Salam Jumaat...

Malam nie adik aku yg sedang belajar di India akan berlepas balik ke KK. Sebelum tue, akan transit di Singapore.


sumber dari atok google

Huh, napa la tak transit di KL ja? Boleh juga jumpa dia *sigh sigh*

Baru lepas sms ngan dia, tengah buat review coz petang nie ada exam. Lepas exam, rushing balik rumah and pack all suffs. Then bekejar ke airport. ETA BKI is 0730 hrs waktu Malaysia. Adik aku suma macam nie, selalu buat benda last2 minute. Well, apa kurangnya kakak diorg nie wahahaa

Malam nie sure uncle kat Kudat akan turun KK, esok sambut sis di airport. Uncle selalu macam tue, sebab Uncle sayang kami adik-beradik termasuk anak2 aku macam dia sayang anak2 sendiri. Walau pun sebenarnya Uncle masih bujang trang tang tang.

Sis aku pulak homesick, sedangkan baru raya tahun lepas dia balik bercuti selama sebulan. Plan awal 2 tahun sekali balik Malaysia, nie tiap2 tahun dia balik pulak. Raya tahun nie pun dia akan balik lagi, means 2x balik utk 2010. Cuti kali nie dia hanya balik untuk 2 minggu sahaja. Kalau ikutkan mak, biarlah sis spend holiday di India, merayau mencari Shah Jehan-nya. Tapi sang sis tetap degil nak balik, so bapa n Uncle kasi ON saja la.

Anak2 aku pulak da tak sabar tunggu auntie diorang yang satu nie. Ada kawan gaduh Mus and kawan melaram kakak. Mus pantang jumpa sis aku yg satu nie, sebab asyik gaduh berebutkan lappy/pc and remote Astro. Terkadang boleh nampak diorang saling menggigit. Sis wlupun da 21 thn, perangai cam budak2 kalau jumpa Mus.

Kalau jumpa kakak pulak, asyik la melaram walaupun tak ke mana2. Nie sis da gtau yang dia mau bawa kakak g salon. Aku tak kisah, janji jgn potong rambut kakak pendek sangat da. Kakak pulak selalu jadikan rambut sis model untuk belajar tocang, selalunya time sis free and layan Astro. Hasilnya now kakak da boleh tocang rambut sendiri. Ntah la pulak lepas nie style apa kakak mau adapt kat rambut auntie sorg nie.

Apapun., aku harap semoga sis selamat sampai KK and selamat balik balik India nanti. Amin