Showing posts with label career. Show all posts
Showing posts with label career. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

Alahai

Blog ku terabai...
Sume email terabai termasuk email untuk urusan formal and email dari kengkawan...
ada yang cop sombong tapi aku sibuk la weiiiiii..
korang YM/MSN pun kadang aku tak reply tapi aku da siap2 gtau aku busy..
da free baru buzz korang balik, tapi bila aku da free korang da out..
facebook? nak singgah kejap pun tak sempat..
punca?
kesibukan yang teramat..
interview berlambak..
personal coaching lagi berlambak..
tiap session ambik masa 2 jam, kalau orang tue lembap bole drag 3 jam walaupun orang utk next session da panas bontot duduk kat waiting area tunggu turn..
paperwork lagi la berlambak..
weekly report?
sory boss, da 2 minggu delay email report..
nasib baik boss2 sume nampak betapa busy nya aku dalam opis..
masuk pukul 8.30, balik pukul 9 malam yang kadang2 pukul 11 malam baru blah..
tu pun keje tak siap lagi..
rasa cam nak tidur kat opis jer hahaha..
working hour jarang la duduk meja sendiri..
after 6pm baru dapat duduk meja sendiri..
before start paperwork, kena follow up applicant dulu..
kena return call dulu yang mak aiii, 2 pages A4 paper dari staff2 yang tolong aku pick up call..
terkadang boss yang tolong angkat n pass the message, bila da few times the same ppl call and the same boss picked up, diorang akan cakap ZUE, RETURN THIS PERSON CALL LEY...KEEP LOOKING FOR U...
alahai boss, u all tau i asyik run here and there untuk setle sume applicants..
breakfast and lunch pun tak sempat..
lda follow up sume yang ambik masa sampai 2 jam, baru boleh start paperwork..
file2 and kertas2 sume berlambak atas meja..
dulu 2 meja untuk aku..
now admin staff duduk meja sebelah..
terasa la sempit yang teramat..
aku tak boleh bernafas rasanya..
tapi nak buat camna, admin room tak setle lagi..

nie pun curi blogging sebab kunci aku tertinggal kat opis semalam, nasib baik memang plan tidur rumah kawan..
aku sedar da pukul 1 pagi tadi alahai..
terkadang handfon aku lupa letak kat mana..
i need a break!!!
but nevermind, december nie aku break for 2 weeks..
terbang balik sabah bawa anak2 aku shopping barang2 sekolah diorang..
nak spend time ngan anak2..
at the same time buat marketing untuk sabah market..
alahai, cuti2 pun tetap buat keja..
tapi takper, sume untuk anak2 aku...
sume untuk pendidikan diorang..

sekarang nie pun tengah bergayut ngan anak2 aku..
sambil2 tunggu faks dari adik aku jumlah yang perlu aku bayar untuk persekolahan diorang tahun depan..
jap lagi nak blah balik apartment aku, boss datang nak drill untuk curtain grill...


Saturday, September 18, 2010

Kepenatan tahap melampau

Ya, kepenatan tahap melampau.
Itulah yang aku alami sekarang.
Dan mengakibatkan aku TERkadang TERlupa akan sesuatu.
Contohnya tempat aku letak barang2 penting, set appointment lebih dari satu pada masa yang sama, lupa tarikh dan hari (kekadang je la) etc.

Mungkin bebanan kerja sejak menyandang jawatan baru di company tempat aku berkerja.
Tambahan lagi aku masih belum ada team member aku sehingga kini yang mengakibatkan aku harus menyiapkan semua tugasan dari semudah membuat filing hinggalah training applicant yang mak aiiii.. bukan sikit jumlahnya.
Side aku da banyak, tue belum side manager aku.
Memandangkan team kami hanya ada aku dan manager, maka akulah yang bertanggungjawab menyiapkan segalanya untuk team kami.
Terkadang ketika aku busy pun sempat update manager.
Ya, itu adalah tugas2 yang memang aku lakukan sejak jadi M.E lagi.
Now dengan position A.M, tugasan semakin bertambah.

Namun aku tidak pernah mengeluh sekalipun.
Sebab aku prefer aku buat semua sendiri untuk memudahkan rujukanku di masa akan datang.
Bukan tak nak bantuan dari sesiapa, cuma aku lebih selesa kalau aku yang melakukannya.
Semua suda tersedia di dalam otak, soft copy/hard copy akan dibelek sekadar untuk verify apa yang ada dalam otakku.
Tak perlu bertanyakan pada sesiapa di mana letaknya semua file2 itu, apa latest update, check suma paperwork yang disudahkan oleh staff lain etc.
Juga tak perlu marah2 orang lain kalau ada kesilapan kerana kalau aku buat sendiri, memang aku akan marah diri aku sendiri.

Namun dalam pada perangai yang asyik lupa, aku tidak sesekali lupa pada anak2 ku di kampung.
Aku sering menyalahgunakan kemudahan telefon di ofis aku hahaha.
Boss aku pun tak bising sebab dia faham keadaan aku.
Malah dia sendiri pernah bertemu dengan anak2 dan family aku ketika kami terbang ke Sabah pada bulan Julai untuk urusan bisnes.
Terkadang bila aku terlalu rindukan anak2 aku, aku akan memencilkan diri dalam conference room dan menangis.
Dia akan datang dan mengusap2 bahu serta kepala dan memberitahuku agar kuatkan hati.
Many thanks to you!!!

Aku nak call anak2 aku sekarang, walaupun aku tahu diorang tengah berparti sempena kepulangan my sister dari India.
Aku tak kira, aku nak juga call anak2 aku!!

:)

Thursday, September 9, 2010

Yessss.... aku berjaya!!!!

Yess...seperti tajuk di atas, aku berjaya!!!!

First week September 2010 aku da dapat apa yang aku nakkan.

Company target aku da hit, and aku telah dapat promotion seperti yang dijanjikan.
Lepas raya company akan celebrate.
Bigg boss da janji nak bagi small gift if i can promoted to A. M, so now i'm waiting for that gift hahaha.
Thanks to my bosses and colleagues.
But MANY THANKS to my big boss and my boss coz trust me and help me during the promotion period.
Also MANY THANKS to MY KIDS and MY SAYANG sebab diorang la sumber aku selama ini.

Sekarang tinggal hit target yang my own boss nak. And aku tengah berusaha sekarang.

So planning seterusnya akan berjalan dengan lancar, InsyaALLAH.
Raya nie aku tak balik kampung, aku stay kat KL.
Jumaat depan ambik adik aku yang transit KL before terbang ke Sabah.
October 2010, adik lelaki aku pulak akan turun KL sebab dapat tawaran training bomba selama 4 bulan 2 minggu.
Area mana kitorang tak tau lagi.
For sure, once in a while dia kena lepak rumah aku.
Of course time dia cuti la.
Gf dia awal2 da minta tolong aku tengokkan bf dia a.k.a adik lelaki aku.

Means aku kena lengkapkan rumah aku secepat mungkin.
Plus da plan every school break on next year onwards, aku akan terbangkan anak2 and parents untuk spend time here.
Nak paw my boss untuk few basic things for my new home.
He already promised me that if i hit target.
And i did hit the target!!!
Means promise is promise boss hahahaha.



Tuesday, September 7, 2010

Minggu yang sangat penting

Seperti yang diketahui, minggu nie adalah minggu terakhir kita berpuasa.
Semua tengah membuat persiapan terakhir untuk menyambut raya.

Bagi aku, minggu ini adalah minggu penting untuk aku.
Penentuan dalam karier aku.
Andai segalanya berjalan dengan lancar, plan yang seterusnya akan turut berjalan lancar, Insya Allah.
The key is within this week.

Amat penting untuk aku kerana aku berikan full commitment, energy, time untuk mencapai apa yang aku inginkan pada 2 minggu pertama untuk September 2010.
Anak2 aku and MY SAYANG menjadi sumber inspirasi untuk aku push to the limit and capai apa yang aku inginkan.
Kerana apa yang aku buat segalanya untuk Kakak and Adik, dan untuk membina hidup yang stabil bersama MY SAYANG.
Mereka adalah pemangkin untuk aku berusaha sehabis mungkin.
Untuk masa depan mereka, dan kami :)

Doakan agar segalanya berjalan seperti yang aku rancangkan untuk masa depan anak2 aku.
Amin.


Tuesday, August 24, 2010

Hari yang agak busy

Sampai ofis pukul 8am tadi.
On lampu n lappy, aku terus menghadap cermin besar di belakang kerusi aku.
Sambil2 tue layan lagu Funky Techno 2010, buka kuat2 supaya bagi aku wakeup kot2 aku datang ke opis dalam keadaan separa sedar hahahaha.

Ok, muka da siap kasi kaler pelangi :P
Tengok jam kat lappy, 8.20am.
Aku call colleague aku yang sama2 stress untuk kejar promotion tue.
Dia da kat bawah, tengah beli rokok.

Nak share beberapa cite menarik, tapi schedule agak busy harini.
So malam nanti after working hour aku sambung.
Da ada dalam draft, tapi 20% je siap hahahaha.
Eh eh, dengar2 malam nie 2nd boss nak ajak dinner then pegi happy hour.
Tengok la camner nanti, kalau tak jadi aku siapkan post aku pasal few story agak gila yang berlaku pada aku this few days.

Selamat Hari Selasa dan Selamat Berpuasa!!
Juga Selamat Berkerja :P

Saturday, August 21, 2010

Nak bagi tajuk apa ye??

Seperti dirancang, Sabtu ni lepak ofis sambil siapkan paperwork. Aku lepak dengan boss aku, masing2 siapkan keje yang tak siap semalam. Tapi aku sempat chat kat FB, sambil2 tue blogging. Keje half da setel, half lagi blm. Mood nak berblogging datang. Kalau hari2 biasa, masa takder untuk blogging. Nak check email pun tak sempat, tapi disebabkan keje punya pasal kena check juga.

Tengah asyik siapkan keje, phone berdering. Aku pandang boss aku and tanya kalau dia expecting incoming call, tapi dia cakap takder. So aku jawab dengan Hello jer, prosedur rasmi sambut call aku tak implement tadi. Sabtu maaa, plus da pukul 4pm. Alih2 orang call tanya keje, so aku entertain cam biase. Hu ha hu ha hu ha, aku suruh orang tue datang interview Isnin depan. Kalau dia tak datang, siapla dia! Aku anti-sket kalau orang call mintak keje out of working hours, bila aku da set interview dia tak datang pulak. Sebelum nie aku da "sekolahkan" sorang applicant kaw2 punya sebab kes tue la. Boss aku gelak jer time aku on the phone and "sekolahkan" orang tue. Aku buat cara pro la walau aku da berapi masa tue.

Harini aku ada OK sket, tak down sangat. Semalam pukul 11pm boss datang ambik aku kat rumah, kami pegi cari nasi lemak and otak2 kat PJ. Usha punya usha sampai ntah ceruk perumahan mana kami masuk, still tak jumpa. Kami da give up and nak blah dari tempat tue. Meter minyak kete boss da blinking, so singgah isi minyak. Bila boss da selesai and masuk kete, aku tanya kalau dia ada tanya orang kat counter apsal tempat tue. Katanya ada, and kami heading ke tempat yang dikatakan.

Kami gelak bila sedar kami memang kat area tue cuma tak usha kat hujung, sume simpang2 yang kami lalu untuk ke tempat tue memang da kami usha pada awalnya. Sampai kat tempat yang dituju, kami park and cari meja. Perghhh, ramai giler. Sedap sangat ke nasi lemak and otak2 sini? Boss aku kata rasa sendiri baru tau.

Bila da start makan, perghhh... memang sedap! Aku makan 2 bungkus nasi lemak and 2 bungkus otak2 (panggil bungkus ke kalau otak2??), boss aku pulak belasah 3 bungkus nasi lemak and 3 bungkus otak2. Order mushroom soup, my favourite soup. Memang marvellous!! Next time kena datang lagi nie.

Alamak, cakap pasal makan2 semalam buat aku lapar pulak ceh. Ok, sampai sini dulu update untuk harini. Aku nak setelkan paperwork yang tak setel lagi, kang tak pasal2 Isnin nanti kelam kabut pulak.

Friday, August 20, 2010

Ceritaku hari ini

6.55pm

Family aku, juga anak sulung aku tentu sedang menghadap juadah berbuka puasa ketika ini. Maklum jer la, Sabah awal sejam kalau melibatkan berbuka puasa. Aku kena tunggu lagi 30min.

Still lepak kat ofis, tak plan lagi nak buka ngan apa nanti. Ala, turun kat mamak bawah jer la huhuhuhu. Harini macam hari2 aku yang biasa, busy dengan interviews and appointments. Tue belum masuk paperwork lagi. Aih, esok jer la buat paperwork. Sabtu lepak ofis, ok jer. Dari aku duk umah tidur, better aku lepak ofis siapkan paperwork aku sekali layan internet heheeh. Ada jugak faedah kan hahaha.

Harini aku kena tegas ngan budak baru. Big boss n boss suruh aku tengok2 kan budak baru nie and ajar mana yang patut. Harini aku marah lite2 kat dia sebab lambat datang. Pas tue aku suruh dia follow up applicants, nak double confirm pasal appointment yang da set. Boleh pulak dia asyik chat ngan awek dia? Semalam bos da hint lite2 kat dia time keja jangan chat kalau bukan pasal business. Aku tengok dia still buat harini, so aku sound direct. Muka dia da berubah, tapi kalau keje, keje la kan. Awek nanti pas keje jumpa juga, so nanti baru story mory. Plus Saturday & Sunday office close, so boleh dating puas2. Tak paham aku budak2 zaman sekarang. Eh, budak lagi ker? Aku tua beberapa bulan jer dari dia huhuhu.

Colleague aku pulak keep saying sorry sebab lewat datang arini. Almost 11am baru sampai ofis. Sampai top management da cop muka dia yang asyik lewat. Time dia masuk, aku da sejam buat appointment ngan applicant aku. Sebagai penyelesaian untuk prob dia yang tak alert ngan alarm clock, start next Monday aku akan bagi wake up call every morning. Benda nie akan berterusan sampailah dia da biasa bangun pagi without any help. Aku faham dia kena study time malam sebab dia masih study lagi, pulak tue awek yang study kat Australia always ajak dia chatting. Tapi kalau during weekdays, jangan la chat sampai lewat malam. Haa, yang nie budak lagi sebab dia baru 22 tahun hehehe. Ye ker? Kalau zaman mak bapak kita, da boleh jadi bapak budak nie kan hahahaa.

Aku down sket harini, well bukan harini jer sebenarnya. Minggu nie aku panggil DOWN WEEK. Adehhhh. Nie pun tinggal aku and 2nd boss kat ofis, dia tengah tunggu tunang dia datang ambik kat ofis. Aku? Balik naik bus harinie, boss aku da balik. Pukul 10pm nanti dia ambik aku kat umah and lepak. Huh, aku da la malas nak naik2 bus kalau balik. Tapi tak per la, harinie jer hehehe.

Ok la, nak turun bawah and lepak mamak untuk berbuka puasa. Pas tue gerak balik umah. Nak get ready lagi, boss jemput pukul 10pm nanti. Agak2 sempat tak? Hmm, time management petang nie hancussssssssssssss

SELAMAT BERBUKA PUASA!!!

Menghitung Hari

Harini 20th August 2010. Lagi 11 hari nak habis August. Tolak cuti weekends, lagi 6 hari bekerja yang tinggal.

Hrmmmmm.... aku kena push to the limit untuk hit target before 31st August 2010. Ini semua untuk masa depan anak2 aku.

A.M post... tunggu aku. By next month, Insya Allah aku bukan M.E lagi, but da up to A.M.

Chayok2 girl!!!