Showing posts with label humor. Show all posts
Showing posts with label humor. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan, rumahku pun tiada, adapun bapa punya





ANAK KAMPUNG by JIMMY PALIKAT

Memang aku ini anak orang meskin
Tiada apa-apa yang dapat ku berikan
Engkau memang cantik
Memang tidak padan dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bah kau itu
Banyak yang tergoda lagi orang kaya

Tiada keretaku bawa kau jalan2
Rumahku pun tiada, ada pun bapa punya
Apalagi belanja mau bayar berian
Kahwin sama kamu


Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda, cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna

Tiada keretaku bawa kau jalan2
Rumahku pun tiada, adapun bapa punya
Apalagi belanja mau bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain


Itu adalah sebuah lagu Dusun versi Bahasa Melayu (ke Bahasa Malaysia?).
Macam mana aku tau pasal lagu nie?
Pukul 3am, aku boring tak dapat tidur.
So nak check game kat FB la kononnya.
Then aku nampak status lil bro aku kat FB, status dia macam tajuk kat atas tue, comments dari kawan2 dia plak almost 30.
Dalam otak da fikir nie mesti gaduh ngan awek dia, and kawan2 dia plak samader nak meng-fire-stone ataupun menchillkan dia.
So aku terus read all comments, rasa macam lain jer.

Tengok dinding FB lil bro, lalu ternampak link lagu nie.
Dengar full lagu, lalu aku LAAAA, SUMA COMMENT2 TUE DIORANG QUOTE DARI LIRIK LAGU TERSEBUT.

Nasib baik aku tak comment kat post dia KENAPA? GADUH NGAN AWEK KA?
Kalau lah aku komen macam tue sebelum dapat tau pasal lagu nie, sah2 diorang akan gelakkan aku.
Diorang nie bukan bole trust kalau bab2 meng-condemn-kan orang.


p/s: lepas post entry nie, blogreading bermula lalu terjumpa entry yang sama kat blog kak Eryati. Bezanya kak Eryati attach youtube dalam dua2 bahasa and post lebih awal dari aku :)

Sunday, April 4, 2010

Bila murid bermain teka-teki, Cikgu beri jawapan yang berunsur 18sx

Dalam kelas subjek Matematik, Cikgu tadika bertanyakan soalan kepada seorang anak didiknya bernama Bakhtiar.

Cikgu:
Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yang tinggal di atas pokok?

Bakhtiar:
Kosong Cikgu

Cikgu:
Kenapa kosong?

Bakhtiar:
Sebab 2 ekor lagi mesti terbang lari la Cikgu.

Cikgu:
Hmmm, salah tu Bakhtiar. Jawapan yang betul tentulah 2, 3 - 1 = 2. Tapi Cikgu suka cara awak berfikir, kreatif!

sumber dari pakcik yahoo images

Ketika waktu rehat, Cikgu belanja Bakhtiar makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yang dibelanja oleh Cikgunya, Bakhtiar pula bermain teka-teki dengan Cikgunya.

Bakhtiar:
Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Seorang tu makan dengan cara menelan semua sekaligus, seorang lagi gigit sikit2, lagi seorang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma seorang je antara mereka bertiga tu yang da kahwin, yang mana satu cikgu?

Cikgu yang tergamam dengan soalan Bakhtiar berlagak neutral lalu menjawab.

Cikgu:
Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot.

Bakhtiar:
Salah Cikgu, yang ada pakai cincin la yang da kahwin. Tapi takpe, saya suka cara Cikgu berfikir. Kreatif!


** sumber dari email yang ku terima beberapa hari lalu**