Banyak benda yang jadi dalam 2 minggu kebelakangan ini.
Aku sendiri tak tau apakah aku mampu bertahan dari segi emosi ataupun tak?
Bertahan ke benteng ketahananku andai petang semalam and tadi mataku da "berpeluh" sedikit??
Mood sangat2 swing saat ini.
Aku perlukan pantai.
Ermm tapi kan, sekarang pihak berkuasa nasihatkan untuk menjauhi pantai sebab tsunami kat Jepun siang tadi.
Tapi kan...aku berada dekat dengan pantai sekarang..PANTAI DALAM, KL..
Pantai jugak kan???
So haruskah aku berada jauh dari Pantai Dalam sekarang?
Owh, biarkan persoalan itu terus membelenggu otakku saat ini.
Eh..tapi itu hanya warning untuk penduduk Sabah kan?
Oh sekarang aku risau balik, sebab majoriti keluarga belah bapak aku ada di area Kudat, sangat hampir dengan Pilipin ya. Kau naik bot nelayan pun kau boleh sampai Pilipin, berapa jam tu aku tak pasti la.
Lepas tue Kudat dah la di kelilingi air laut, so sah2 rumah keluarga belah bapak aku cun2 tepi pantai.
Kalau air pasang, boleh terjun dari tingkap dapur rumah aku dulu and gedebussshhhhh!!!
Tapi merasa la makan pasir laut itu ya hahahaha
Ataupun kalau musim air pasang, merasa la kau tidur tak lena sebab balak2 yang dibawa oleh air laut itu akan kiss2 tiang rumah.
Kiss bukan nak soft, nak kasar2 juga cehh. Gedegang, masih brmain2 di pikiranku tentang moment2 itu hahahaha.
Tapi sekarang kawasan rumah kami da jadi padang jarak padang tekukur sebab rumah kami da roboh dimakan anai2.
Adik2 laki aku yang ada 5 orang termasuk adik2 perempuan aku yang ada 2 orang termasuk aku yang sulung sorang tak benarkan bapak buat persetujuan secara lisan dengan keluarga dia mahupun orang nak beli tanah itu untuk dirikan rumah baru diorang.
Kalau pun ada surat hitam putih ataupun berwarna, kami tetap cakap JANGAN SIGN BAPAK.
So bapak aku mendengar suara majoriti anak2 dia seramai 8 orang.
Kenapa kami tak izinkan?
Sebab tapak itu banyak kenangannya, termasuk kami kencing di pokok bunga mama time malam sebelum pegi kedai runcit beli aiskrim 20sen hahaha.
Tapi paling penting ialah, SUPAYA KAMI TAKDA MASALAH PARKING TIME BALIK RAYA YANG MANA SEBELUM BALIK KG UNTUK RAYA PUASA TIAP TAHUN AKU AKAN MENANGIS2 GADUH DENGAN BAPAK SEBAB TAK MAU IKUT PULANG KAMPUNG KERANA KEJADIAN LELAKI JAHANAM ITU.
Hahahahaha.
Sebab zaman sekarang, 1 keluarga ada 10 buah kereta.
Jarak tiap rumah plak bukan jauh sangat.
Tapi kalau time raya tu jugak lah air laut pasang, merasa la kau melalui jalan2 kg yang sempit sebab sume nak selamatkan kereta masing hahahahaha.
Ok da.
Cadbury coklat dan Cornetto flava Blackforest suda memanggil2 diriku ini.
Ya, mereka sangat suka memanggil aku time aku stress nak mamposss macam skang nie.
No comments:
Post a Comment