Wednesday, March 30, 2011

Kenapa...............


Perlukah kita percaya pada insan yang pernah berbohong pada kita?
Sedangkan kita sayangkan dia sepenuh hati.
Pernah curang dan insaf katanya lalu kembali kepada kita.
Bila kita berada dekat dengan orang yang pernah menjadi punca keretakan hubungan dulu, kita akan menjadi lebih berhati2.
Sentiasa SMS si dia, lalu dikata kita mengongkong.
Call si dia and bertanya kenapa tak call, lalu dikata SMS berterusan takkan nak call lagi?
SMS berlambak pada malam sebelumnya namun report Pending, alasan batt kong.
Namun keesokan paginya, bukan SMS2 anda yang di reply terlebih dahulu, sebaliknya call orang lain dan reply SMS orang lain dahulu.
SMS anda? Terbiar tidak berjawab.
Apa perasaan anda?

Kenapa ketika mereka berbuat salah dan memohon maaf, ayat SEDANGKAN NABI AMPUNKAN UMAT, APATAH LAGI KITA MANUSIA BIASA seringkali keluar dari mulut si pesalah?
Kenapa ayat EVERYBODY DESERVES A SECOND CHANCE seringkali dilontarkan dari mulut yang pernah berdusta?
Kenapa AKU JANJI TAKKAN ULANG LAGI KEJADIAN LAMA dilafazkan?
Kenapa AKU MASIH SAYANGKAN KAMU menjadi peluru utama untuk mencairkan kekerasan hati yang pernah terluka dengan perbuatannya?

Dan kenapa, tika kita sudah:
  • Memaafkan mereka
  • Memberikan peluang kedua pada mereka dan mulakan hidup yang lebih baik dari sebelumnya
  • Percaya pada janji yang mereka takkan mengulangi kesilapan sama
  • Tetap menyayangi mereka sungguhpun hati terluka dengan perbuatan mereka
NAMUN MEREKA TIDAK CUKUP BERHATI2 UNTUK MENJAGA HATI KITA YANG PERNAH TERLUKA OLEH MEREKA DAHULU?????



Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan, rumahku pun tiada, adapun bapa punya





ANAK KAMPUNG by JIMMY PALIKAT

Memang aku ini anak orang meskin
Tiada apa-apa yang dapat ku berikan
Engkau memang cantik
Memang tidak padan dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli-kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bah kau itu
Banyak yang tergoda lagi orang kaya

Tiada keretaku bawa kau jalan2
Rumahku pun tiada, ada pun bapa punya
Apalagi belanja mau bayar berian
Kahwin sama kamu


Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

Engkau masih muda, cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna

Tiada keretaku bawa kau jalan2
Rumahku pun tiada, adapun bapa punya
Apalagi belanja mau bayar berian
Kahwin sama kamu

Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain


Itu adalah sebuah lagu Dusun versi Bahasa Melayu (ke Bahasa Malaysia?).
Macam mana aku tau pasal lagu nie?
Pukul 3am, aku boring tak dapat tidur.
So nak check game kat FB la kononnya.
Then aku nampak status lil bro aku kat FB, status dia macam tajuk kat atas tue, comments dari kawan2 dia plak almost 30.
Dalam otak da fikir nie mesti gaduh ngan awek dia, and kawan2 dia plak samader nak meng-fire-stone ataupun menchillkan dia.
So aku terus read all comments, rasa macam lain jer.

Tengok dinding FB lil bro, lalu ternampak link lagu nie.
Dengar full lagu, lalu aku LAAAA, SUMA COMMENT2 TUE DIORANG QUOTE DARI LIRIK LAGU TERSEBUT.

Nasib baik aku tak comment kat post dia KENAPA? GADUH NGAN AWEK KA?
Kalau lah aku komen macam tue sebelum dapat tau pasal lagu nie, sah2 diorang akan gelakkan aku.
Diorang nie bukan bole trust kalau bab2 meng-condemn-kan orang.


p/s: lepas post entry nie, blogreading bermula lalu terjumpa entry yang sama kat blog kak Eryati. Bezanya kak Eryati attach youtube dalam dua2 bahasa and post lebih awal dari aku :)

Tuesday, March 29, 2011

Hackers

Tempat: Ruang tamu rumah family kat Taman Richdar
Masa: 1709 hours (sah coz masa tue SMS ngadu kat My Sayang)
Tarikh: 29haribulan 3 tahun 2011

Tengah duduk layan FB, bloghopping, chat ngan member kat YM, SMS ngan My Sayang sambil tunggu anak2 abis mandi. Sambil2 tu layan korea kat Astro channel 393.

Tengah chat, tiba2 dapat alert dari Yahoo ada orang login FB aku dari new device selain lappy aku. I was like, Whattt??? Aku dengan sepantas kilat terus check FB setting, sah ada orang login FB aku masa tue juga. Aku terus block access untuk orang tue. Padan muka, tak sempat2 nak tunaikan niat dia masa tue sbb kebetulan aku tengah online hikhikhik.

Then terus tukar password adalah dalam 3,4 kali (login and tukar, login lagi and tukar, login lagi sekali and tukar last2 aku tak tau berapa kali aku tukar password).
Then aku tukar email address aku, nie aku baru create rasanya dalam minggu lepas just for the sake of My Sayang senang download any new app kat Android dia huhuhu.
Then (kenapa banyak word THEN nie??) aku letak la password ntah apa-apa. My Sayang pun da takder access untuk FB aku now.
Tak per la, nanti2 dia tau la tue.

Aku tak faham kenapa orang tue nak hack FB aku. Adik aku cakap orang tue nak ambik chip poker aku. Nak hack buat apa, mintak jer la kat aku, aku bagi punya.
Lagipun chip tue ada 4M jer, last week time 19M tak nak hack kenapa??
Tak faham aku.
Few friends and adik aku sendiri, pernah mengalami benda nie.
FB kena hack just coz hackers tu nak rembat chip Zynga Poker.
Tak faham aku.

Tengah duk layan sume nie, henfon aku berdering.
Suara perempuan kat sebelah sana, bawak aku cakap cina.
Mana la aku faham ,aku cakap jer WRONG NUMBER.
Kali kedua call aku lagi, aku da cuak.
"INI MAMA HASSANAH KA?" soal perempuan tu.
"YA" selamba ja aku menjawab. Sah, dia bukan salah nombor. Malunya huhuhuu.
Dia request nak cakap dengan anak aku.

Hu ha hu ha hu ha dengan anak dara aku, then anak aku pas henfon kepadaku semula.
Rupanya perempuan tu adalah mak kepada kawan sekelasnya, bertanyakan kalau2 anak daraku ada TERbawa buku latihan anaknya.
Anak dia memang cuai, selalu tertinggal buku.
Yang hairannya tu, mana budak tue dapat nombor telefon aku?
Hmmmm...

Topic da lari...lalalalalalalala

Masih berusaha

Saat ini aku berada di rumah family aku di KK, Sabah.
Sudah berada di sini sejak malam sabtu, ketika berlangsungnya Earth Hour 2011.
Aku touchdown LCCT KK pada pukul 735pm, sepatutnya pada 705pm tapi memandangkan agak jammed dekat hangar LCCT KUL, maka kapal yang aku naiki terpaksa beratur selama 30min sebelum pilot 'mengapungkan' kapal tersebut.
Ada 3 kapal di hadapan dan 3 kapal di belakang kapal yang aku naiki, ada Air Asia, ada MAS, ada Firefly menunggu turn untuk berlepas.
Ok ok..aku da melalut da nie.

Actually aku ada something nak setel kat KK.
Aku dalam misi tertentu kena setel jugak.
Misi selain daripada majlis adik aku.
Now masih berusaha untuk selesaikan misi aku.

Anak2 aku tengah sedap bermimpi di dalam bilik sekarang, esok kena bangun pukul 530am and pergi tuntut ilmu kat sekolah cina tak jauh dari perumahan ini.
Aku? Still sorang2 di ruang tamu, melayan Astro.
Sambil2 tue aku merancang strategi baru untuk misi aku.
Harap setel misi tersebut.
Amin



Monday, March 21, 2011

Al- Fatihah

Al-Fatihah buat sahabatku yang telah dijemput Allah awal pagi hari ni dalam sebuah kemalangan. Arwah bersama kakak dan sepupu perempuan dalam perjalanan balik ke KL dari Kelantan.
Tak tau full story, but kakak arwah koma manakala arwah bersama sepupu terkorban dalam kemalangan maut tersebut.
Dengarnya, arwah yang paling teruk sebab pecah kepala. Kejadian sebenar masih aku tak dapat lagi.

Arwah seorang yang baik, lemah lembut dan sungguh naif.
Memanggilku LALING, dia merupakan admin di company tempatku berkerja.
Merancang nak menyambung study pada June ini, borang UPU da siap isi pun.
Namun apakan daya, ALLAH SWT lagi sayangkannya.

Moga dia ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman. AMIN

Again??

8.30 am..

3 jam seleps entri bawah..
Nak tidur, tapi bekas bf call cakap something..
Tunang dia cari aku, sebab nak tanya something pasal history tunang dia a.k.a ex-bf aku..
Apa lagi tak puas hati kat aku nie?
Dia tu stok boring kalau scandal2 aku not intown je dulu, 3 tahun lepas..
Masa aku masih kerja kat travel agent di Sabah..
G makan and lepak, pas tu aku balik la..
Nie la kalau tak nak trust tunang sendiri, couple da lama giler..
Dia datang kat aku time diorang clash few months sebab pomp tue buat hal..
Aku la yang tadah telinga dengar dia mengadu and sumbang air liur utk bagi advice mana yang aku mampu..
Now aku wanted oleh tunang dia plak da...
Haishhhhh....

And dia pesan jangan approved kalau ada fren request yang gune pic dia kat FB..
ye la ye la...
aku pun tak hingin masuk dalam masalah korang..
aku da letih da..

Boring

5.30am

Still bangun, tengah blogwalking, main game CSI kat FB sambil minum teh dan melantak salad buah. Nyum nyum. Rindu salad buah mak aku, hidangan wajib time buat kenduri kat kampung. Orang kampung yang tak suka makan dulu, now akan cari salad tue kalau kitorang da panggil kenduri time raya puasa.

Sebentar tadi satu kebenaran terbongkar. Aku sakit hati dan marah pada diri aku kerana mudah percayakan janji seseorang. Dia berjanji akan merahsiakannya, tapi akhirnya??

Sudah la, aku da malas nak pikir hal tu lagi. Buat semak kepala aku jer!!

Sabtu depan, aku dan My Sayang akan terbang ke Sabah weeheeee. Menghadiri majlis adik aku, dan berkumpul dengan family aku, dan bermanja2 dengan putera-puteriku. Ceh, nak bermanja2 dengan putera-puteriku konon, hakikatnya diorang yang nak bermanja dengan aku. Mana2 je la, vice versa ^_^

Sekarang aku tengah bercuti panjang jugak la, tapi gaji jalan ^_^
I like that boss hahahahah
Ada issue di company aku sehingga aku mengambil cuti agak lama sket, tapi biarlah few of my friends je yang tau, which friends yang da memang aku trust, yang aku da test and tak pernah lagi melanggar janji mereka pada aku. Kalau diorang da break the promise belakang aku, wallahuallam.

Don't simply trust your friends, that's what I learn, over and over again.